Friday, January 21, 2011

Adegan tendang menendang

Salam Jumaat semua.

Amboiii tajuk bukan main lagi, adegan tendang menendang plak da. Ingat main bola ke main tendang-tendang . Tak pun adegan sebabak. huh apa kes pulak adegan sebabak ni....adusss


Ok sebenornya begini nak habaq ni. Masa balik kerja petang tadi lalule highway besraya daripada putrajaya ke ampang. Semasa melalui jalan berhadapan dengan stesyen keretapi serdang ke sg besi aku nampak depan aku ada seorang penunggang motorsikal ni berpegang pada tingkap pemandu kereta Myvi warna light blue. Dalam hati berdetik juga eh orang ni kalau pun nak bersembang berhentilah kat tepi jalan ni kat tengah-tengah jalan pulak nak bersembang. Tak lama lepas tu aku nampak penunggang motorsikal tu tendang side mirror kereta myvi belah kanan sampai patah sambil marah-marah (aku tak dengar le perkataan marahnya tu tapi dari gaya perbuatan tu macam nampak dia memaki hamun pemandu Myvi tu) dan terkulai side mirror tu. Ah sudah napa pulak ni? Kereta myvi tu mempercepatkan kelajuannya dan masuk ke seri kembangan belah kanan. Manakala aku terus ke kiri untuk ke sg besi. Motor tu tak puas hati dia kejar juga Myvi tu dari belakang. Kali ni dia tendang pulak side mirror belah kiri tapi tak patah. Lepas tu tendang pulak kete Myvi tu. Aku bawa slow je nak tau apa tindakan motor dan kete Myvi tu tapi haluan tak sama dan pandangan pun hanya setakat nampak kete Myvi tu tersekat kat traffik light kat flyover ke seri kembangan tu dan tak tahu apa kesudahan adegan tendang menendang kete orang di waktu petang. hish hish sampai begitu sekali.

Selepas melihat adegan spontan depan mata ni terdetik juga hati aku agaknya apa juga le kesalahan pemandu Myvi tu sampai penunggang motorsikal tu marah sungguh. Tak nampak pulak pemandunya perempuan ke lelaki. Tapi yang aku kecut tu sebenarnya aku kesiankan penunggang motorsikal tu. Nyawa dia kalau silap gaya boleh melayang. Bayangkanle semasa dia tendang kete Myvi tu entah macamana tersilap kaki menendang dan tersilap langkah tiba-tiba motor dia terbabas ke atau dia pulak terjatuh motor. Kan tak pasal je tiba-tiba kenderaan belakang melanggar dia. hah kan ke naya kat diri sendiri je. Sebab masa tu dah petang dan kenderaan sedang bertali arus  dengan lajunya di jalanraya. Tahu je lah jalan Besraya memang sedang sesak depan stesyen keretapi tu, yg line kanan sekali menghala ke Mines, line tengah ke seri kembangan dan line kiri menghala ke sg besi. Aku kadang ngeri juga tenguk penunggang motorsikal ni menunggang motor masing-masing. Bukan apa kadang mereka menunggang tak fikir keselamatan diri sendiri. Apa lagi sejak akhir-akhir ni banyak sungguh kematian yang melibatkan penunggang motorsikal terjatuh dan di langgar kenderaan lain tanpa sengaja. Dan kadang ada yang mengerikan.  Memang lah ajal jika dah sampai tidak kira dimana sahaja boleh berlaku tapi kemalangan yang begitu adakah tidak ada cara agar ianya dapat di elakkan.

Tapi rasanya aku tidak bolehlah salahkan penunggang motorsikal sahaja malahan terdapat juga pemandu kenderaan yang membawa laju. Dan juga kenderaan yang besar-besar seperti lori, bas dan trailer yang kadang membawa macam pelesit. Lagi kalau Lori yang tiada barang kadang pun macam nak merempit pulaknya lepas tu boleh pulak tukar-tukar line sekejap ke kiri kalau depan lambat ke kanan pulak. Malahan badan belakang dia boleh terhuyung hayang ke sana sini mengikut rentak lori yang laju itu. Hish hish sungguh mengerikan.

