Monday, January 17, 2011

Apa itu Jambu Gelas

Pernah dengar jambu gelas? Atau jambu ball? Kedua pokok jambu ni seakan-akan sama pokok dan daunnya. Yang membezakannya ialah jambu gelas tu warna puteh dan panjang sikit manakala jambu ball tu dia bulat dan warna merah jalur-jalur.Tapi sebenarnya buah ni jarang terdapat dan rasanya aku tak pernah nampak orang menjualnya. Tapi tak tahulah kalau kat kampung-kampung lain ada terdapat.

Tadaaaaa nilah jambu gelas

Masa aku balik hujung tahun lepas kerana cuti dan mak buat kenduri tahlil, ada 3 pokok buah jambu gelas yang berbuah lebat. Dan kali ini yang bestnya dia masak dan besar. Selalunya belum masak betul dan kadang masih kecil dan kehijauan lagi dah jatuh. Tapi kali ni entah macamana boleh jadi besar macam tu. Buah ni kalau betul-betul masak sedap je kalau di makan begitu saja. Atau pun buat jeruk. Potong nipis-nipis dan masuk dalam bekas dan bubuh gula. Sedap wa cakap luuuuu. Tapi aku takde le gemar sangat cuma teruja je bila dapat buah tu masak dan besar macam tu. Akak aku Nora huh bukan main suka lagi, sampai satu kantung buah tu di bawa balik ke rawang. Kiranya masa buat kenduri tahlil tu memang rezeki buat anak-anak dan cucu-cucu wak saifah le. hehehe Malahan sepetang tu sambil memasak lauk-pauk untuk tahlil sempat lagi pergi memetik buah yang dah masak.

Hah tenguk le tu akak aku bukan main syok je mengungis jambu gelas tu.

Oleh kerana kali ni besar-besar buahnya jadi masa nak memetik tu kena lah hati-hati sebab pokoknya tinggi. Silap gaya petik huh berdebuk dia jatuh dan pecah. Apa lagi le kalau musim hujan huh berdebuk2 jatuh atas tanah.  Kalau elok lagi kadang kutiple juga buat jeruk.


                          Hah yang ni nasib baik le rendah sikit main pakai tarik dengan tangan je dahannya.

Jambu ball ada juga berbuah tapi tak elok sangat. Sejak akhir-akhir ni buahnya tak elok sangat. Kecil-kecil lagi dah busuk. Tapi kalau dia menjadi sangat sedap tau makan buahnya. Lagi kalau tak busuk. Buahnya kecil sikit daripada jambu gelas. Apa pun buah jambu tersebut memang sedap. Malahan tupai pun suka.... huawaaaa sampai hati cik tupai ko ngungis dia ye......huhuhu

11 comments:

  1. salam...DTS ada award untuk blog anda di sini..sudi2kan lah yea

    http://tiffinbiru.blogspot.com/2011/01/creative-blogger-award.html

    ReplyDelete
  2. Salam...amboiii Encik mat pagi-pagi dah bagi award. Alahaiiii malunya saya blog tak seberapa dah dapat award. Apa pun akan di cuba juga menjawabnya. Toche maaaa

    ReplyDelete
  3. salam... terujanya tgk jambu ni... susah nak dapat. kat kg saya panggil jambu botol. Sedapnya, tp jambu ni mudah busuk. Boleh buat jeruk juga.

    ReplyDelete
  4. Salam syimama. Oh ye ke ada nama glemer lain. Haah jambu ni tak tahan lama. Buat jeruk memang walah...apa lagi lepas masuk dalam petisejuk. hurmmm yummy *erk meleleh plak air liur* hehehe

    ReplyDelete
  5. salam kak...
    mcm mne blh sy dapatkn buah jambu gelas akak tu??
    sbb anak sedara sy tgh ngidam sgt buah ni...
    tlg bgtaw scepat mgkin kak ea...
    kalo ada pape akak blh bgtaw sy kt nmbr ni 0102931043

    ReplyDelete
  6. Salam..akak, saya mengidam sngt jambu gelas nie..dh lama sngt cari xjumpa..apa2 contact saya ya..0106313877 (urgent nak sngt)

    ReplyDelete
  7. Assalam kak...duduk area mane ya..saya tgh mencari jambu ni..bertahun2 saya cari utk mak saya...saya di johor bahru..xtau kat mane ada..blh ctc saya ke
    017 7747664

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Insyirah,

    Ni kat rumah mak akak di kampung di muar, Maaf lah tak tahu bila pokok ni nak berbuah lagi. Dah lama tak balik kampung dan bila balik takde pulak pokok ni berbuah.


    Kalau lalu muar jalan bakri batu 6 tu hah meh lah singgah tapi kalau bukan musimnya maaf lah ya. Insyallah nanti akak cuba contact.

    ReplyDelete
  9. Sy br beli jambu ni kat depan klinik pangkalan raja di pekan nenas.kamu cr la kt ctu

    ReplyDelete