Kunjungan keluarga aku di hari raya pertama 2009
Al Fatihah buat bapa saudara Aruah Cikgu Hj Mesbah Bin Abd Majid aka Pak Itam yang telah menghembuskan nafasnya pada pagi 31hb 12 2011 pukul 2 pagi. Pagi Sabtu tu aku dikejutkan dengan deringan talipon. Dengan mata yang masih ngantuk aku menjawab talipon rupanya Julie talipon mengatakan Pak Itam meninggal. Terus mata celik dan maklumkan pada kak Ambah dan kami terus bersiap balik muar. Rupanya aruah meninggal di Seremban sebab beberapa bulan ni Aruah sudah semakin uzur malahan kata Natrah anaknya No3 Aruah dah rosak buah pinggangnya dan bila nak berjalan kena di angkat. Malahan kali akhir masa aku balik dengan Kak Ambah memang nampak dah uzur. Dan akhirnya di pagi akhir tahun 2011 Pak Itam di jemput Allah akhirnya. Ni lah satu-satunya waris Aruah bapa yang tinggal. Kiranya waris kuat juga bagi aku sebab boleh jadi wali kalau nak menikah nanti. Apa pun dari Allah kita datang pada Allah jua kita kembali. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk didalam golongan orang yang beriman.
Sepatutnya pagi sabtu tu aku dah janji dengan kaknoor dan nacha nak pergi Opis Js sekejap nak beli buku baru JS dan kemudian nak pergi ke Jalan TAR nak tukar duit tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Jadi semuanya cancel dan aku serta Kak Ambah terus bersiap balik ke Muar. Sampai di rumah Mak akak-akak aku dah sampai dan sibuk memasak. Rupanya jenazah belum sampai di muar lagi dan kemungkinan nak masuk Zohor baru sampai. Rupanya semua anak-anak Mak Itam berada di Seremban. Selesai masak memasak untuk keluarga adik beradik aku dan juga untuk keluarga Mak Itam yang mungkin bila sampai di Muar setelah selesai semuanya masing-masing akan keletihan. Betul juga dalam pukul 2 jenazah sampai. Kami terus berkunjung kerumah yang selang sebuah dari rumah tinggal Aruah Chik yang juga merupakan mak saudara aku yang setelah kematiannya rumahnya tinggal usang tiada berpenghuni. Anak-anak angkatnya tak berani lagi tinggal di situ setelah aruah Chik tiada. sayang juga melihat rumah Aruah Chik terbiar macam tu sebab ianya terletak di tepi jalan. Patutnya kalau tak ada orang nak duduk sewakan lah. Tu pun dengar kata nak sewa tapi letak harga tinggi. Patutnya tak kiralah berapa sewa yang penting ada orang tinggal tapi kalau dah takde orang yang nak duduk akhirnya benda lain yang duduk pulaknya. Hish hish.
Jenazah dah selamat di mandikan dan dikapankan dari Seremban jadi selesai sahaja sanak saudara melihat buat kali terakhir ia pun di sembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan Batu 6. Apa lagi yang dapat aku katakan hanya doa dan Al fatihah sahaja yang dapat disedekahkan semuga rohnya aman di sana. Al fatihah.
Kemunculan tahun 2012 semuga membawa kebahagiaan dan keberkatan didalam kehidupan aku dan keluarga aku. Tahun berganti tahun dan dengan bertambahnya tahun maka semakin kuranglah umur kita di dunia ini. Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebaikan dan semuga aku menjadi manusia yang lebeh baik di masa akan datang. Semuga hidup dilimpahi rahmat dan allah memurahkan rezeki aku disepanjang tahun 2012. Dan juga semuga impian dan harapan aku terlaksana dengan keizinan Allah jua hendaknya AMIN.
AMIN.....yg pergi tetap pergi, yg tinggal kenalah kita jaga dan hidup perlu diteruskan.. semoga 2012 membawa seribu kerahmatan buat kita dan semua umat Islam khasnya
ReplyDelete