Monday, March 17, 2014

Kenangan menaiki kapalterbang



Assalamualaikum,

 Sejak kehilangan MH 370 ni macam-macam cerita timbul.  Sekejap macam, tu sekejap macam ni. Sampaikan dekat facebook boleh jadi gaduh sebab spekulasi yang pelbagai jenis timbul ni. Sedih aku. Kalau ahli keluarga yang terlibat baca, macamanalah penerimaan mereka kan? Orang yang tidak ada kena mengena pun rasa bimbang, apa lagi mereka yang menunggu setiap hari, supaya perkhabaran yang di terima mereka, mengatakan MH 370 dijumpai dengan selamatnya. Begitulah juga dengan pengharapan seluruh rakyat Malaysia. Semuga pesawat tersebut di jumpai dengan semua 239 orang didalamnya selamat. Amin.

 Sebagai kakitangan kerajaan bila pergi keluar negeri, MASlah yang akan menerbangkan kami. Malahan aku bangga dengan MAS walaupun sejak akhir-akhir ni dek kerana persaingan yang banyak, banyak cerita duka mewarnai kehidupan MAS. Tapi kalau dulu-dulu memang MAS lah yang tetap menjadi pujaan walaupun ianya mahal. Sekarang ni sebab dah ada AirAsia jadi bila outstation terpaksalah booking Airasia.

 Teringat aku masa pertama kali keluar negeri ke Hanoi. Itu kiranya pertama kali ke negeri orang lah. Sebelum tu pertama kali naik kapalterbang ialah semasa kena outstation ke Serawak. Masa tu bulan puasa pulak tu. Oleh kerana aku tak pernah naik kapalterbang jadi ikut je lah mantan boss aku Encik Azmi kemana-mana. hahahaha nasib baik dalam kapalterbang dia tak masuk toilet entah2 aku pun ikut je bontot dia... kwang kwang kwang. Betapa jakun nya masa itu. Maklumle orang kampung, sekali kena kerja kat ibukota, lepas tu naik kapalterbang pulak tu huh memang gaya kampungan sungguh. Lah ni huh dah terer, malahan tiap tahun berjalan.... ewah berlagak. Tapi apapun tak best sungguh pergi outstation serawak pada bulan puasa sebab tak leh makan makanan atas awan. hahahahaha.

 Ok aku nak cerita beberapa adegan lucu yang telah aku alami sepanjang menaiki kapalterbang. Macam aku cerita atas tadi tu Hanoi lah yang pertama kali aku pergi. Pergi dengan Pegawai perpustakaan KKM tahun 2004. Seminggu di tempat orang dengan makanan yang halal tersangatlah kurang huh macam apa rasanya. Nasib baik bawa makanan spare tapi tulah kan bila depan mata hampeh tak layan tapi bila berjauhan hah barulah rasa tekak nak macam-macam. Itu bagi akulah yang tak pernah keluar negeri masa tu. Itu baru seminggu agaknya macam student bertahun2 belajar kat keluar negeri macamana agaknya. Bila susah nak dapat makanan halal selepas 2-3 hari, setiap pagi termenung teringat nasi lemak lah, nasi goreng lah, roti canai lah dan macam-macam dia punya teringin. Lorat sungguh aku. Lepas tu semasa pihak urusetia bawa kami berjalan-jalan melihat tempat-tempat menarik terjumpalah satu perkampungan tu. Di tepi jalan banyak anjing dikurung didalam sangkar, berderet-deret. Masa tu tak perasan apa yang tergantung di gerai tersebut asyik dok pandang anjing kurus keding terkurung kat bawahnya. Sekali bila ternampak bergantungan daging anjing yang dah dibersihkan tergantung macam orang jual daging tu terjuntai-juntai, huh terus kembang tekak kita orang delegasi dari Malaysia dan Brunei. Rupanya anjing kurus keding dalam sangkar tu yang mereka jual. opsss eh ni cerita lain bukan pasal naik kapalterbang. emm takpe selingan jap.

