Friday, April 30, 2010

Bukan Tak Sudi - Mimie Afinie



Sinopsis
  Dia tidak pernah mencari. malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagi pun dia tidak mahu terburu-buru. maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti...merana seumur hidup.

  Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain.... Si sarip Dol tu juga yang dia nampak.

   Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu...lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak pada lelaki itu.

   Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah...jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu...lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat....tapi dia tak nak tanggung risiko.

  Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti 'BUKAN TAK SUDI', karya terbaru daripada Mimie Afini.


  Sempena pesta buku 2010 yang baru saje berlalu seperti biasa Mimie Afinie akan keluarkan novel baru dan kali ini Bukan Tak sudi. Kali ni takde props yg cun dok kat booth karnadya. Kalau tahun sebelum ni ada je props seperti dulu dimana dok tercangguk skuter yg cun disebabkan novel barunya peminat skuter zaman dolu-dolu. Dan seperti biasa kali ini novelnya memang kelakor habis. Aku boleh tersengeh-sengeh je baca tapi memang le kelakor. Tapi tu lah walaupun sedap membacanya tapi nak mengabiskannya aku boleh ambik masa seminggu. Entah kenapa sekarang ni nak menghabiskan novel kalau baca time hari bekerja manjang je tak habis. Mana taknya aku boleh terlelap depan tv bila start baca je baru beberapa minit orang entah ke mana tv entah ke mana. Terbongkang tidur kerana kepenatan....sebab tu mane nak habis cepat. Ada tak ada pun hari minggu le paksa habiskan novel.

  Ok berbalik pada BTS ni mengisahkan Anis Zulaikha yang pening memikirkan tentang boyfren apa lagi asyik le kena desak maknya yang dah tak sabar-sabar nak dapat menantu. Macamana nak kahwin kalau boyfren pun tak ada. Dia juga mempunya best fren semasa sekolah sampai le dah bekerja dan tinggal menyewa bersama iaitu Zura dan salma. Tapi bila mak kata syarif datang merisik dia dah panik apa lagi kalau tak ada boyfren maknya akan terima pinangan syarif aka si Sarip Dol Samseng Kampung Dusun. Apa lagi le anis kecut perut apa lagi teringatkan si sarip kawan sekolah yang merupakan seorang samseng semasa sekolah dahulu. Walaupun dah lama zaman sekolah berlalu dan tak tau lagi macamana rupanya si sarip tu tapi anis tetap tak mahu apa lagi teringat zaman nakal sarip dolu-dolu. Seumpama nak menjerat diri sendiri je nak kahwin dengan samseng seantero dunia terkenal zaman Bujang lapok tu. hehehehe bila dia kata sarip dol aku terbayang le pulak rupa sarip dol samseng kampung dusun dalam citer Bujang lapok tu siap dgn basikalnya. Aduhai macam-macam je gelaran yg anis bagi.

   Si anis pun nakal juga kalau dia tak suka ada je gelaran yang di baginya. Seperti sarip dol lah lepas tu Arjun rempah bin kari lah. Tu pasal aku tepek gambar arjun rampal my feveret actor hindustan sebab Anis tak suka kat omar kawan n BFF abangnya yang ada iras-iras Arjun Rampal kata zura tapi anis tukar jadi Arjun rempah bin kari. Aduhaiiiiiii kelakor lah sebab anis ni fanatik filem hindustan, dia boleh bantai tenguk citer hindustan sampai entah beberapa kali.

 Nak jadi cerita boss barunya Al dah jatuh syok kat anis bila mula-mula datang kerja di tempat anis. Bossnya bolehlah tahan tapi anis tak ada perasaan pun. Tapi kerana nak elakkan kena pinang dek sarip Dol dia pun terima cinta Bossnya Al dan mereka pun jadi couple. Walaupun mula-mula tak suka tapi akhirnya cair juga le dengan cinta Al. Walaupun Yuna yang ada hati pada Al jeles tapi pada anis dia apa kisah janji Al yang syok kat dia. Jadi anis pun bercouple lah dgn Al. Tapi kemudian Al macam susah sangat nak keluar dgn Anis. Anis dah syak macam-macam tapi bila Al kata maknya nak tinggal dengannya dan dia dah susah lah nak dating seperti dulu anis pun terima kata buah hatinya, walaupun muskil tapi oleh kerana dah sayang terima ajelah penjelasan Al. Tapi satu hari yuna talipon nak jumpa dan kebetulan mereka di tempat yang sama rupanya Yuna nak tunjukkan kebenarannya mengenai Al pada Anis. Rupanya 'buah hatiku suami orang'. Anis frust lah dan berhenti kerja di tempat lamanya walaupun sayang nak tinggalkan zura yang merupakan housemate dan ofismate serta kawan rapatnya. Apa lagi tak lama kemudian zura pun berkahwin dan salma juga setelah bertemu Budi terus jarang berada di rumah apa lagi baru beberapa hari kenal dgn Budi dah nak kahwin. Oleh kerana tinggal seorang dan setelah berhenti kerja along telah mengajak anis bekerja di tempat nurserynya dan juga tinggal dirumahnya yang juga merupakan rumah Omar.


