Monday, May 18, 2015

Program Belia Berselawat sempena Festival Belia Putrajaya


Assalamualaikum,

Hujung bulan ini akan berlangsung festival belia seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi warga putrajaya dan kawasan sekelilingnya boleh lah datang ke putrajaya sebab banyak aktiviti akan diadakan. Bagi belia-belia memang baguslah mengisi masa dengan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Macam-macam ada tau.

Ni nak habak ada juga Program berselawat pada Hari Khamis malam Jumaat. hah memang baguskan malam Jumaat dengan aktiviti berselawat apalagi kita dah masuk bulan Shaaban memang kena pelbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Aku pula dalam hati memang teringin nak tenguk dan menghadirinya tapi maklumlah mesti ramai jemaah lelaki kan... apapun yang penting dah ada niat nak join walaupun keadaan tidak mengizinkan. Apa pun pada sesiapa yang berminat meh jom jom jom. Marilah beramai-ramai berselawat bersama-sama.

Opss lupa festival belia tu bermula 22hb Mei sehingga 24hb Mei 2015. Kiranya Malam indahnya bermunajat ni pembuka tirai lah. Jom warga Putrajaya beramai-ramai datang. Selain daripada aktiviti terdapat juga jualan. Hah apa lagi....meh lah datang Tapi aku ni kiranya belia purba lah kan. hehehehehehe  hentam saje lah labu. hahahahaha

6 comments:

  1. bagusnya program sebegini..belia purba pun boleh join jg..hehe

    ReplyDelete
  2. Nohas... hahaha nasib belum belia antik.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada juga program mcm ni..boleh lah menjoinkan diri..tak kisahlah ttg umur tu kan..sy ni pun dah kertu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Atie.... kertu adehaiiii muda lagi tu

    ReplyDelete
  5. muda belia lagi ni...bestnya ramai2 berselawat.

    ReplyDelete
  6. Sis PI... hehehehe belia tua kak... huhuhu

    ReplyDelete