 Selepas dah penat merayau turunlah kat bandar. Yang non muslim dari Thai, Filipina, Singapura serta seorang dari Indon, berbondong-bondong masuk satu kedai nak makan sup ehem ehem. Yang aku dan kak CT dah kembang tekak dengan bau yang menusuk kat hidung, cepat-cepat kami cabut kedai lain. Ada pulak seorang Indonesia ni bertudung dah rasa serba salah. Nak ikut gengnya masuk dalam tapi sebab kami berdua tak masuk dia tak jadi nak ikut masuk. Selepas tu mengelupur mencari makanan untuk dinner malam tu. Kami berdua tak kisah sebab ada bawa makanan spare. Kesian delegasi Indon tu terpaksa mencari maggi mee. Tu pun kena check juga sebab kadang tak halal juga. Kita orang dok tanya masa sarapan kalau ada makanan kat hotel tu ada ayam ke daging, dia makan tak? Dia makan rupanya. Erkkk kami dah terdiam. Kita orang tawakalillah je. Kalau nampak ada sayur bersama daging terus pandang lain. Selalunya memang makan buah banyak dan sayur salad je untuk makan. Selalunya time makan kat hotel ada seorang Doktor dari Brunei jadi pakar rujuk makanan kami sebab Doktor tu lama dok oversea sebab belajar. Kalau 1 hari makan salad ja,  memanglah bagus untuk diet konon tapi kalau dah hari-hari hah memang setiap hari aku meroyan mengidam nak makan macam-macam. Huwaaa teruk sungguh tekak melayu aku ni.....

Jadi bila dah habis program dan nak balik Malaysia punya seronokle sangat. Rasa dah tak menyabar sungguh. Jadi bila masuk je pintu kapalterbang MAS dah macam teruja sangat. Masuk-masuk je pintu kapalterbang kan pramugari dan pramugara MAS menyambut kedatangan kita,  aku terus  kata wah seronoknya jumpa orang malaysia, sampaikan peramugari Mas tu tersenyum tenguk gelagat aku walaupun sebenarnya masih lagi kat Airport Hanoi tu. Hah begitu sekalikan. Sebab tu aku katakan masuk MAS je dah bagaikan dalam rumah di Malaysia walhal jauh benor tanah air Malaysia nun berbatu-batu lagi tu.    

 Pengalaman yang mendebarkan pula semasa outstation kat Bintulu. Selepas 3 hari kat Bintulu kami bertiga pun balik KL. Sepatutnya kena turun di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke KL. Bintulu ke Kucing tu cuma beberapa minit je tapi kami dah terasa lama. Rupanya masa tu cuaca buruk di Kuching jadi pilot tak boleh nak turun kat Kuching. Yang seriaunya tu bila di umumkan minyak nak habis dan terpaksa landing emergency kat sibu untuk isi minyak. Aduhaiii aku dah pucat je muka, dalam hati dah fikir yang bukan-bukan. Sambil mulut berselawat, dalam kepala otak dah berdoa macam-macam. Ya Allah selamatkan lah aku dan semua dalam kapalterbang ni. Patutlah rasa lamanya nak landing kat kucing rupanya dia berpusing2 je kat atas menunggu cuaca elok untuk mendarat. Sibu pulak tu katanya landasannya pendek. Tapi nasib baik pilot tu dapat mendarat dengan selamat kat Sibu. Dengan keadaan hujan di luar kami menanti kapalterbang di isi minyak.

 Alhamdulillah selepas dah isi minyak, terbang semula dan akhirnya dapat landing kat kuching. Semasa keluar dari kapalterbang untuk rehat sementara menunggu penumpang dari kuching pula masuk untuk ke KL sempatlah bertembung dengan pilot. Sempat lah kami bertanya keadaan yang berlaku di Sibu. Dia relax je tegur akak-akak dan abang-abang tak apa-apa ke? Senyum je dia dan gelak je bila kami bercerita tentang kerisauan kami semasa di umumkan minyak nak habis. Muda lagi pilot tu, dia kata kapalterbang tu autopilot je. Tu pun kami masih lagi bimbang sebab belum lagi jejak KLIA lagi ni, masih ada di kuching. Selesai semuanya sambung lagi perjalanan sehingga ke KLIA. Alhamdulillah cuaca di KL baik dan selamat sampai di KLIA walaupun masa tu dah delayed sehinggakan sampai kat KL dah hampir tengah malam. Tapi pengalaman tersebut memang sungguh menakutkan jugalah.

