Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, March 4, 2014
Jangan kerja lebeh 8 jam
Assalamualaikum,
Sekiranya anda pada masa ini sering bekerja lebih lapan jam sehari, sila baca kajian ini!
Sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80% untuk mendapat masalah kardiovaskular. Pekerja sebegini mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet yang tidak tersusun.
Share info ini dengan Boss kesayangan anda sekiranya dia juga mahu hidup lebih lama dan kekal sihat sepanjang hayat. Sumber : AhmadHumaizi.com
Oooo patutlah ramai yang kena serangan jantung sebab sentiasa balik lambat dan kerja lebeh masa terutamanya golongan professional macam big bos dan golongan korporat. Carta data kesihatan memang mencanak-canak naik dari tahun ke tahun dengan kematian disebabkan serangan jantung. Kiranya top 10 tu bagi Mortality malaysia. Jadi kiranya anda semua memang selalu kerja lebeh masa kena semak balik aturan kerja supaya ada masa untuk berehat bersama keluarga dan menikmati kehidupan dengan sihat sejahtera hendaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terpaksa kerja 9 to 9, kejar dateline..kena balik awal mcm ni..
ReplyDeleteNohas, kerja memang kena kerja tapi kena fikir kesihatan diri juga. Kerja sampai sampai bila2 pun tak habis.
ReplyDeleteKerja 10 jam sehari pun mcm tak cukup huhuuu..
ReplyDeleteAfif... orang business 24 jam pun tak cukup dalam kepala otak dia setiap minit pun duit duit duit.
ReplyDeleteBetul tu kesihatan kene jaga jugak.....kalau dah sakit macam mana nak keje...
ReplyDeleteSalam ziarah dari Bunda....
Ya betul tu Bunda... kesihatan adalah salah satu rezeki yang Allah beri. Kalau dah sakit redho je mungkin dapat menghapuskan dosa.
ReplyDelete