Wednesday, June 18, 2014

Surabaya - Day 2 - Bukit Cinta (Matahari terbit)


Depan Villa Mas Eko, yang sedang mencangkung dan pakai seluar hijau tu Aatian.  

Assalamualaikum,

Dapat tidur sepicing je tiba-tiba kaknoor kejutkan. Aku rasa macam baru terlelap eh dah nak kena bangun ke? Huhuhu sejuk le, rasa nak tarik selimut lagi. Tapi sebab nak tenguk sunrise gigih le juga pi bilik air. Kasi buang semua bahan2 toksik tapi mandi ala-ala  P.Ramlee je gitu. Boleh? hehehehe. Sejuk beb. Air kat bilik air tu macam air batu je sejuk ketung. Jadi aci dak kalau main cecah jari je basuh muka. hahahaha

 Ok kali ni kami naik jeep Mas Eko. Kiranya ke Bromo ni Mas Eko yang bawa. Aatian dan anak buahnya dok kat villa je. Yang si Davit dari kami keluar villa pukul 4 pagi sampai kami dah balik villa, tidur sedap betul, tak bangun-bangun. Cuaca sejuk kan tentu sedap je layan tidur dengan selimut tebal.    

  Nak naik jeep huh seksa sungguh, tapi bila dah berasak-asak kat belakang ramai-ramai, bestlah juga sebab rasa panas sikit. Kak nam dok depan dengan Mas Eko. 

 Ok dah sampai. Hah pintu jeep belakang tu yang kami gunakan. Memang sempitlah tapi dek kerana Bromo gigih sungguh.


Kat tepi mana entah tak nampak. Depan tu sebenarnya boleh nampak Bromo tapi sebab gelap sangat. Gelap sungguh padahal di depan kami ni ada gerai-gerai. Tak pasti dimana kami di turunkan. Rupanya katanya Bukit Cinta. Sampai je kat sini kami pun solat di tepi jeep. Lepas tu terpinga-pinga nak buat apa. Tak ada orang yang bagitau apa kita orang nak buat. Mas Eko tu main tinggal je kitaorang kat tepi jalan ni. Nampak ada orang dah naik ke atas bukit tapi gelapnya. Aku pun keluarkan lampu picit kecil tapi cahayanya tak jelas. Kami pun cuba berjalan ke atas bukit tapi Kak noor mula gelabah bila melihat di depan begitu gelap. Dia tak nak naik sebab tak nampak jalan. Dia takut nanti terpelesok mane-mane lubang kang sakit pulak kaki dia. Aduh macamana ni. Sekali datang seseorang kepada kami. Dia boleh tunjukan jalan tapi kena bayarlah perkhidmatan dia. Kita orang berlima pun kata ok. Aku lupa dah berapa kena bayar kat dia. Bila kata setuju je dia keluarkan lagi satu lampu. Wah barulah terang benderang kawasan sekeliling. Aku ambil lampu yang terang untuk suluh belakang kaknoor dan yang lain-lain. Supaya mereka nampak jalan di hadapan mereka.  Tapi dek kerana semput huh memang mencabar sungguh nak daki bukit ni. Rasa tak dapat bernafas je. 

 Yang serkup hitam berselimpang kain belah kanan tu penunjuk jalan kami. Dia yang assist Kak noor dan yang lain-lain mana jalan yang nak di lalu. Yang terang ni sebab aku yang pegang lampu lagi satu. Baru yang depan boleh nampak jalan. Aku yang pegang sebab aku nak jalan slow-slow. Tak boleh laju sebab semput. Nasib baik lah tak jauh sangat kalau naik macam Penanjakan 1 dan 2 yang aku baca, kena daki jauh huhuhu aku tak tahu boleh lepas ke tidak sebab nak naik ni pun aku dah rasa macam nak putus nyawa. Tapi bila dah kat atas Ya Allah mengucap syukur aku dapat memandang depan mata. Rasa nak menitis airmata melihat keindahan yang Allah ciptakan. Subhanallah  begitu indahnya ciptaan Mu Ya Allah.  Jea, Akak  dah nampak Bromo. Dah tak jeles lagi dengan Jea. Mana taknya 2 kali dia pergi tu. hehehehe 

Matahari sedikit demi sedikit memancarkan cahayanya

Dalam gelap rupanya ramai juga orang.

