Cupcake yang mengambarkan diri
Assalamualaikum,
Aiseymen...terlupa lah nak cerita tentang gathering SABGS pada 23hb ari tu. Dah tepek dalam post tapi tak habis cerita pulaknya. Ok lah kena cerita juga sebab kali ni punya gathering memang happening giler walaupun pada mulanya macam tak mendapat sambutan tapi bila tiba harinya lebeh kurang 70 orang yang hadir. Ex SMSABGS tak kira yang senior ke yang junior ke yang tahun 60an ado, 70an ado, 80an ado dan 90an pun ado. Emm tak pasti pulak samada yang latest junior SMSABGS pun ado juga. Kiranya ini perjumpaan kali ke 2 setelah yang pertama dulu reunion kat Hotel Royale Chulan tapi kali ini buat di Hotel Impiana pula yang berhampiran dengan KLCC. Kali ini tidak ada cikgu hanya exstudents je malahan 2 instructor telah Noi sediakan untuk kita orang berjimba-jimba.Mana boleh tak nak join, bukannya selalu setahun sekali, lagi pun masa ni lah nak berjimba-jimba dengan ex SABGS. Kali ini dengan tema warna hitam putih serta merah sikit. Hasilnya memang marbeles lah bila ikut tema macam ni. Sebelum tu masing-masing kena bawa cupcake yang mewakili diri sendiri. Aku pun terus orde dengan Irma cupcake bertema bunga mawar biru sebab i like blue ya, malahan memang suka bunga ya. Dengan campuran warna puteh melambangkan kesucian hati nurani. Ewahhhhh cam tu ke aku melambangkan diri sendiri. Mula-mula nak beli seketul je macam tak memadai je, hah ko 16 ketul biji aku bawa terus tabur atas meja. Penuh meja kami dengan cupkek. Meja kami terdiri daripada batch 88 yang juga merupakan kawan-kawan batch anak saudara aku Merina serta 2 pupu aku iaitu Elvy. Cuma my sister je tak dapat join jadi melahu ler aku sengsorang ke KLCC.
Penuh meja dengan cupkek aku dan Rozita. Rozita punya cantik dengan bekas kek sekali.
Ni masa pendaftaran yang diuruskan oleh salbiah. Dapat goodies beg. Kalau tak salah ada bagi nama untuk cabutan bertuah. Kali ini sesiapa yang nak bagi hadiah dialu-alukan. Kalau tak bawa pun tak apa..tak paksa hanya untuk suka-suka. Ada rezeki alhamdulillah tak ada rezeki ya sudah.
Majlis bermula dengan bacaan doa. Selepas tu Noi aka pengelola majlis berucap. Noi ni staf Hotel Impiana jadi dia yang syorkan buat di Hotel tersebut. Rasanya Datuk Atikah ada berucap kut sebagai alu-aluan. Emm tak perasan pulak atau aku dah lupa. hehehehe.
Selepas tu acara makan.Semua menyerbu meja makanan. Ada mee goreng mamak, roti jala, karipap, lagi apa ye. Makanan kurang sikit tak macam masa di Hotel Royale Chulan, tahun lepas makanan memang banyak, bayaran pun mahal juga ler. Ala yang ini pun tak habis makan nak banyak2 pulak. Yang penting enjoy ya.
Ni meja kita orang share dengan adik junior. Geng aku cuma kami bertiga je yang hadir. Tapi aku memang tabik kat Rozita dan Norkh sebab dari Ipoh dan JB sanggup datang jauh-jauh tapi member kat KL huh semuanya manjang busy.... ataupun mereka malu nak join. Apa lah depa ni bukannya selalu dapat berkumpul begini, ada tak ada pun setahun sekali. Kita orang semua exSABGS dah berpakat nak buat setahun sekali dapat berkumpul macam ni. Seronok apa, sebab semuanya sporting n giler-giler bila dapat peluang mengelelitis macam ni semua pun jadik. hahahahaha tak percaya hah nanti aku tepek gambar masa kita orang dok mengeletis kat depan dengan ada tukang ajor joget lagi. Sesekali terlepas dari kandang hah dapat mengelitis memang syiok. Walaupun semuanya dah 5 series, 4 series, 3 series tapi semua cun dan glemer tau. Semua sporting dan memang hapening lah. Lagi pun dapat mengeratkan lagi silaturahim. Dari tak kenal bila dah berkumpul jadi kenal dan geng. Seronok sangat.
Selepas makan kita orang menyanyi lagu sekolah beramai-ramai. Selepas tu batch 60an membuat persembahan. Rasanya mereka menari zapin kalau tak salah ler. Selain daripada tu ada juga games sambil itu di selang selikan dengan cabutan hadiah dan pertunjukan batch. Geng kami mula-mula nak buat lagu Pancasitara nyanyi lagu 'Bila Larut malam' sekali batch siapa tah emmm geng akak aku kut geng 81 campur dgn geng 80 nyanyi ramai2 dengan ubah sikit sarikata. Bila kitaorang dengar je emm terpaksale kensel plan sebelum itu dan terpaksa carik lagu lain. Nasib baik lah rozita tu suka berjoget... dia bawak cd lagu huh banyak juga lagu-lagu lama. Lepas tu check dengan org yang jaga muzik samada ada atau pun tidak lagu yang sesuai.. kita org nyanyi dan berzapin lagu Saloma. Emm apa ek lagunya lupa dah.
