Tuesday, December 27, 2011

Menang Contest Pili Bomba anjuran Blog Ondscene




    Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu  keputusan-pemenang-cabaran-foto-pili-bomba di blog encik ondscene akhirnya keputusan telah pun di perolehi. Dalam 14 foto Pili Bomba yang aku hantar alhamdulillah sangkut juga satu pada kategori 2 iaitu yang unik dan pelbagai. Dapat tempat ke 2 tu.  Memang berbalui lah selama ini mengejar Encik Ning aka Encik Pili Bomba ke sana ke sini. Dengan tajuk  bagaikan-dalam-taman memang sesuai lah dengan blog aku yang suka bunga-bungaan ni.

   Sebenarnya bagus juga Cabaran Foto Pili Bomba ni diadakan. Segala kesalahan yang telah di paparkan pihak Bomba boleh mengambil tindakan dengan kadar segera samada memperbaikinya atau di halang kesalahan yang telah di lakukan. Sebab selalunya orang tidak memperdulikan pun keadaan Pili bomba yang terdapat di kawasan perumahan atau di tepi jalan dan sebagainya. Malahan jika berhampiran dengan kawasan perumahan selalunya menjadi mangsa di anak tirikan ke atau lebeh dasyat lagi terus di hilangkan. emmm boleh ke? Tak pun di ghaibkan atau di jahanamkan fungsi kegunaannya. Bila kebakaran berlaku barulah nampak kegunaan dan kebaikannya Pili Bomba tersebut.  Masa tu nak salahkan siapa? Takan lah ahli bomba yang bertungkus-lumus nak memadamkan kebakaran tapi dek kerana Pili Bomba rosak kerja mereka pun terbengkalai atau menjadi lambat kerana terpaksa mencari punca air yang lain. Akhirnya bila lambat kebakaran di padamkan, mereka salahkan ahli bomba pulaknya padahal mereka yang mengabaikan keadaaan Pili Bomba tersebut. Dah terantuk baru nak terngadah emm betul ke peribahasa aku ni. hehehehe Apa pun sebagai rakyat yang perihatin sama-samalah kita menjaga Pili Bomba dengan sebaik-baiknya. Semuga ianya dapat memberi perkhidmatan yang baik buat semua rakyat di Malaysia.

3 comments:

  1. wah..tahniah..congrats......!!!!!!! lepas ni bolelah rajin2 amik gambo lagi, masuk lg apa2 contest...ko ni bukan jadi kaunselor je, malah jadi photographer n jurnalist pun boleh...cayala notie...

    ReplyDelete
  2. Hahaha tima aceh banyak2. Seronok masuk contest tu bila dapat hadiah tu yg jadi syiok nak join. So far selama ini contest yg best aku dpt tmpt ke 3 dapat pakage melancong pi bangkok 5 hari 4 mlm. Malahan kamera baru aku canon tu pun dapat free sebab masuk contest juga.

    Berangan je kalau ler dapat hadiah yg pertama dlm setiap contest wow tak tahu ler nak cakap memang hepey bebenor ler lagi kalau dapat hadiah pi melancung yg mahal2 mudah-mudahan ada rezeki aku insyallah. Amin

    ReplyDelete