Enon dengan anaknya yang comel-comel belako.
Pada 13hb Mac 2011 yang lalu maka jejak kasih lah aku dengan enon iaitu kawan sekolah zaman asrama dulu.Bayangkan le 5 tahun kami tinggal bersama di asrama dan selepas habis SPM semuanya berpisah dan tak berjumpa lagi sehingga lah zaman IT yang canggih manggih ni dan juga dek kerana Fb aku dapat berjumpa semula dengan kengkawan zaman sekolah dahulu. Fuh berpuluh tahun makan masa tu, tak berjumpa. Mula-mula era FB start je si Norkhanifah yang cari aku lepas tu aini. Bila tenguk list nama mereka aku dapat jumpa azah, Jah, As, lin khairi, noribah, masniah, elly, kak Chik dan ada juga adik2 junior seperti mas Abrizah.
Dan baru-baru ni enon menjejaki nama aku melalui email address di kementerian aku. Sebelum tu dia ada call azah rahman dan bila azah kata aku kerja kat putrajaya terus dia google nama aku. Lepas tu dia cuba-cuba lah anto email guna nama aku. Dan bila aku buka email opis huh dah tentu le aku kenal sebab dulu aku memang baik dengan dia dan aini. Enon ni pandai walaupun nampak relaks je. Malahan dengar cerita habis je SPM dia di tawarkan keluar negeri. Tapi lepas tu aku tak tau apa cerita tentang dia. Yang tau dan rapat adalah azah dan Jah sebab mereka sama-sama belajar kat US dan berjumpa di sana. Jah walaupun tangguh setahun ambil SPM sebab sakit tapi selepas SPM dia pun terus di hantar keluar negeri. Dan mereka berjumpa di sana.
Selepas ber email dan bercontact talipon kami pun berjanji nak jumpa pada 13hb tu di alamanda. Ikutkan minggu sebelum tu dah plan nak jumpa tapi aku demam pulaknya jadi terpaksale tangguh minggu selepas tu. dan akhirnya tada..... dapat juga aku jumpa sejak berpuluh tahun tak jumpa. Enon still macam dulu juga kecomelannya masih tetap ada walaupun anak dah 5 berderet. Sekarang dia jadi suri rumah tangga dan sibuk melayan dan menguruskan anak-anaknya. Kiranya dia kurus le sikit di banding zaman sekolah dulu pipi memang cubby sikit tu yang buat dia comel. Tapi aku dulu-dulu kurus tapi bila dah kerja huh mencanak-canak kembangnya sampai berkembang-kembang bermangkuk-mangkuk sungguh. hehehehe aduhaiiiii
No comments:
Post a Comment