Thursday, April 30, 2015

Pesta Buku 2015 datang lagi


Assalamualaikum,
Seperti biasa bagi hantu buku macam aku ni pesta buku memang setiap tahun di tunggu. Suka dengan bau buku yang baru dibeli. Dan kali ini seperti biasa hari sabtu janji dengan geng UB terjah PWTC. Kak noor kata dia kena balik awal jadi mungkin dah dapat buku yang dia nak beli terus balik lah. Jadi aku pun lone ranger lah pagi tu. Kak uda dan iejay pula mungkin lambat sampai. Oleh kerana nak dapatkan parking kat stesyen bas putra pukul 9.30 aku dah sampai pwtc. Sekali hah ko jalan nak masuk PWTC dah jem. Bas-bas sekolah berbondong-bondong datang turun kan budak sekolah. Terpaksa cari jalan lain nak masuk ke parking. Alhamdulillah parking lot masih banyak yang kosong. Masuk PWTC je pun dah ramai. Budak sekolah kecil dan dewasa berduyun-duyun masuk dewan. Acara start pukul 10 tapi orang dah ramai. Aku pun terus tuju booth JS Adiwarna sebab janji jumpa kat situ. Sempat le juga jenguk tempat karyaseni. Pintu belum di buka tapi orang dah ramai menunggu. Katanya ada artis nak datang tengahari tu. 


Antara combo bulan mei dan jun yang berdiskaun serta dapat free buku.


Hah tenguk tu budak-budak sekolah duduk berbaris menunggu arahan dari cikgu. Dengan orang yang ramai... macamanalah cikgu dia nak uruskan. Memang sesak sungguh pagi sabtu tu. Bagus juga bawa budak-budak datang ke pesta buku, dapat mengajar mereka supaya suka membaca tapi kena ada tapisan lah apa yang mereka beli, takut mereka membeli buku yang tidak sesuai dengan usia muda mereka.   

Ni booth depan Jemari Seni. satu nama yang emmm lain dari yang lain. Buku Hitam apakah maksudnya?


Berdepan dengan booth Jemari Seni dan JS Adiwarna adalah booth dari kerajaan Arab Saudi. Tenguk tempat santai dia tu... rasa teringinnya nak lepak kat situ sambil membaca...dok golek sana golek sini syoknya. Terlentang tergolek sambil baca novel... huh gaya hindustan lah pulak. hehehe Ada aku terbaca booth ni ada bagi AlQuran cover bertulis warna emas pada setiap hari. Emm lupa pulak nak tanya Yah samada dia ada dapat atau tidak. 


Dereten buku tu adalah dari Booth Kerajaan Arab Saudi. Yang di belakang tu booth JS dan JS Adiwarna. Pada tahun ini mereka dapat bersebelahan. Senang sebab keduanya bagaikan Anak Beranak je cuma berlainan genre penerbitan. Jemari Seni menerbitkan novel umum manakala JS Adiwarna pula lebih kepada penulisan yang mendaulatkan bahasa Malaysia. Ada juga novel umum. Dan juga ada novel kanak-kanak.



Di pentas utama pada pukul 10.30pagi ialah penyampaian Anugerah Novelis Prolifik Alaf 21. Jadi sempat lah tenguk acara sedang dijalankan. Kiranya anugerah diberi kepada penulis yang telah menghasilkan sebanyak 5 buah buku. Dalam banyak nama yang ada, aku suka baca tulisan Rozita Abd Wahab, Haiza Najwa, Hezzry Azra, Lynn dayana, Herna Diana, Ainul Hazrah, Durrah Fatiha, Dhiya Zafira, Fatin Nabila dan Hasreeyati Ramli. Tahniah buat penulis Alaf 21.

 Di Booth JS Adiwarna pula sesiapa yang membeli buku kanak-kanak 1 set akan dapat sebji sabun lulur yang khas datangnya dari Indonesia. Beli lah juga buat koleksi dan dapat sabun lulur tu yang mengandungi susu didalam nya. Balik je dari PWTC terus pakai.. nyaman dan licin je rasa kulit. Nak beli buku masak Kak  su belum sampai lagi. Katanya petang baru ada. 

