Sunday, May 2, 2010

Rindu terlerai akhirnya

Bergaya ala kuch kuch hota heiiii 

   1hb Mei baru ni aku balik kampung. Dah lama tak balik sampaikan mak kata aku dah kaya asyik kerja ja sampai tak ingat nak balik kampung. Amin mudahan makbul doa mak. Aduhaiiii kalau dah kuar sound macam tu emmm dah sah le lama sangat aku tak balik kpg padahal baru 2 bulan.  Jadi oleh kerana data dah ok dah tak buat Ot lagi jadi aku pun balik le muar.

  Sampai kat bangi dah jem sampai ke senawang. Slow je kenderaan. Lepas tu sampai kat Simpang Empat Toll Alor gajah jem juga. Lah kat melaka ada apa pulak ni ke depa semua nak pi Afamosa. Aduhaiiii bila cuti semua tempat liburan penuh sesak dgn org. Lepas tu sampai kat toll Air keroh dah jem juga. Aku ingatkan ada accident ke apa ambil le jln tengah tapi bila tgk jalan belah kanan ok je keretanya aku pun cilok ke kanan. Hah betul lah kalau hanya laluan paling laju je yg boleh jalan sebab rupanya sesak nak masuk Toll Air keroh. Aduhaiiii. Mata dah le ngantuk bawa tengahari buta ni jadi aku terus call kak jal ada tak kat rumah. Jadi masuk Toll Tangkak je aku pun terus ke rumah kak jal. Makan tengahari lepas tu lepak. Oleh kerana kak Ijah nak datang jadi aku tunggu lah. Sempat lagi tenguk dapurnya yang sedang di renovate. Wah cantik kabinet dapur rumah kak jal. Ni kalau mak nampak mesti le dia jeles sebab kabinet dapur yang di buat dulu tu banyak sangat problem almaklumle tukangnya orang Indon. Bukan tak nak majukan melayu tapi kalau buat tiles orang cina buat memang cantik tapi mahal lah, tapi sekurang-kurangnya puas hati takde le nak murah tapi lepas tu banyak sangat problem yg timbul. Buat sakit hati je.

  Bila dah confirm balik kampung ni aku terus sms Aini minta alamat rumahnya kat melaka. Jadi balik hari ahad nanti aku nak singgah. Tak tau la pulak dia dah bermastautin kat Bemban. Aku ingat dia masih kat Sg Abong rupanya tak lama aku dapat kerja di Kl dia pun pindah melaka. Almaklumle hubbynya org melaka. Aku rasa mesti kat kampung rumah hubbynya lah tu.


  Pukul 2 pm lagi lepas siap semua aku pun balik KL. Balik awal sebab nak singgah Bemban. Lalu highway melaka lepas tu masuk Bemban. Sampai kat pekannya aku dah confuse. Ada 2 simpang ni. Belah kanan ke tangkak manakala ke kiri ke Air molek. Mana satu ni? Aku pusing ke kanan sekali nampak pulak signboard ke KL. Lah mana taman rumah aini ni? Jadi berhenti lah ke tepi jalan. Contact Aini lagi. Rupanya aku dah salah ambil simpang. Dia sepatutnya simpang ke kiri. Tak pe turn balik. Tak lama kemudian belok kanan hah betul lah taman Bemban baru. Masuk lagi lah mane simpang rumahnya ni. Pusing balik ke kedai depan tu nak confirm betul ke Taman Bemban baru tu. Betul lah kalau tenguk signboardnya dan contact lagi. Oh ada padang permainan rupanya dan belok kanan. Ok Pusing balik hah nampak padang Tapi rumah dia yang mane. Rupanya nun hah yang hujung sekali.

  Alhamdulillah sampai juga teratak Aini. Windunya kat dia maklumle kali akhir tahun 2004 masa tu anak keduanya baru meninggal dan aku datang beraya di rumah maknya sambil bertanya khabar tentang aruah anaknya. Masa tu aini masih di kota tinggi. Masa aku dapat balik muar dia dah dapat tukar ke muar dan ngajar di sekolah Bt 2. Lepas tu aku dapat tukar ke KL kerana naik pangkat terus tak tau cerita lagi bagaimana. Dan baru-baru ni dek kerana penangan Facebook dapat contact semula. Rupanya dah bermastautin kat melaka la pulak.

  Dalam masa 2 jam rasa sekejap je masa berlalu. Rasa tak puas bersembang. Macam-macam lah kami bercerita sampaikan suaminya yang kat kebun pun dah balik masih lagi tak habis cerita. Maklumle nak imbasbalik kenangan lalu yang dah berjaman di tinggalkan. Cerita masa kat asrama lah tentang kawan lah dan macam-macam lagi. Lepas habis SPM dulu aku baik dengan Aini dan Mas sebab kami satu jalan. Dengan Masniah sebab rumah atoknya sebelah rumah mak saudara aku kat Batu 17 Air Hitam muar. Adik mas pulak satu sekolah dgn adik aku Faizol.  Manakala aini pula anak saudara aku kahwin dengan org kampungnya. Dan lagi kami serasi maklumle sama-sama jawa dan org kampung le katakan. hehehe

  Rumah aini tu best juga sebab depan tu kebun buah-buahan. Wah syok ni kalau musim durian aku cakap kat aini boleh le aku mengendeng rasa sama. hehehehe Tak kisah lah tapi dok kat rumahnya tu maklumle dekat kampung kan jadi suasana kampung tu masih lagi terasa walaupun dah jadi taman.

  Sebelum balik KL kami pun berposing le sebab aku nak tunjuk kat Anifah dan kawan Hostel yang lain kami dah reunion dulu. Depa nak buat reunion bulan 6 nanti time cuti sekolah, tapi aku dah jumpa aini dulu sebelum jumpa geng yang lain. Bukan apa dah windu sangat. Jadi walaupun sekejap cukup lah dulu. Ada masa kalau aku balik kampung masih lagi boleh singgah. Pukul 5 aku pun hai hai bye bye dulu dengan aini semuga ada umur boleh datang lagi. Apa pun rindu bertahun terlerai juga petang ahad itu. Semuga ukhwah yang terjalin ini berterusan hingga akhir hayat. Amin

Depan rumah


Bergelak santai berdua

2 comments: