Wednesday, November 7, 2012

Exam SPM punya cerita

Dewan peperiksaan

Assalamualaikum semua,

Wah cuaca hari ini baik nampaknya. Semuga mangsa-mangsa banjir di 4 negeri dan terutamanya di kampung akak aku kat Parit Sulong, Batu Pahat tu beransur pulih. Hari tu masa aku call Kak Ijah, keliling rumah dan dapurnya dah penuh air. Kak ijah tengah pening nak pindah ke rumah anaknya atau ke pusat pemindahan di sekolah Agama, dimana dah ada orang yang dipindahkan. Kesian Kak ijah, ialah dengan sakit kaki lagi, banjir lagi emm macam-macam.

 Minggu lepas sudah bermulanya peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia. Dan minggu ni pula minggu akhir sekolah dan minggu depan akan bermulanya cuti sekolah penggal ke3. Bila tenguk budak-budak sekarang pergi periksa teringat pulak aku masa zaman-zaman dolu-dolu yang dah berpuluh tahun ditinggalkan zaman persekolahan masa nak periksa SPM. Dolu-dolu kalau nak lulus mesti target dapat pangkat 1 dan 2 ya bukan pangkat 3 dan 4 atau SAP. Pangkat 1 dan 2 boleh lah sambung belajar di Universiti ya. Sekarang orang dok kejar dapat berapa banyak A. Emmm aku pun dah tak tahu skema kelulusan sekarang macamana.

 Dulu sebelum periksa ada ujian lisan dan amali sains ya. Masa tu aku dalam aliran sains jadi amali sains 3 subjek tu lah yang kita orang selalu bengang. Tapi dalam 3 subjek sains aku suka biologi lah daripada fizik dan kimia yang buat peningkan kepala. hahahaha. Tak sangka aku dapat masuk aliran sains sebab bab matematik memang ler aku out. Tu sebab matematik tambahan aku tak ambil pun cuma Matematik je.

 Bila cerita pasal ujian lisan dan amali ni em budak asrama macam aku dan geng kengkawan aku memang banyak cerita lucu yang kami tempuhi. Kadang bila teringat emmm sengeh sngsorang tapi tu lah pengalaman yang tak akan di perolehi bila kita dah kerja. Jadi buat pelajar-pelajar sekarang tuntutlah ilmu sehingga berjaya, bukannya pergi sekolah nak main-main dan sekolah hanya nak menghabiskan harta mak bapak ja. Masa belajar ni lah nak kena belajar betul-betul agar memperolehi markah yang bagus dan dapat melanjutkan pelajaran di Universiti. Bila dah terlepas semua tu nak menyesal pun dah tak guna. Jadi ambil lah peluang belajar ni semasa masih muda. Selalunya selepas habis Sijil Rendah Pelajaran, masa zaman aku dulu SRP ya sekarang ni PMR. Dapat naik tingkatan 4 selalu fikir tahun rehat sehingga lah masuk tingkatan 5 baru dok pulun belajar sebab akhir tahun dah exam, Apa lagi ianya yang menentukan arah tujuan kita selepas habis sekolah.

 Hish aku ni asyik merapu meraban je padahal nak cerita kisah lucu masa aku ambik SPM dolu. Terutamanya masa ujian lisan BM dan amali sains Biologi. Pertengahan bulan rasanya em lupa bulan apa tapi pelajar SPM dah kena bersedia nak ambil ujian lisan. Yang aku ingat cuma ujian Lisan Bm ja yang BI tak pasti samada ada ambil atau tidak tapi yang aku ingat Ujian Lisan BI masa tingkatan 3. Ok masa tu minggu bagi huruf N dan geng yang sama kena ujian lisan ialah aku, Azah, Norkhanifah, Norhalina Md Noor, Norhaliza Hamzah, em siapa lagi ya geng asrama yang pangkal nama N em aku dah lupa. Tapi pada hari kejadian tu pagi lagi dah bersiap sedia, aku ingat aku dengan Anifah ja. Jadi kami pun sama-sama lah dari asrama tu menuju ke sekolah yang hanya bersebelahan sahaja. Dan kebetulan masa tu kami melalui ampaian asrama berhampiran dengan bilik air sebelum kami keluar melalui pintu kecil asrama untuk ke sekolah. Jadi dengan selambanya sambil membawa beg sekolah sambil bersembang sambil tangan memegang tuala sebab fikir nanti nak lalu ampaian boleh lah sidai nanti tengahari balik sekolah dah kering. Jadi sembang punya sembang sebab tengah gemuruh ni nak ujian lisan, ialah ujian lisan ni macam kena pergi interview gitu. Ada 2 orang cikgu dari sekolah lain akan menginterview kita samada tentang pelajaran atau pengetahuan am. Jadi tentulah kecut, seram, gementar dan macam-macam lah rasa. hehehe. Sebelum tu member aku Aini dah lepas dah sebab dia pangkal A jadi dah tahu lah macamana dan soalan apa kena soal.

