Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, November 13, 2012
Ulangtahun yang ke 3 tahun
Assalamualaikum,
Wah diam tak diam dah berusia 3 tahun rupanya blog saje suka-suka ni. Dalam pada kadang rajin, kadang malas, kadang entah apa-apa merapu-meraban, kadang mengimbau kenangan lalu, sekali bila tenguk masa pembukaan blog rupanya 13hb November 2012 ni usianya 3 tahun. Kalau lah ada anak dah semakin membesar dan semakin nakal agaknya baby aku yang berusia 3 tahun kan. Apa pun diam tak diam dah banyak juga yang aku coretkan dalam blog aku ni. Pada mulanya ianya hanya sekadar mencoret rasa untuk tempat sessi meluahkan perasaan dan akhirnya ianya juga coretan perjalanan kehidupan yang aku lalui, dan kekadang perjalanan tempat-tempat yang telah aku lawati. Walau pun banyak sangat gambar yang aku tepekkan tapi sesekali aku suka baca balik dan ingat balik tempat-tempat yang telah aku pergi. Semakin banyak kita berjalan semakin bersyukurnya kita sebab dapat melihat kehebatan dan kecantikan hasil ciptaan tuhan yang begitu hebat dan cantik yang tidak terdapat di tempat kita. Sebab itu ada perpatah yang mengatakan jauh berjalan luas pemandangan. Apa pun rezeki yang Tuhan beri selama ini, aku rasa bersyukur sangat dengan limpah kurnia yang tidak terhingga yang telah Allah kurniakan kepada hamba nya yang lemah ini. Apa pun semuga Allah mengurniakan dan melimpahkan rahmat dan keberkatan serta kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Semuga ianya memperkuatkan lagi ketabahan dan kekuatan diri aku dalam mengharungi cubaan dan dugaan kehidupan. Amin
Bertepatan dengan Hari Deepavali pada hari ini aku juga mengucapkan Happy Diwali buat kengkawan seperti Vanaja (opismate), Appu dan Meenakar (ex-opismate semasa di Segamat).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah..dah tiga tahun. teruskan celotehmu sebab aku pasti kau ada banyak lagi cerita2 menarik utnk dikongsi...
ReplyDeleteToche ma.... Alhamdulillah syukur nikmat atas pemberian Allah yang tiada ternilai. Semuga aku ada banyak lagi idea nak mengarang. hehehe
ReplyDelete