Friday, March 28, 2014

Tragedi MH 370 begitu menyedihkan



Assalamualaikum, 

 Sedihnya apabila malam Isnin yang lalu setelah 17 hari, PM mengumumkan di TV MH370 diistiharkan terhempas di Lautan Hindi. Setelah 17 hari mencari dengan pertolongan dari beberapa negara, siang dan malam tanpa jemu terus mencari akhirnya begitu kesudahannya. Namun sebagai seorang Islam kita kena redha dengan ketentuan NYA. Namun begitu tragedi ini memang amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apalagi buat keluarga yang terbabit yang setiap hari menunggu perkhabaran supaya ada sesuatu berita mengenai MH370. Apa pun jua hanya Al Fatihah sahaja yang dapat kita doakan. 

 Tenguk senarai dalam pesawat terpandang 2 budak kecil .... aduhai lagi rasa sedih. Begitu juga dengan anak kecil yang ditinggalkan. Ya Allah semuga Allah memberi mereka kekuatan menghadapi musibah ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. N3 ni dah tertangguh beberapa hari kerana bila nak menaip je hujan mesti nak turun. Hati didalam sayu dan pilu. Tragedi ini memang di tangisi oleh seluruh rakyat malaysia khasnya dan dunia juga amnya. 


           Apa pun marilah kita sama-sama berdoa kerana hanya pada Allah SWT sahaja tempat kita memohon. sekarang ni pula dalam misi mencari kotak Hitam. Semuga Allah mempermudahkan agar ianya dapat menjawab segala tohmahan dan spekulasi media antarabangsa. Sedih sebab tak pasal-pasal pilot pula yang dipersalahkan, kata suicide lah, penganas lah. Hish geram sungguh dengan media antarabangsa tu. Main sedap je memanipulasikan keadaan. Takan lah pilot yang beragama Islam yang bekerja ikhlas mencari rezeki nak mempertaruhkan nyawa semua penumpang dan kakitangannya. Sudah tentu dia akan mempertahankan kapalterbangnya dalam apa perkara jua yang berlaku. Apa lagi tanggungjawabnya membawa penumpang dengan selamat sehingga selamat sampai di destinasinya. Apa pun hanya Allah jua yang maha mengetahui. Ya Allah kau permudahkan lah agar nama mereka dapat dibersihkan. supaya dunia tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.     

Datuk Seri Hishamudin turut sama bersedih 

CEO Mas, Datuk Ahmad Jauhari Yahya juga tidak dapat menahan kesedihannya

                                      
                                  Pengarah DCA,  Datuk Azharudin juga turut merasa hiba


 Tetapi yang membuat aku jadi lebeh sebak bila melihat gambar ketiga-tiga insan yang setiap hari berdiri  di hadapan semasa press conference di hadapan pihak media juga keluarga yang hauskan jawapan. Berdiri dengan beraninya menjawap segala persoalan dan apa juga serangan media dengan penuh tabah dan tenang. Tapi akhirnya tewas juga setelah PM mengumumkan dan mengistiharkan MH 370 hilang di Lautan Hindi. Sebagai manusia normal sudah tentu ianya memang amat menyedihkan. Apa pun aku tabik pada mereka bertiga ini. kalian adalah hero Malaysia. Yang dengan teguhnya berhadapan dengan semua, pada setiap hari tidak kira siang atau malam selagi ada berita terkini akan dengan cepat disebarkan walaupun pelbagai spekulasi media antarabangsa memperlekehkan malahan terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang memperlekehkan usaha-usaha kerajaan dalam mencari MH370.  Bayangkan Datuk Azharudin tidak balik kerumah sejak ianya berlaku, malahan ada sekali tu aku perasan baju Datuk Seri Hishamudin berkedut seribu menandakan tak sempat dan sibuknya kehidupan mereka dek kerana misi mencari MH 370. 

 Buat Datuk-Datuk bertiga kalian adalah hero rakyat Malaysia. Semuga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kehidupan kalian bertiga juga buat semua team SAR Malaysia. Semuga rakyat Malaysia terhindar dari segala musibah. Apa pun yang terjadi ini semuanya ada hikmah disebaliknya. Semuga rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersatu padu melawan pihak musuh yang nak memusnahkan kesejahteraan rakyat Malaysia. Amin. 



6 comments:

  1. memang sangat sedih..tak pernah berlaku dlm sejarah penerbangan..tak dapat bayangkan saat-saat terakhir itu..

    mereka mati syahid akhirat..

    ReplyDelete
  2. salam pagi...sangat sebak membacanya...datuk2 yg terlibat n begitu komited menguruskan masalah kehilangan MH370 tu pabila PM mengumumkan pengakhiran yg trajis tu masing2 sgt sedih n terluka...kesungguhan mrk menangani pc media dgn pertanyaan2 menekan begitu sukar dicari jwpn pasti perlukan minda yg sgt bijaksana menjawabnya...

    ReplyDelete
  3. tabik kat org2 besar yg terlibat dlm mengendalikan masalah berat lagi besar ini...orang2 yg kurang adab dan tak bertanggungjawab senang2 je buat tuduhan dan spekulasi yg berbagai...walhal sahih pun tidak....saja je nak mengeruhkan dan menyakitkan hati2 mereka yg dah terluka dan sedih...kalau dah macam2 komplen, apa kata diorang je gi cari sendiri kat lautan Hindi tu...cabar kat diorang boleh jumpa tak dlm masa 24 jam....

    ReplyDelete
  4. Sedih, walaupun tak kenal sorang pun crews or passangers. Tapi terasa dekat dihati..

    ReplyDelete
  5. Nohas hanya doa je mengiringi mereka. Orang lain meninggal ada kuburan untuk di lihat tetapi mereka.... Al fatihah buat yang beragama Islam.

    Sis paridah, kan. Entah kenapa mudah sahaja nak mengalirkan airmata melihat penantian keluarga yang terlibat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

    ReplyDelete
  6. Aini biasa lah orang malaysia ni semua nak di politikkan. Bencana ni sebenarnya melibatkan negara tapi tetap kata yang bukan-bukan. Sepatutnya kita rakyat malaysia bersatu hati menyokong kerajaan kerana ianya melibatkan penerbangan MAS, politik semua tu letak tepi dulu. Nama Malaysia yang sedang di timpa musibah ini yang harus kita sama-sama hadapi.

    Jea, kan. Memang terasa sesangat apalagi kerana kita selalu terbang ke sana kesini. Sudah semestinya melekat di hati. Apa pun semuga Allah melindungi rakyat Malaysia dimana jua berada. Amin

    ReplyDelete