Hah nampak tu ramai juga orang walaupun rasanya tidak le seramai di Penanjakan 1 dan 2 yang aku tenguk penuh rimbun sampaikan tak boleh nak selit. 

Sarangheyo Bromo

Kabus begitu tebal yang menutupi kawasan savanah.
Yea Bromo saya sudah sampai

Macam-macam gaya orang posing


Matahari terbit yang begitu indah

Dah terang, bergambar bersama rakan-rakan. Yang hujung tudung coklat tu anak kak Nam, Yasmin.  

Tu nampak tak Gunung Batok, kawah Bromo tu sebelah belakangnya.

                                               Awan-awan puteh tu bagaikan kapas je

Penuh kabus melatari sekeliling Gunung ganang.

                                                            Gunung Batok

5 kaki telah menjejak Bukit Cinta, Bromo

Rasa macam kat atas awanan je. 

Ni ada group lain bergambar beramai-ramai

Masih tak puas memandang.

 Ni entah bila lah si nana ambil gambar aku. Ni aku turun ke depan sikit kunun nak ambil gambar lebeh dekat. Lama juga kita orang kat atas ni sampaikan orang lain dah ramai turun tapi kami masih lagi kelik-kelik ambil gambar. Kak uda pulak kecoh dah ajak turun, kesian kat Kak Nam yang tinggal sorang kat Jeep. Nanti Kak Nam tu mesti bosan. Tapi kak noor kata biarlah kita kat sini sampai puas. Bukan senang nak sampai ke atas nun hah. Jadi kak uda ikutlah cakap Kak noor sehingga dah nampak awan kabus di savana tu mulai memudar dan cuaca dah panas.

Kabus mula menghilang kan diri

Gambar dari phone kaknoor rasanya.


Selfie bersama-sama dengan latar yang begitu cantik.

                                                 Gigih berselfie beramai-ramai berhimpit-himpit
   Bila dah puas bergambar semua, dan cuaca dah mula panas, barulah kami turun dari Bukit Cinta

Jalannya landai je dan sampai ke hujung belok ke kanan tapi sebab sejuk dan aku semput tu yang termengah-mengah juga masa nak naik. 


Hah tu Kak uda dah sampai jalan yang ke bawah manakala aku kat belah atas lagi 

Jalan selekuh ke sebelah kanan.

Nun di atas Bukit Cinta

Tak lama je jalan dah sampai pun ke bawah tak sampai beberapa minit pun cuma 2 pusingan je

Tu Jeep yang biru belah kanan tu Mas Eko punya

Minah Saleh ambil jalan yang dekat je. Kat atas ni pun nampak juga

Hah tu yang Kak noor cuak je dengan lubang yang ada takut terpeleok je kaki 

Ni lah juru pandu kami. Dia ada tunjukan frige magnet dan macam-macam lagi. Tapi entah kenapa masa ni aku tak sempat nak belek pun sebab Mas Eko dah suruh naik Jeep cepat. Kelam-kabut le. Baru nak membelek dan menimbang harga dah di suruh cepat jadi takde lah kami sempat nak membelinya. Katanya nanti ada lagi jual sovenir tu. Bila tenguk gambar ni rasa menyesal lah kenapa tak beli sebab satu hapah pun aku tak dapat beli kecuali tshirt Bromo je. Huh frust sungguh. Malahan kedai yang kat tepi jalan tu tak sempat pun kami nak jenguk apa ada di situ. Sebab nak kejarkan Savana dan pasir berbisik, takut nanti cuaca semakin panas.


Hah nampak tu nun di sana Bukit cinta le katanya... kut orang bercinta tak boleh mendaki tinggi-tinggi ke? 

Ni ambil dari tepi pagar dekat Jeep. 

Lepas tu kita orang ke Pasir Berbisik lah pula. Jom jom jom

Monday, June 16, 2014

Surabaya -Day 2 - Villa Mas Eko

Ruang Tamu 

  Assalamualaikum,
 Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Bromo dalam pukul 11 malam. Rupanya Villa Mas Eko ni merupakan sebuah rumah yang di jadikan macam homestay gitu. Ianya betul2 di tepi jalan. Sebelahnya merupakan rumah tuannya. Besar dan selesa. Ada 2 bilik dan 1 lagi katil di ruang yang terbuka tapi belah dalam lah. Katil yang empuk semuanya besar tapi yang tak tahan tu sejuknya. Masuk bilik air buang air bila kena air kolah... huhuhuhu macam air batu sejuknya. grrrrr gigil . Dah le takde air panas. Takde dapur cuma bilik air je satu kat belakang.       

Bilik aku dan kaknoor

Bilik nana dan Kak uda

  Ruang rehat menonton tv dan ada satu tilam besar didepannya. Ruang rehat ni berdepan dengan bilik aku dan kak noor. Dan tilam di depannya rupanya untuk Davit dan pembantu. Jadi kita orang kenalah cepat-cepat masuk tidur sebab kena bangun pukul 3 pagi nak mendaki melihat matahari terbit. Dek kerana sejuk yang amat huhuhu jadi tidur tak selesalah. Aku apa lagi bila sejuk jadi semput. Tu yang kaknoor geramkan aku sebab seharian dia dok perati aku ni asyik je beli air ais layan tekak yang asyik haus je padahal itulah penyebab batuk aku tak baik-baik. Aku sengeh je bila kaknoor tegur. Nak buat macamana godaan ais sungguh mengoda. Ya lah masa kat Restoren Sederhana air cap 3 kaki, lepas tu kat mana lagi aku beli air Sprite, air jus limau sampai 2 gelas. Bila sampai Bromo hah padan muka aku dah kena semput. Lepas tu kat Villa Mas Eko ni tak boleh nak masak air panas. Kita orang bawa 3 in 1 Nescafe, Milo, Horlick lagi. Biskut cap ping pong pun ada. Terpaksalah tuan rumah hantar termos dengan gelas. Layan air panas barulah boleh tidur.    


Ni gambar tuan rumah kedaung.


Ruang tamunya yang sejuk yang amat. Kusyen dia sedap tapi huhuhu sejuk. Tu pintu keluar terus ke jalan. 
Dah jom tidur nak bangun pukul 3 pagi ni. Kalau ngobrol je tak habis-hanis nak tidurnya pukul berapa. Sok nak mendaki bukit lagi nak tenguk keindahan pergunungan di Bromo. Yeh yeh yeh.




Sunday, June 15, 2014

Surabaya - Day 1 - Indah Border Sidarjo


Assalamualaikum,

 Acara seterusnya yang di tunggu-tunggu  ialah shuping-shuping. Pusat Batik Indah Border ni memang besar dan luas. Yang bestnya semasa masuk ke dalam semua orang buka kasut tau. Kat dalam tu carpet merah melatari lantai, siap boleh golek2 bolywood lagi. Macam-macam ada, baik pakaian dah siap, baju, jubah, tudung emm rambang mata dan sudah semestinya siapkan Rupiahnya ya buk. Apa lagi dengan pelbagai macam barangan semuanya pun dah wow je.  

Berderet-deret kain bersulam, tapi sebab untuk baju kebaya emm takdele aku nak pandang. Belek-belek je.

Jubah dah siap... emmm merah sangatlah mak ngah

Hah tenguklah deretan kain... nak terbaring , tergolek sambil membelek pun boleh. hahaha Nak bergosip mak limah kat tengah-tengah tu hah pun boleh. Sambil bersila hah pilih pilih semua pun cantik-cantik. 