 Lepas tu ada cerita kelakor yang aku alami semasa kena kursus 2 minggu di Brisbane tahun 2008. Kali ni aku pergi dengan kak Kam. Oleh kerana pergi bertugas sambil belajar, seat daripada ekonomi class upgrade ke business class. Merasalah makan kat lounge MAS yang rasa macam orang besar-besar je dapat lepak kat situ. hahahaha. Dari KLIA kena berhenti di sydney sebelum sampai ke Brisbane. Kali ni mengenai toilet dalam kapalterbang. Dah dapat makan macam-macam dan minum macam-macam tiba-tiba nak terkucil lah pulak. Dahlah sejuk jadi mana lah boleh tahan nak tunggu sehingga sampai Sydney. Masuk je toilet erkk macamana nak mencuci ni selepas membuang. hahahaha nampak sungguh jakun. Ko ingat macam kat rumah ke ada paip pencucuh. Aku ingat adalah suis untuk pancut air dari dalam mangkuk tapi hampeh jenuh aku mencari tak jumpa-jumpa. Dok tekan sana tekan sini, buka sana buka sini takde juga. Sekali aku tertekan suis panggil crew kabin. Hah apa lagi kelamkabut le aku sebab tersalah tekan. Habis aku godak cari bekas air untuk nak mencuci. Penyelesaiannya aku tak ingat aku pakai apa tapi memang rasa tak puas hati  membersihkan diri. Biasa kat rumah hah pancut sepuasnya pili air, lah ni ko nak basahkan kabin ke? Ajeeeee. Bila aku keluar je dari toilet nampak le adik pramugara kat belakang dok pandang kat aku tertanya-tanya. Tapi dek kerana malu dah tersalah tekan, aku buat muka slumberland je, jalan menonong balik ke seat semula, gaya macam takde masalah je padahal dalam hati.... wow aku malu weiiii. Psss tapi adik pramugara tu hensem, sweet je muka dia. hahaha sempat lagi dok skodeng dia.

 Balik kat seat aku cerita kat kak Kam. Dia punya gelak kat aku, dia kata aku gaya konfiden je macam dah biasa je masuk toilet kapalterbang, padahal rupanya hampeh tak tahu pakai. hahahahaha. Manalah aku tau kalau toilet tu gaya international weiiii takde gayung2 punya nak jirus. adeh adeh jakun sungguh aku ni wei. Tapi kalau ada suis yang bila kita picit ada air memancut dari dalam mangkuk tu pun ok juga walaupun takde gayung, ni rupanya nan ado ko. hahahahahaha pandai-pandai le ko nak kesat pakai apa. hahahaha. Tapi bila dah banyak kali berjalan dah tau dah macamana nak pakai toilet gaya macam tu. Kat korea lagi le kena marah beramai-ramai sebab group kita orang beramai-ramai masuk basahkan lantai, ya lah masing-masing bawa botol kosong nak isi air nak mencuci hadas kecil. La ni mesti tak tinggal botol kosong sebagai persediaan kalau aku kena lagi macam tu. hahahahaha

 Ok sambung lagi. Bila sampai Sydney kena turun. Aku ingatkan bila turun tu, tak payah lah bawa sekali barang yang kita letak kat seat sebelum tu. Rupanya tak, kena bawa sama. Malahan bila naik semula, crew kabin pun dah bertukar orang lain. Masa menunggu tu, nampak lah ramai orang dari Malaysia, mereka nak balik ke Malaysia manakala kami pula turun kat Brisbane. Kali ni pramugara dia peramah lah pula. Sempat lagi tanya kami nak kemana? Maklumlah masa tu pakai smart sikit gaya orang nak pi belajar luar negeri gitu. Kita orang ceritalah nak kursus. Dia kata bagus pergi brisbane banyak tempat boleh di lawati. Aku yang teruja terus je top tip top tip, cakap tempat mana aku nak pergi. Semua senarai tempat, aku dah search mana nak pergi bila time free nanti. Dia punya gelak ketawakan aku sambil cakap wah tak sempat saya nak promosi tempat best kat Brisbane akak dah highlight semua tempat. Kita orang sempatlah sembang sekejap.

  Tapi seronoknya naik Mas ni ialah pasal makan dan minum. Naik-naik je di bagi jus. Hah jus orange dia sedap. Jus guava pun sedap. Bab minum dan makan ni teringat aku masa kena uruskan meeting kat Langkawi. Satu Malaysia berkumpul kat situ. Semasa pergi tu nak naik flight tu ada seorang akak tu beriya-iya kata ada dapat makan. Tapi aku dan kak zah terdetik juga emmm sempat ke sebab dalam 45 minit je dah sampai Llangkawi, jadi kita orang layan lah jus buah dia yang sedap tu. Tak cukup satu malahan minta tambah lagi. hahahaha nasib baik banyak kadang cepat habis. Sekali bila sampai kat langkawi satu hapah pun takde keluarkan bagi makan. Dah selesai semua semasa tunggu transport JKN negeri datang ambil kami,  aku sempatlah bisik2 dengan kak Zah. Kak mana makannya takde pun bagi air jus je. Hahahaha kita orang bantai gelak berdua sambil berhati-hati takut Akak lagi seorang perasan yang kita gelakan dia. rupanya kalau kat semenanjung je dapat air jus je ialah ko baru nak hek sana hek sini dah sampai. Kalau ke Serawak dan sabah hah memang bestle sebab lama dah tentu sempat nak bagi makan. makan dalam kapalterbang MAS memang sedap.

 Itulah kenangan aku menaiki MAS. Apa pun yang orang komen dan komplin pasal MAS aku tetap suka naik kapalterbang MAS. Sebab dia menjunjung nama Malaysia di angkasaraya. Apa pun musibah yang sedang melanda sekarang ni semuga MAS tetap gah dimata antarabangsa. Kalau warga Malaysia tak menyokong produk Malaysia siapa lagi yang nak menyokongnya. Betul tak?        
        
     



9 comments:

  1. saya pun suka naik MAS..first time naik flight, naik MAS..kenangan2..13jam bersamamu..

    suka tengok kebaya batik warna hijau..

    ReplyDelete
  2. salam pagi notie...suka membaca pengalaman yg sangat menarik sekali...benar kata notie MAS itu harta yang membanggakan negara sejak lama...

    ReplyDelete
  3. Arwah suami bunda dulu kan army...baru kawen kami duduk serawak...kalu balek cuti kami naik belon lah...dah biasa dah naik belon MAS n belon army Charlie...
    Tak payah nak g belaja ke keje ke...kawen ngn army pun boleh naik belon...Juga kapal laut tentera n ferry Malaysia tahun 80an dulu...
    Semua itu kini menjadi memori terindah bagi bunda...huhu.. :)

    ReplyDelete
  4. Nohas, pi UK ke sampai 13 jam. lama kan. Sampai sakit rasa pinggang asyik tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai lagi. Apa pun itu semuanya kenangan. Betul tu uniform MAS memang cun.

    Salam Sis paridah,
    Betul tu sis,kena ada semangat patriotik.

    ReplyDelete
  5. Bunda wah bestnya. Macam-macam jenis pengangkutan dah rasai. Seronok kan mesti ada suka dan duka semasa mengalaminya. Apapunitu semua memori terindah buat anak cucu.

    ReplyDelete
  6. Memang setuju.. 9 kali terbang bersama MAS memang memuaskan.. dan hospitality MAS memang terbaik dunia :D

    Pape pun tetap kekal yakin dgn keupayan MAS .. :D and proud to be Malaysia - for MAS

    ReplyDelete
  7. Assalam Notie.
    Best baca cerita mu... dari kisah sedih jadi lucu.
    Seronok terbang ni..cam burung, tapi bila ada pengumuman je..wau, dupdap dupdap jantung macam nak cabut dulu...

    ReplyDelete
  8. Afif setuju sangat. Kalau rakyat Malaysia tak sokong MAS siapa lagi nak sokong. Tapi apa pun memang tetap bangga dengan MAS.

    Waalaikumusalam sis Syima. Wah lama tak menjenguk. Tu semua kenangan mengusik jiwa. hehehe

    Sis Paridah... selamat siang

    ReplyDelete