Friday, October 5, 2012

Menang Samsung Galaxy Tab 2


Assalamualaikum semua di pagi Jumaat yang penuh mulia dan berkat ni,

  Alhamdulillah syukur diatas rezeki yang aku dapat, mana taknya walaupun target nak pergi Disneyland Hongkong tak dapat tapi dapat Samsung Galaxy Tab 2 je pun dah buat aku tak sabar je nak dapat. Apa pun ni kira rezekilah. Daripada tak dapat, dapat free Samsung Galaxy pun aku dah yahoooo yabedabedu. Nak beli sendiri emmm memang tak adalah. Mahal tu ribu riban reganya.

  Contest ni sebenarnya sebelum puasa hari tu aku join. 2 bulan lebeh lah jangkamasanya. Ops lupa ia adalah contest sempena 50 tahun  Hwa Tai Sdn Bhd di wujudkan. Yang menjadi tarikan aku nak join sebab grand prizenya pi Disneyland Hongkong 4H3M dan duit Rm5000. Aku kan suka jenjalan tempat orang. Hari tu pi Hongkong sehari je jadi bila kata Disneyland memang le teringin sangat nak pergi, apa lagi dapat duit poket money memang syiok habis lah. Jadi aku pun start ler membeli biskut Hwa Tai tu. Jenuh juga lah mengumpul, membeli sampul surat dan stem. Yang kopak tu duit stemnya tapi sebab beli sikit demi sikit takde lah rasa kopak sangat. Macam minggu ni dapat siapkan 10 form lepas tu simpan. Minggu depan beli biskut dan ambil paketnya dapatlah siap 10 form. Nak banyak lagi beli banyak2 kat tesco lepas tu simpan biskut dalam tin. Agak-agak dah penuh bagi kat julie suruh perabihkan, manakala paket kosong nak guna untuk contest. hehehehe begitu bersemangatnya aku nak masuk contest tu dan bersemangatnya aku nak menang 1st prize. Bila dah nak tarikh tutup cepat-cepat hantar semuanya. Lepas tu berdoalah semuga ada rezeki menang yang aku aimed tu. Lepas tu aku pun lupa tentang contest tu. Alahaiii


 Sekali pada 3 minggu lepas ada prempuan cina call. Mula-mula cuak siapa ni nombor tak kenal pun sekali dia bagitau lah yang dia dari Hwa Tai syarikat. Sebelum tu dia minta pengesahan nama dan kad pengenalan bila dah confirm betul baru dia bagitahu aku menang tempat ke 2. Erk menang, betul ke? Lepas tu aku tanya lah aku menang dapat apa? Sekali dia kata dapat Samsung Galaxy Tab. Hah bior betul?  'Ya betul' jawab perempuan tu. Dan dia maklumkan akan hantar surat jemputan untuk ambil hadiah. Lepas je letak phone aku cerita kat member apa yang aku menang. Depa semuanya bersemangat malahan lagi syiok daripada aku. Aku memang dah teringin nak beli Ipad tapi ekonomi masih suam-suam jadi jeling je member yang ada tapi bila aku tenguk balik form Ipad 2 tempat ke 3 maknanya Samsung Galaxy tu lebeh mahal ler dari Ipad. hehehehehe kira berbaloi-baloi lah ya. Bila aku cakap kat Julie pun dia jadi excited. Aku terpaksa lah tanya julie boleh cuti tak supaya dapat temankan aku pergi ambil hadiah. Sekali julie kata ok emm apa lagi on lah.

  Dan semalam pergilah ke tempat yang disebutkan. Sekali aku yang salah print map dan kami tersesat di highway Sg Besi. Nampak je bangunan di Seri Petaling tu berhampiran tepi highway KL-Seremban. Sepatutnya pukul 3 tapi 10 minit lagi baru dapat cari tempatnya. Rupanya ianya sebuah pejabat. Dan masa aku sampai ada lah beberapa orang yang menang. Bila aku bagi surat dan salinan kad pengenalan, Miss Iris tu suruh masuk dalam. Rupanya dalam sebuah bilik ada sessi mengambil gambar. Mula-mula seorang demi seorang ambil gambar lepas tu beramai-ramai. Masa dapat kat tangan kotak Samsung Galaxy tu hish dalam hati seronoknya. Julie lah yang tolong tengukkan macamana benda tu samada berfungsi atau tidak. Aku dok jeling je sebab tak reti lagi nak guna. Selesai upacara bergambar beramai-ramai kita orang pun balik. Hish seronoknya dah dalam pelukan. Tak biasa pakai phone canggih manggih ni rasa pening pulak macamana ler nak guna. hahahahahahahahaha. Julie reti guna sebab talipon dia jenis samsung jadi dah biasa ler jenis tarik2 jari je. Aku ni pesen orang lama talipon selagi boleh dapat call dan buat call huh tak ada maknanya nak tukar2 phone macam orang lain. Ni dapat jenis tarik2 jari pandang seronok tapi bila sendiri nak praktikkan emmm macam susah je. adeh makchik sungguh ketinggalan ERL sungguh. adeh.

Ni lah yang aku dapat emmm rasa seronok tak habis lagi ni. Baru dapat 2nd prize kalau dapat Grand prize huh tak tidur gamaknya. hahahaha punya seronok menang hadiah. Melabur dalam beberapa ratus je dapat nilai ribu riban. Alhamdulillah rezeki beb.

Yang di tengah tu hah dapat Grand prize huh jelesnya aku tak dapat pi Disneyland tapi dapat ni pun dah ado orang yang jeles. hahahahahaha Syukur alhamdulillah janji masuk contest dapat daripada nganga je tak dapat apo-apo. Lepas ni semuga rezeki rimau pula aku dapat. Manalah tahu dapat kereta sebiji ke, pi dapat duit selepuk ke. Huh mesti seronok sungguh kalau ada rezeki macam tu. Apa pun bersyukur sangat dan aku berdoa semuga lepas ni menang hadiah yang lagi besar. Amin.  

No comments:

Post a Comment