Model terhangat di pasaran
Tenguk lah berderet-deret kenderaan di sepanjang jalan di belakang Blok E 1 dan E2.
Ni lah model terhangat di apit oleh 2 buah kenderaan
Belakang Blok E2
Masalah parking di putrajaya sejak dahulu merupakan isu yang selalu menjadi berita hangat di kalangan penjawat awam di putrajaya terutamanya bagi kakitangan yang bertugas di Parcel B, C, D dan E. Apa lagi sejak parking lotnya telah di kenakan bayaran bagi parking lot awam huh lagi lah jadi masalah besar. Pada aku lah yang hanya kerja cabuk je ni memang le jadi masalah besor sebab takde parking lot sendiri. Hah pegawai-pegawai Besor tak de heran punya kalau parking lot tu kena bayar ke apa ke sebab depa ada parking lot sendiri. Kalau parking kira masa huh kopak le nak bayar duit parking dari pukul 8 ke pukul 5, lain le kalau perentry. Masalahnya kakitangan sendiri pun tiada parking lot dan kerana itu lah sepanjang jalan masuk ke parcel E berjejeran kereta, baik yang mahal ke ,yang murah ke, yang kecil ke, yang besar ke malahan selagi boleh selit huh selit le asalkan jangan bercium bumper 2 bumper udah le. Tang tu nasib badan le ye kalau tiba-tiba terkemik sana sini body kenderaan tu.
Parking di basement hanya layak bagi kakitangan pegawai yang besar-besar tapi bagi kami yang hanya kakitangan sokongan ni hanya mengemis simpati menumpang di tepian jalan di sepanjang jalan di parcel E. Oleh sebab itu aku kena keluar awal setiap pagi sebab nak chop parking lot di belakang Blok E1 dan E 2 ni. Kalau lambat je huh meronda le sekeliling parcel E mencari tempat kosong. Silap haribulan huh menangis le takde tempat parking sebab semua dah penuh.
Dan pada 25hb februari baru-baru ni aku dan geng nak pergi ke Bangi maklum le hari Jumaat , masa berehat panjang untuk bersantai dan semasa sampai di kereta tiba-tiba aku ternampak model terhangat di pasaran. Ya allah dah bertahun aku parking di belakang blok E2 tu aku boleh tak perasan model tu tercongok kat tepi jalan. Apa lagi lah dah sah le ianya menyalahi undang-undang sebab kereta memarkir berhampiran model terhangat tersebut , aku pun apa lagi le kidnaple gambar model terhangat tu. Huh ni tak boleh jadi mesti di war-warkan pada Ondscene untuk makluman terhangat ni. Member pun heran apasal le aku terhendap-hendap ambil gambar model terhangat tu . Bila aku tunjukkan gambar model tersebut , member semua gelak. Huh sabor je lah aku. Tak pa , tak pa kut gambar yang aku kidnape tu boleh menjadi tatapan ondscene aku tak kisah. Kali ni aku mesti war-warkan juga. Jadi sekian lah sahaja masalah parking di putrajaya. hehehehe macam melapurkan berita dunia aje kan kan kan.
model pili bomba....hahaha.......masalah parking perkara biasa di pjaya cuma kecewa sbb staff sendiri pun x ada lot untuk parking umpama RAKYAT DIDAHULUKAN PARKING STAFF DIKEMUDIANKAN...
ReplyDeleteWah afeez slogan yang baikkkkk punya...... hehehehe. Nak buat lagu mana cari makan kan jadi harung je le masalah tu.
ReplyDeletenaik jelah motor, yang bawak kereta sapa suruh, hinakah naik motor?
ReplyDeletetu sebab org berlumba2 nak jadi menteri...diorang nih dpt elaun, kete ada, driver ada, minyak free, tol lagi lar...bila gula naik, diorang suggest kan kiter kurangkan manis dlm mknan...kalo minyak msk naik, suh kiter kurangkan minyak msk...mkn rebus2 jer...diorang senang lar bila gi mana2 function dilayan sbg VIP..mkn free....
ReplyDeleterakyat ditindas, pemimpin diutamakan