   Walaupun tak suka dengan omar yang suka dok tenung-tenung dia macam nak makan hanya kerana Omar terlalu syok kat anis tapi kerana desakan Along anis pun ikutlah kehendak along. Semasa di opis barunya dia berkenalan juga dengan wak yang sangat kelakor dan lurus bendul. Apa lagi bila part kantoi dengan wak dok ngendap omar dimana anis dah mula menyukai omar yang telah menyelamatkan anis semasa dia sakit. Aku dapat bayangkan le macamana le part anis dok terhendap-hendap tenguk omar dari jauh dan kelakor bila kantoi dgn wak. hahahahahaha. Wak tu satu hal kata tak citer kat orang lain tapi akhirnya dia pecah rahsia juga. aduhaiiiiii. Lepas tu suresh yg ada iras-iras anil kapoor yg selalu sembang dgn anis lagile omar jeles. Ye lah dia nak ushar anis, anis buat dek je jadi kenalah tahan hati dan bersabar dengan gelagat anis. Walaupun dah bermacam-macam cara Omar dok buat tapi anis masih lagu tu juga.

 Tapi aku tak boleh tahan gelak bila part anis  jual mahal bila kek lapis masam manis yang dia paling suka yg omar bawa balik. Kunun-kunun nak bagi kat anis sebab feveret anis tapi dek kerana tgh 'bergaduh' dgn omar hah tahan je perut konon tak sudi nak makan tapi sampai ke malam dok teringat-ingat. Terpaksa lah pi selongkar peti sejuk kut-kut kek tersebut ada lagi. Dah makan boleh pulak kata 'terima kasih abang omar, sayang abang' Sekali ada sound efek pulak da. 'sama-sama. Abang pun sayang anis' kwang kwang kantoiiiii
Tapi start dari malam tu le dek kerana renungan abang omar alias arjun rempah bin kari anis pun terus suka kat omar.

 Setelah couple dengan omar bila tiba hari nak bertunang anis menukar fikiran hanya kerana disebabkan 'Marsya'. Sapa ye 'marsya' pada omar? Kenapa susah sangat nak jelaskan pada anis. Dan kerana disebabkan 'Marsya' lah anis terus nak clash dgn omar walaupun pada masa tu dah ada ura-ura mereka nak bertunang  dan terus cakap kat maknya suruh terima sarip Dol lah pulak yg kata maknya masih terus menunggu anis biorpun berapa lama pun. hah masa ni le adegan citer hindustan bermula. Sekejap nak kahwin dengan sarip Dol tapi sekejap teringat kat omar lah pulak. Bila dah tunang dengan sarip Dol eh bila nak nikah tak nak pulak kat sarip Dol tapi nak kat omar pulak da. Aduhaiiii boleh buat pening mak bapa anis dok layan kerenah dia. Lepas tu kememeh la pulak. Asyik nak berlandung airmata. hahaha Nasib baik bapa dia sporting suruh layan citer hindustan le pulak walaupun dok frust dgn omar. hehehehe kelako bapa dia. Lepas tu Abang salim dengan isterinya kak siti bukan main lagi dok mengusik anis. Suami isteri berdua tu sama naik dan sama gatal dok  mengusik anis. Kah kah kah aku pecah perut dok baca dan ketawa bagai nak rak berguling-guling je part abang salim dan isterinya dok mengatal.kah kah kah kah

 Apa pun akhirnya selamat da..semuanya.. Siapa jejaka idaman malaya yang jadi milik anis? Adakah Sarip Dol samseng kampung Dusun atau pun Arjun Rempah Bin Kari. Kalau nak tau kena lah baca  'Bukan  Tak Sudi' karya Mimie Afinie.

2 comments:

  1. kak notie...

    kita baru je habis baca buku ni malam tadi... ampai pukul 3 pagi nwalaupun mata dah tak larat giler... tapi memang bestlah... suka sangat kat omar tu...

    p/s: by the way bila kak notie ada blog ni? kita tatau pun...

    ReplyDelete
  2. haah akak pun suka sebab cam arjun rampal sih....


    Bila buka blog....ala baru je. Dah takde tempat nak ngok ngek hah cuba le. Saje je le takde benda sangat pun nak taip.

    ReplyDelete