Monday, June 16, 2014

Surabaya -Day 2 - Villa Mas Eko

Ruang Tamu 

  Assalamualaikum,
 Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Bromo dalam pukul 11 malam. Rupanya Villa Mas Eko ni merupakan sebuah rumah yang di jadikan macam homestay gitu. Ianya betul2 di tepi jalan. Sebelahnya merupakan rumah tuannya. Besar dan selesa. Ada 2 bilik dan 1 lagi katil di ruang yang terbuka tapi belah dalam lah. Katil yang empuk semuanya besar tapi yang tak tahan tu sejuknya. Masuk bilik air buang air bila kena air kolah... huhuhuhu macam air batu sejuknya. grrrrr gigil . Dah le takde air panas. Takde dapur cuma bilik air je satu kat belakang.       

Bilik aku dan kaknoor

Bilik nana dan Kak uda

  Ruang rehat menonton tv dan ada satu tilam besar didepannya. Ruang rehat ni berdepan dengan bilik aku dan kak noor. Dan tilam di depannya rupanya untuk Davit dan pembantu. Jadi kita orang kenalah cepat-cepat masuk tidur sebab kena bangun pukul 3 pagi nak mendaki melihat matahari terbit. Dek kerana sejuk yang amat huhuhu jadi tidur tak selesalah. Aku apa lagi bila sejuk jadi semput. Tu yang kaknoor geramkan aku sebab seharian dia dok perati aku ni asyik je beli air ais layan tekak yang asyik haus je padahal itulah penyebab batuk aku tak baik-baik. Aku sengeh je bila kaknoor tegur. Nak buat macamana godaan ais sungguh mengoda. Ya lah masa kat Restoren Sederhana air cap 3 kaki, lepas tu kat mana lagi aku beli air Sprite, air jus limau sampai 2 gelas. Bila sampai Bromo hah padan muka aku dah kena semput. Lepas tu kat Villa Mas Eko ni tak boleh nak masak air panas. Kita orang bawa 3 in 1 Nescafe, Milo, Horlick lagi. Biskut cap ping pong pun ada. Terpaksalah tuan rumah hantar termos dengan gelas. Layan air panas barulah boleh tidur.    


Ni gambar tuan rumah kedaung.


Ruang tamunya yang sejuk yang amat. Kusyen dia sedap tapi huhuhu sejuk. Tu pintu keluar terus ke jalan. 
Dah jom tidur nak bangun pukul 3 pagi ni. Kalau ngobrol je tak habis-hanis nak tidurnya pukul berapa. Sok nak mendaki bukit lagi nak tenguk keindahan pergunungan di Bromo. Yeh yeh yeh.




3 comments:

  1. wah mewah sekali nampak tempat penginapannya...tentu selesa berehaat sebelum mendaki bromo...

    ReplyDelete
  2. Villa ni dekat Cemoro Lawang ke?

    ReplyDelete
  3. Sis Paridah, memang nampak mewah maklumle perabutnya sesekali digunakan. Apa pun tidur memang best sebab katil empuk banget.. n dengan sejuk lagi.

    Jea, akak tak tau samada cemoro Lawang ke apa tak nampak tanda nama. Mas Eko tu eksyen sungguh, dah la dalam jeep tak mesra alam lepas tu main tinggal je tak cakap apa pun. Pandai-pandai kita orang le

    ReplyDelete