  Sembang punya sembang kita orang sampai kat kantin dan lepak situ dulu sebelum start pukul 9. Sekali masa aku letak beg.. eh apa yang berbulu kat tangan ni. Sekali aku tenguk hah towel busyuk aku, elok je atas lengan aku. huhuhuhu. Camna ni? Adeh aku pun tunjuk lah kat Anifah. "Laaa towel orang ni, aduhaiii pasal lah lupa nak sidai tadi". Si anifah pandang muka aku, pandang towel aku.. lepas tu dia bantai gelak kan aku.  huhuhuhu Sabo je lah aku, aduhaiiiii, orang dah lah panik nak ujian lisan ni ada adegan tak di ingini pulak berlaku. Nasib baik orang sekeliling kat kantin yang penuh dengan pelajar lain tu tak perasan kalau aku terbawa towel busyuk aku ke sekolah. Aku pun cepat-cepat lipat dan masuk dalam beg. Balik lepas ujian lisan nanti baru jemur. Rupanya bila balik hostel tengahari tu aku jadi mangsa gelak dek kengkawan.. hehehehe sabo je lah Ops lupa masa ujian lisan tu kena tanya pasal kereta nasional. Masa tu dah ada perancangan nak buat kereta buatan sendiri tapi masa tu belum keluar lagi jadi bila kena soal masa akan datang tu entah apa lah aku jawab ek. Aku dah lupa dah. Tapi dek kerana soalan tu sampai la ni aku menyokong kereta buatan malaysia buktinya aku dah beli 2 kereta dan keduanya adalah kereta buatan malaysia iaitu Proton Saga versi yang pertama dan Proton Sawwy. Apa pun aku tetap bangga dengan kereta buatan malaysia.

 Ok sambung semula. Yang tadi tu pasal ujian lisan, kali ni pulak amali sains biologi. Kali ni aku semeja dengan Azah Rahman, manakala Anifah meja di depan. Kali ini kami  dapat ikan dan jagung. Ikan tu sebenarnya sebelum di siang kena lukis insangnya. Rupanya ada member aku yang terus siang ikan tu dan buang insang ikan tu. Lepas tu bila tenguk orang lain dok melukis insang dia terpinga-pinga nak lukis apa dah kosong ikan tu. hahahahaha Ni kalau tak salah pengalaman anifah tu sebab masa kat bilik hostel dia cerita apa yang dia dah buat kat ikan tu. Aku pulak masa tumbuk jagung ada adegan hulk hogan berlaku. hahahahaha kenapa aku kata macam tu. Sebab masa tumbuk jagung aku dah pecahkan lesung kaca makmal. hahahaha memang hulk hogan sungguh aku. Malahan masa aku angkat tangan dan cakap dengan cikgu, lesung batu aku pecah, cikgu tu pandang aku dengan riak muka macam tak percaya, bila aku kata nak tukar lesung sebab dah pecah. Dia macam terperanjat je tenguk lesung kaca aku dah terbelah 2. Aku dok hint kat azah yang di sebelah aku bila aku dah gigil sebab dek kuat sangat menumbuk jagung , lesung pecah dah tentu lah aku takut, dia tak  terkata apa-apa sebab masing-masing tengah sibuk dengan eksperimen masing-masing. Cikgu pun bagi lesung ganti tapi agaknya dalam hati , fuh ganas sungguh anak muridnya boleh tumbuk jagung sampai lesung pecah terbelah 2. Balik je kat hostel apa lagi lah aku jadi mangsa ketawa kengkawan lagi. Dengan Anifah yang menyiang ikan macam nak masak gulai, dengan aku dah menjadi hulk hogan sampai pecah lesung. Semua kat dorm coklat bantai gelakkan kami. Aduhaiiiii macam-macam je kan. Sesekali bila terimbau kenangan itu aku sengeh sengsorang. Macamana lah lesung makmal tu boleh terbelah 2 ya. Aje giler.   

 Tapi yang bestnya masa sebelum periksa budak hostel dan sekolah dah cuti kita orang dengan cikgu Bedah main tiang galah kat padang Hostel. Hahahahaha kami jadi kanak-kana ribena sebelum nak pergi berjuang. Gambar masa main tiang galah tu ada tapi em entah mana aku nyorok, tak jumpa kalau tak boleh jadi bahan bukti tau budak SPM main tiang galah. hahahahaha Masa tu seronok je padahal kami akan berjuang menentukan arah kehidupan kami sebelum tamat persekolahan. Apa pun itulah memori zaman sekolah yang tetap akan kami kenang sepanjang hayat.

4 comments:

  1. Amboi Notie ... dalam pada nak berjuang tu, sempat juga nake-nake ya.

    Itu le kenangan. Terasa pahit melaluinya tapi manis selepas berjaya.

    ReplyDelete
  2. Alahai sis, inilah namanya kenangan mengusik jiwa. Baisak ler masa tu kan amsih budak-budak lagi rasa masih nak enjoy je walahai nak exam besor tu. Apa pun itulah memori zaman dolu-dolu

    ReplyDelete
  3. hahhaahai..........tergelak kembali aku bila mengenang kisah2 nakal kita dulu...tapi part ko jd hulk tu mmg aku masih ingat sampai skrg....tak sangka ye notie.....nakal2 kita pun akhirnya jadi orang jugak...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Aku rasa banyak juga memori kenakalan aku kat hostel tapi banyak dah lupa lah. Emm kalau ingat boleh buat citer novel kan.

    ReplyDelete