Trio batch aku dengan Rozita jadi ketua berzapin dan menyanyi dan berjoget twist tau. Yang kelakor tu masa masing-masing keluarkan spek hitam ada yang menjerit, ' Weiii tiru kita orang ke?' Kita orang gelak je, depa ingat kita orang nak nyanyi lagu yang sama. Bila muzik on je.... apa lagi yeiiii zapin ler kita wei dengan twist dengan patah tangan apa sajo . Kat bawah stage kak Kursiah pun ikut sama dengan Hanom berzapin bersama. Syiok sungguh.Mula-mula malu-malu ala lepas tu terus belasah je. hehehe
Masa ni game buat pakaian menggunakan kertas akhbar, memang havoc sungguh sebab pakaian kak chah memang mengancam siap ada yang kata cup C lah. adeiiiiii kelakor lah depa semua macam-macam gaya.
Ni games membuat menara menggunakan mashmelow.. satu meja berkerjasama. walaupun meja kami tak memang tapi semangat berkerjasama tetap mantap beb. Yang penting semua hepey.
Selain daripada itu terdapat 3 kategori award yang di undi oleh semua iaitu Best Dress, Most Popular dan Puteri SABGS. Best Dress dimenangi oleh Si Matahari. Walaupun tengah pregnant kiranya rezeki anak. Most Popular dapat oleh Datuk Atikah dan Puteri SABGS dapat pada Kak kursiah. Semuanya kita orang sokong dengan meriahnya.
Bila Saleh dan Saiful instructor dari badan kebudayaan datang je huh memang havoclah. Apa lagi macam-macam jenis tarian dia ajor. Mula-mula joget zapin.Lagu Zapin senario pun ado. Lepas tu poco-poco, lagu bollywood pun ada juga. Tapi paling best bila gangnam style punya joget. Fuh syiok sungguh. Berpeluh-peluh tau lepas satu ke satu tarian dipersembahkan. Tak cukup kat depan kat belakang pun ada yang menyambung.
Ini entah batch mana yang menyanyi dan di bawah stage ikut sama berjoget. entah apa Kak Kursiah dok ngok ngek dengan Kak Nali. Kak Nali ni rupanya kakak kepada batch aku Norlina Yusof yang kini jadi Doktor pakar bius di Muor. Patutlah bila tenguk ada rupa Norlina rupanya adik beradik. Rozita lagi best jumpa 2 lagi sepupunya. Malahan ada yang dapat berjumpa saudara lah pulak.
Depan kecoh berjimba-jimba kat belakang entah apa-apa dok ngok ngek bergelak ketawa.
Sessi bergambar ikut batch. Ini rasanya batch 80 yang agak ramai juga yang datang.
Ni batch campur-campur sebab tak cukup geng, 81,82,83,84
Ni gambar beramai-ramai. Memang happening sungguh lah pada kali ini. Masing-masing semua enjoy, dah tak kira lagi mak budak ke, kakak ke atok-atok ke.... semuanya belasah. Apa pun semuanya pulang dengan rasa gembira dan enjoy. Majlis habis pukul 7 tapi pukul 6.30 aku dah ajak Norkh balik. Almaklumlah dah nak magrib kan lagi pun Norkh terus balik Johor. Kami balik dengan rasa gembira dan seronok. Semuga gathering ini dapat diadakan pada setiap tahun dan semuga lagi ramai ex SABGS yang tak penah join dapat join lagi pada masa akan datang.
Ni lah godies yang aku dapat. Ada bahulu ikan, sambal ikan bilis bonda, candy hasil tangan kak c'jingga serta lapik mouse dan ballpen dari Hotel Impiana. Terima kasih banyak lah noi sebab dapat menguruskan event yang julung-julung kalinya best sesangat. Staff hotel Impiana kata kita orang memang dahsyat sungguh. hahahahaha. Mana taknya semua mengelitis kat depan depa tukang tenguk kat belakang dengan senyum-senyum kambing melihat kerenah Exsabgs. Apa pun yang penting enjoy.
Salam Kak notie (lps ni I panggil you 'kakak') obviously sis lebih senior.. Sis notie ex-SMSABGS kah? Most of my school friends tahun 90-an.. :-)
ReplyDeleteLZ memang le dah pangkat ahkak yang oiiii. Tapi kadang lupa diri ingat muda selalu padahal kawan-kawan blog dah pangkat anak-anak dah. Dah nak masuk 5 carats yang oiiii huhuhu *insaf diri sekejap* hehehehehe
ReplyDeletePsss... nanti kalau balik kampung bagitau le kut leh kita berjumpa bersembang bagai
Oh gitu? X nmpk senior sgt, don't worry sis.. In shaa Allah, ada umur kita gather bersama yer.. :-)
ReplyDelete