Bila kaknoor sampai, kita orang pun pusing keliling. Singgah kat booth NB kara, jumpa lah sue NB, Norhayati Berahim, booth diorang nun tingkat 4 tu hah. Selalunya tingkat tu penerbitan antarabangsa tapi kali ni dah tukarlah pulak. Banyak juga booth indie. Tajuk buku indie ni kadang emm tak tau nak cakap tapi remaja sekarang suka pulak membacanya. Konsep yang keluar dari tajuk biasa. Tak tau lah macamana sebab aku tak baca bukunya. Cuma yang kadang tak suka tu sebab ayatnya ikut sedap je penulis nak menulis. Tapi yang aku kurang senang ni sebab ianya kadang merosakkan bahasa melayu yang indah. Dengan ayat pendek-pendek gaya sms huh memang hancur lah. Tu yang kadang baca dalam fb ayat-ayat dalam sms yang dah dipendekkan kadang tak faham... erkk ni apa ya...main agak ja maksud ayat macam tu. lama-lama kan orang melayu pun boleh hilang identiti bahasa melayu tau apa lagi budak zaman sekarang yang cepat ikut benda-benda  macam tu. Hancur lah bahasa melayu. 10 tahun lagi entah macamana lah agaknya.    

Masa lalu laluan berdepan dengan booth Idea Keratif dan Karya Seni mak aiiiiii jem teruk. Lautan manusia ramai sangat sampaikan tak boleh nak bergerak. Rupanya Hero cerita Hati Perempuan emm siapa namanya aku lupa daaaa ada di booth Idea Kreatif Publisher sedang launch buku Hani Fazura. Kat Karyaseni pun ada Amar Bahrin... pukul berapa aku lupa. Dapat lepas dari kejeman laluan karyaseni tu terus pi ke bilik Mawar terjah booth Kakinovel. Nampak Eila sedang tantatangan buku peminatnya. Nampak juga kaunter bayaran berderet orang nak bayar.... huwaaaa camno ni.

 Ni terjumpa penulis izzul, lama tak jumpa. Lepak jap kat booth Intens menunggu penulis Fauziah Ashari Ombak rindu datang. Booth Intens ni bosnya Fauziah lah. Masa ni sebenarnya menunggu penulis Areila habis duty. Nampak penulis Suri Ryana ada, kita orang minta tolong Eila bayarkan buku terbaru Suri bertajuk Kimchi untuk awak sebab kaunter bayaran Booth Kakinovel penuh orang. Booth dia besar tapi cashier cuma ada 2 ja. Dah lah banyak buku baru dan diskaun yang boleh tahan juga harganya.

Hah tenguk tu sampaikan pakai beg travel dok membeli novel. Puan ni beli buku terbaru Suri banyak entah berapa puluh. Kiranya satu beg tu novel terbaru Suri Ryana..

 Akhirnya dek nak cepat kita orang kombo je posing dengan Suri. Buku baru dia ni best sebab dia pun dok kat Korea nun ikut suami. Jadi bila baca lokasi kat korea wah rasa nak terbang ke sana lagi. Aku dah baca emm angau dah kat Daniel Lee yang dibayangkan macam Lee Dong Wook pelakon My girl. Sebab hero dia kacukan korea dengan melayu. hah tentu lah tinggi lampai.. puteh dan kurang sikit sepetnya. Mula-mula bayangkan Lee Min Hoo tapi bila Suri kata macam Lee Dong Wook terus tertwist bayangan ke pada LDW. hehehehe

Terserempak dengan penulis Anis Ayuni. Ada novel terbaru bertajuk Sayang... kompilasi 4 penulis didalam 1 novel iaitu Kak Anis, Aisya Sofea, Aleya Alesha dan Rozita Abd Wahab. 

Eila sedang membelek buku resepi kak su. 

Kita orang balik semula ke booth JS Adiwarna sebab kata nawwir buku Dapur Mak Cik Raja tulisan kak su dah sampai. Buku resepi yang lain daripada yang lain sebab ianya adalah resepi autentik dari 8 buah novel kaksu. Ada sedutan  dalam 8 buah novel dan cerita yang tidak diceritakan dimana-mana. Kiranya tak rugi lah memilikinya. 




