Monday, July 14, 2014

Iftar bersama pelakon Amar, Izreen dan Shafiq


Assalamualaikum ,
Selamat berpuasa semua. Ada sesiapa mengikuti drama Kerana Terpaksa aku relakan dalam slot Akasia Tv3 tak?. Ceritanya memang best dan novelnya dengar cerita memang terlajak laris hasil keluaran Karya Seni.



  Sepatutnya cerita tu habis pada 10hb iaitu Khamis yang lepas tapi sebab hari Isnin ada masalah teknikal, dia ulang semula cerita sebelumnya jadi cerita tu akan berakhir petang nilah hari isnin. Besok dah cerita baru novel adaptasi keluran Prima kalau tak salah tajuknya rindu awak 200% ke apa ... emm lupa dah. Orang kan suka baca novel jadi bila dijadikan drama nak tenguklah macamana gayanya. hehehe kalau dah ada novel dan dah baca, nak tenguk sama tak jalan ceritanya tetapi selalunya bila dah jadi drama mesti dah ada pengubahsuaiannya tapi cerita KTAR ni memang bestlah. Malahan hero dan heroinnya serta adik hero yang jahat jadi femes lah pulak. Untuk meraikannya disebabkan terlajak bestkan, telah diadakan Iftar bersama dengan ke 3 pelakon tersebut iaitu Izreen, Amar dan Shafiq.       

Ok tak mau cerita panjang lebar jadi petang Khamis tu aku dan nor pun berdezup lah pi PWTC selepas habis waktu kerja. Tapi dek bila masuk jalan Tun Razak je dah jem gile jadi sampai kat PWTC dah nak pukul 7 petang jugalah. Nasib baik dah daftar dan bayar duit jadi memang ada tempat khas lah. Jadi bila sampai tu tayangan pun dah mula. Masa ni sepatutnya Indah kena kahwin dengan Tajul Fahin sekali rupanya jeng jeng jeng..... hero yang keluar apa lagi lah semua pun bersorak gembira. Hahaha memang bergegar juga lah 1 dewan tu bila Hero yang bersalam dengan Tok Kadi. Kami berhenti bila azan Magrib berkumandang sambil menjamah kurma dan kuih serta minum, tayangan di sambung sehingga habis. Lepas tu mana yang nak Solat magrib boleh lah solat manakala ada yang nak makan boleh sambung balik makan sehinggalah pukul 8.30 acara pentas akan bermula. Masa ni lah ke 3 pelakon berkeliling berjumpa dengan peminat masing-masing.     

Indah dan Tajul Razin bergandingan bertemu peminat 

Anak Izreen ni memang comel, sekejap-kejap dengan Amar, kadang dengan Safiq. Tak menangis dia. kecik-kecik dah hensem ko... hah tenguk tu memang kiut miut lah. 

Juadah yang ada.

Kek yang comel sangat.

Masa acara kat pentas, Ke 3 pelakon kena dera dengan pengacara majlis. Ikut kata penonton nak buat adegan apa. samada romantik ke sedih ke dan sebagainya. Peminat sudah tentulah nak adegan romantik. Memang kelakorlah.   

Ni kunun-kunun adegan romantik antara Indah dengan Tajul Razin

Lepas tu acara bersama dengan peminat, masing-masing dapat seorang peminat untuk digandingkan bersama. Rupanya peminat dari Singapura pun ada juga. Ada yang dari sabah, dari Kuala Lipis pun ado. Sebelum ni aku dah hadir gathering dengan Remy Ishak dan Fahrin Ahmad dan setiap tu pun mesti ada seorang peminat kipas mati dari Singapura yang sanggup datang dari jauh hanya kerana artis pujaan mereka. Kali ini pun ada iaitu peminat yang bersama dengan Shafiq.   

Ni adegan tarian Izreen dengan peminatnya. Kelakor sungguh sampai terbaring-baring kat atas pentas. Pengacara tu pula entah apa yang dibuatnya. hahahahaha semua pun gelak ketawa melihat aksi mereka menari dengan menggunakan lagu latar drama iaitu Patah sayap.  

Ni pula Shafiq dengan peminat dari Singapura. Yang kelakor tu pengacara menjadi sepohon pokok. Yang best lagi dah macam acara hindustan lah pulak. Main kejor-kejor keliling pokok. Ajeee sampai senak perut kita orang dok gelak. Memang kelakorlah. 

Yang Amar pula suruh pengacara majlis tu jadi kerusi. Hahahaha Memang gempak sungguh bila peminat perempuan tu dok ala-ala merayu-rayu gitu sampai terduduk-duduk. 

Lepas tu pilih mengikut kata peminat mana yang best, rasanya yang menang Izreen kut.

Selepas tu sessi tandatangan dan ambil gambar.

Cantik gambar wall pondok dengan dummy basikal merah, rasa bagaikan dah balik kampung je.  

Ni tak tahu siapa yang bagi. Tapi keknya cantik.

sessi sign atograph

Dalam tv nampak macam dewasa sangat tapi bila dah berdepan alahaiiii muda lagi... almaklumle pelapis pelakon baru malaysia. Dalam KTAR selalu serius je tapi kali ni bila selalu senyum manis menawan je.

Ni bersama geng satu meja. 

Dan nilah hasilnya. 

Dan jangan lupa petang ni saksikan drama terakhir. apa jadi pada Indah yang dah melarikan diri. Dan bagaimana kesudahannya. 


5 comments:

  1. WAH BESTNYA BERIFTAR BERSAMA ARTIS2 KEGEMARAN YA...DRAMA TV DRPD NOVEL NI MENARIK JUGA..

    ReplyDelete
  2. layan juga drama ni sambil makan2 buka puasa..

    mcm2 aksi, kesian MC, jd pokoklah, kerusilah, tapi best sbb sporting habiss..

    ReplyDelete
  3. sayang ...saya tak sempat tengok .

    ReplyDelete
  4. Sis Paridah... citer dalam novel pun sedap terutamanya bila Indah dalam kesedihan mengenangkan ayah dia. dalam drama pun best sebab lucu je bila zen nak pikat Indah... kelakar dengan telatah indah dan sedih bila kena halau ayah dek ulah mak tiri dan kakak tiri dia. Dan sebab skrip dan pelakon yang best jadilah cerita tu best

    ReplyDelete
  5. Nohas, MC dia memang kelakor tu yang asyik gelak je dek kelakuan dia.

    Nieda boleh je tenguk kat tonton... dan ada kawan saya kata boleh tenguk kat daily motion... cuba le cari

    ReplyDelete