Ni beg pelbagai patern. Entah kenapa aku pandang je tak tertarik pulak nak membeli

 Dah puas belek sana belek sini tiba-tiba kami jumpa kain batik ela. Yahooo.... acara tebar menebar kain pun bermula. Habis ko bergulung-gulung kain kami buka. Nak cari yang cantik. Rambang mata ko. Hah sana cantik, tarik gulungan kain tu. Hah yang ni pun cantik juga. Tarik gulungan kain tu. Yang kelakor tu aku, kaknoor, nana dan kak uda sudah tergoda dengan kain ela yang cantik-cantik ni sampaikan kami tak perasan pun kalau kak nam sudah naik angin kat kita orang. Ya lah kita orang sikit punya lama dok membelek... dia yang tak dapat apa yang dia nak sudah tidak sabar menunggu lama. Kita orang siap belunjur kaki lagi tau. mana taknya sedap sungguh melepak atas karpet merah tu dah macam kat rumah sendiri je masing-masing punya lagak. hehehehe Kak noor tarik yang warna purple tu, aku pulak berkenan juga. Kang sat lagi kak uda tarik yang corak lain, aku pulak terkenan juga sampaikan cakap kat kak uda, takpe kak uda lain opis kalau pakai sama pun orang tak tahu. hehehehe

  Hah tenguklah betapa berkechahnya kita orang punya kerja dibuatnya. Tu kak noor tak habis lagi tu membelek. Aku dah dapat apa yang aku nak, bangun le pergi bayar dulu. Sekali nampak macam kak nam dipimpin anaknya keluar dari kedai. Lah napa pulak tu. Kita orang baru belek kain ela je ni belum yang lain lagi. Rupanya kat sebelah hujung tu ada tangga ke atas tapi aku tak naik pun. 

Sampai roboh susunan kain kat tepi tu. Warna biru dan merah tu sama corak tapi aku dah rambang mata nak pilih yang mana. 




Dia orang baru nak membayar apa yang di beli.


    Yang hujung tu corak hijau bunganya, aku beli sama dengan kak uda sebab dah kenan mata memandang. Kunun-kununnya untuk raya tahun ni tapi sebenornya kain tahun lepas baru je aku hantar kat tailor. Yang ni entah bila nak melaramnya. hehehe. Rupanya semasa kami berkechah membongkar kain tu kak nam ada juga membelek sama. Tapi dia dah terjumpa kain yang bercorak binatang terus mood dia terobang. Lepas tu pulak kami bergembira sakan membongkar kain sampai terlupakan dia, jadi dia sudah tidak sabar. Padahal kak uda dah ngajak dah tapi dia dah kebosanan tidak mendapat apa yang dikehendakinya. Lepas tu pulak a Davit kata kedai ni adalah yang terakhir untuk shoping, sebab lepas ni pi Bromo, Batu dan Malang tiada lagi agenda shopping. Apa lagi mengamuk la Kak nam tu, menangis-nangis sampai nak keluar kedai. OOOO patutle aku ternampak anak dia pimpin Kak nam keluar kedai padahal dalam hati terdetik juga apasal cepat sangat keluar bukan dia nak beli macam-macam untuk adik beradik dan anak dia ke. Siap lagi katanya belum dapat belikan anak lelakinya baju lah, jubah untuk akak dia lah. Meroyan dia selagi baju untuk anak lelaki kesayangannya tidak dapat di beli. Kat kedai ni dia dapat belikan anak perempuannya. Aku tak tenguklah apa yang dia beli untuk famili dia. Kak uda lah yang memujuk supaya masuk kedalam kedai dulu sebab kita orang belum habis membelek lagi. Kak uda sampaikan sempat tu beli beg Hello Kitty, takut beg tak muat. 

    Aku pula yang penting aku dah dapat beli kain ela untuk diri sendiri. Sepasang tu dalam Rm 40 aku dapat. Baju dah siap selalunya aku susah nak dapat yang sesuai dengan diri jadi lebeh suka beli kain ela je. Al maklumle kita sixe 4G emm memang susahle nak dapat yang dah siap punya. Jadi cuci mata je lah ye. Nak beli untuk akak-akak emmm lagilah susah takut tak berkenan je. Tapi jubah-jubah yang ada tu cantik-cantik juga cuma kainnya lembut sangat. Takut nampak pula benda yang tak sepatutnya nampak. hohoho Ialah kalau kain dia lembut sangat kat punggong tu, boleh nampak garis sempadan yang sepatutnya tak boleh nampak tau apa lagi kalau warnanya cerah. Tu yang tak berani beli yang macam-macam jenis jubah yang cantik-cantik sekarang kerana kainnya terlalu lembut sampaikan orang belakang boleh nampak apa yang tak sepatutnya. Dari nak berjubah menutup aurat jadi kelainlah pulaknya. Lama juga kat Indah Border ni dari masih terang bila keluar dah gelap. 

 Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bromo. Ya Allah Pemandu yang bawa kami ni laju sungguh. Oleh kerana dah malam apa lagi tak nampak apa pun kat luar sebab jalanraya tak ada lampu jalan.Dah gelap tu apa lagi layan mata lah. Sehinggalah kami singgah makan malam di Rumah makan Bromo Asri.

        

Baru turun dari van, semua pun macam termangu je nak makan apa pun tak tau.

Ni menunya 

 Aku ingatkan taknaklah makan nasi ke apa ke sekali nampak menu Soto Ayam. Terus je order dengan jus limau. Sekali ko datang dengan sepiring nasi. Lahhhh mana nasi himpitnya. hohoho sudah salah dong. Ko ingat kalau soto tu sama macam malaysia ke kak oiiii. Rupanya lain. Aduhaiii terpaksalah makan juga. Kalu tau order mee goreng lagi sedap. Tapi masakan kat sini ada kurang sikitlah, tapi sebab dah lapar makan je. Rezeki hari ini alhamdulillah.  Tu pun sikit punya lama dibuatnya. Sampaikan orang yang datang dahulu dah dapat ordernya daripada kami yang datang lambat. Aku dapat dulu sebab tak payah di goreng bagai. Kuah supnya tu dah siap tinggal ambilkan nasi je tada...dah siap soto ayam. 

Ni yang nana order macam claypot gitu. Tapi kata nana rasa udang dia macam tak masak dan rasa dah lain je. 

    Ni mee siam kak noor order. Hah yang ni nampakle sedap sikit. Layan dengan kerepek kentang dan serunding. Alhamdulillah. Bincang-bincang pasal makan pun boleh jadi gaduh kan. Kak nam tu kalau boleh nak ikut tekak dia je padahal kami ni tekak lain-lain rasa bukan sama macam rasa tekak dia. Sebab bincang untuk makan malam besoknya, dia orang nak ke kedai Bakso. Aku dan kak noor pulak tak suka. Tapi kita orang takde le kata tak boleh ke apa. Kalau nak masuk , boleh je lah kalau ada alternatif lain kita orang makan yang lain lah, kalau takde pun kata kaknoor roti kan ada. Boleh je layan dengan tuna, sardin yang aku bawa, jadi takdelah isu tu macam besar sangat. Tapi Kak nam tu dah kecil hatilah pulak. Aduhaiii  


 Selesai makan kami meneruskan perjalanan menuju ke Bromo. Kita orang tak pasti masa ni samada hotel ke apa sebab dia kata Villa Ms Eko. Semasa mendaki huh pemandu ni bawa laju. Nasib baik tak nampak kalau nampak emmm mesti asyik istiffar, mengucap je banyak kali. Sebab bila dah siang baru nampak perjalanan yang kami lalui sebelumnya. Sempat lagi nampak ada perjumpaan beramai-ramai penduduk kampung. Emm macam pemilihan ketua kampung je. hehehe