Semasa aku ditugaskan ke Vietnam bersama Kak Siti pada tahun 2008 kami berkenalan dengan 2 orang daripada Brunei yang berbangsa melayu. Yang lain daripada Filipina, Thailand dan seorang daripada Singapura. Nama mereka aku dah lupa. Seorang Doktor dan seorang pegawai perpustakaan rasanya. Semasa melihat kesesakan di jalanraya Vietnam yang banyak dengan basikal dan motor kami banyak berjumpa dengan simpang 4. Yang hairannya semua bertumpu ke simpang 4 tu jadi penuh sesak lah walaupun takde traffik light tapi kami dapat melaluinya kerana keempat jalan tu , penunggang basikal dan motor tu bagaikan berkerjasama memberi jalan dan laluan kepada orang lain. Akhirnya sedikit demi sedikit kami dapat melalui jalan tersebut yang sesak pada mulanya. Aku terpegun melihat adegan tersebut sebab kalau di malaysia huh jangan harap le boleh lepas kalau takde traffik light jika jalan simpang 4 macam tu penuh sesak. Tapi yang aku malu tu pegawai perpustakaan di belakang aku yang terdengar perbualan aku dengan kak siti menyampuk membenarkan malahan menambah lagi orang malaysia suka bawa kenderaan laju-laju. huhuhu  terdiam aku dan tidak menafikan akan kebenaran kata-katanya.

Jadi kesimpulannya kelajuan jika tidak dapat di tangani dengan betul semasa stereng di tangan boleh membawa kecelakaan. Jadi ikhtibar dari adegan tendang menendang yang aku lihat tadi kalau boleh bawalah kenderaan dengan berhati-hati. Tapi bila teringat balik adegan tersebut aku teringat pulak yang aku pun kena tendang huhuhu entah apa salah aku, rasanya betul je jalan tiba-tiba entah mamat mane lagak samseng je tendang bumper depan kete aku. Aku tercengang le lorrrr apa dosa aku... tapi mamat 2 ekor tu laju je jalan. Alahaiiii dah dia bawa laju tak nampak aku yang besar kedabak ni boleh pulak salahkan orang. Rasanya aku ikut semua peraturan malahan selalu menggunakan lampu signal jika nak berubah arah dan sebagainya. Nasib baik le side mirror tak kena tendang macam kete Myvi tu sampai patah. Alahaiiiiii

2 comments:

  1. Kereta myvi saya pun baru jer pagi tadi kena tendang betul2 bawah tempat minyak tu. Ada dent sikit tapi kos repair mencecah rm200 jugak. Saya pun seperti saudara langsung tak tahu apa kesalahan saya. Untuk pengetahuan saya dah bawak keta selama 15 tahun, tak pernah kena saman atau eksiden. Saya selalu pakai signal n tak bawak keta laju2. Saya cuma keluar dari simpang dekat ofis yang saya dah lalu setiap hari sejak 10 tahun lepas. Saya keluar dengan signal n tngok betul2 jalan tu sebelum keluar. Tadi saya lalu simpang tu macam biasa tetiba lepas 50meter ada motor ikut saya dari belakang sambil hon. Saya pun berenti kejap nak tahu apa halnya. Dia cakap saya keluar simpang tanpa signal n hampir2 langgar dia. Yang peliknya saya memang 100% pasti takde kenderaan lain masa keluar dari simpang tu. Dan kalau betul hampir2 langgar dia patutnya bolehlah dengar dia tekan hon sebaik saja saya keluar dari simpang, bukan dah lepas 50m baru nak bunyi hon. Yang saya betul2 tak puas hati saya tak sempat xplain apa2 dia terus tendang keta saya dan terus lari. Saya memang tak sempat cakap apa2 sebab dia asyik memaki saya. 1st time saya kena macam ni. Saya betul2 tak faham apa yang berlaku pagi tadi.

    ReplyDelete
  2. Ya allah nasib baik tak ada apa-apa berlaku. Kadang-kadang ada orang yang gaya ala samseng. Dia fikir dia betul je walhal entah angin apa melanda dia yang salah orang lain pulak yg di persalahkan.

    ReplyDelete