  Ni beberapa buah yang aku rembat. Ingatkan nak beli buku Hati perempuan drama adaptasi yang sedang hangat di tayangkan kat TV3, rupanya dah habis stok sedang tunggu di hantar stok yang baru  tapi sebab dah tak larat emmm nampak gaya kena pergi lagi. Booth Karangkraf pun tak masuk kalau tak huh tak muat tangan. 

 Di pentas Utama rupanya pada hari Ahad ada Neelofa yang melancarkan buku Hijrah dan Hijab. Manakala Ustaz Kazim pula pukul 3 hingga pukul 5. Manakala Hari Ahad ni 3hb iaitu penutup pesta buku ada bedah buku bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato Dr Haron Din pukul 12 hingga 1 pm. Sebelum tu penulis Azizi Ali dengan Forum GST dan Hartanah. Lepas tu pukul 4 hinga 5pm ada Fara Fauzana. Wah meriah hari Ahad nanti. 

 Ops sebelum terlupa booth Karyaseni pula pada hari esok 1 hb mei  pukul 3 hingga 5 Ungku Ismail yang berlakon dalam novel Terlanjur Mencintaimu. 2hb Mei pula Zara Zyn dalam Mr Arogant pukul 1-3pm. Pukul 3.30 hingga 5.30 pula pelakon dalam Hati Perempuan heroinnya dan second hero iaitu Mia Ahmad dan Hafrezz Adam. Dan last hari Ahad pula ada Uqasha Senrose dan Shah Iskandar dalam novel Dan Hati pun berkata. Pukul 3.30 hingga 5.30. 

 Ni semuanya adaptasi novel ke drama. Sekarang kan trend novel jadi drama atau Filem. Ada pro dan kontra sebenarnya. Bagusnya dapat naikkan jualan buku dan menambahkan rezeki penulis tapi kadang bila dah didramakan kadang dah lari dari cerita asal sebab nak di visualkan maka terpaksa diubah untuk menjadikan cerita lagi umppp.   Dan kadang dari cerita tak sedap tapi sebab pelakon pandai melakonkan watak jadi best pula sehingga orang pun suka melihat dan akan mencari novel tersebut. Kadang pula yang berlaku bila dah baca cerita best tapi bila jadi drama  jadi tak best, sebagai pembaca redho jelah. Ini disebabkan fenomena ini dapat menaikkan rezeki penulis. Jadi bagi penulis pula biarlah menulis novel yang ada isi dan pengajaran didalamnya bukannya ayat-ayat panas hanya kerana nak naikkan nama. Orang kata nak cari publisiti murahan. Trend sekarang yang berlaku telah menaikkan nama penulis dan sebagai penulis biarlah menulis dengan penuh tanggungjawab supaya hasil tulisan bukan sahaja dapat menambahkan poket (duit royalti) tapi ada saham akhirat didalamnya jika ianya memberi manfaat kepada orang yang membacanya.  Apa pun tepuk dada tanya iman manakala bagi aku pula tepuk poket tanya duit. hehehehe

  

6 comments:

  1. wah teruja sungguh membaca tulisan notie tntg pesta buku ni...anak baru balik dari sana n memborong banyak buku2...pesta buku ni pesta meraikan kerjaya penulis yg berjaya dlm penulisan.

    ReplyDelete
  2. Sis Paridah hahahaha saya memang suka baca novel jadi memang aenda mengosongkan poket... apa pun pe dolu2
    sta buku merupakan tempat merapatkan ukhwah sesama penulis dan pembaca dan juga silaturahim sesama yang minat.

    Dolu2 boleh jadi tmpt perjumpaan semasa creatif enterprise terkenal dulu. Lah ni sayang je dah tak macam dulu padahal CESB lah pencetus penerbitan buku

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Seronok nya dapt pergi Pesta Buku ni..klu sy pun tak miss akan pergi...cuma tulah kt sini jarang ada..huhu

    ReplyDelete
  5. Atie memang seronok jika kita suka membaca novel. Tiap tahun mesti tak miss... samada dapat jumpa kawan sambil membelek buku atau jumpa orang yang terkenal promosi buku. Seronok melihat buku merata-rata.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete