Sunday, August 9, 2015

BerBBQ lah pulak raya ke3


Assalamualaikum,

Masih mood raya kan jadi kita citer kisah raya lagi lah. Amboiiiii sakan. Seminggu raya seperti biasa kalau raya pertama mestilah berkumpul adik beradik. Lepas tu raya ke 2 menjengah pula mak saudara pak saudara yang masih ada. Kalau ikutkan adik beradik mak aku yang tinggal hanya Paman Yasir je kat Gersik. Itu anak belah Embah Satam. Manakala Busu Wang pula anak Tok Siti isteri Atok Zahari. Kadang kan aku pening pasal salah-silah keluarga kami. Sebab orang dulu-dulu banyak yang kahwin cerai. Kalau dengar cerita aruah mak aku semasa dia kecil memang sedih. Kedua aruah embah dan Aruah Atok Zahari kahwin kiranya Janda bertemu Duda. Masing-masing ada anak. Lepas tu bila Aruah mak aku lahir kedua Embah dan Atok  bercerai. Aruah Embah yang marah dengan Atok Zahari kerana bercerai telah bagi Aruah mak aku pada orang. Kesian bila dengar cerita dia masa kecil. Menumpang hidup dengan orang lain. Pakai baju lebih-lebihan orang lain. Kadang dah koyak di tampal.  Aruah mak aku jumpa balik Embah Satam bila dia dah kahwin dengan Aruah bapak aku. Masa tu Aruah Embah dok kat gersik. Ingat aku kecil-kecil lagi naik sampan kolek kat Sungai Muar menyeberang ke pekan Gersik melalui pekan Pancor. Kalau raya pergi Gersik jenguk Aruah Embah aku. Hah nanti dia tangkap ayam buat lauk untuk cucu-cucunya. Mandi pulak pakai air perigi. Burrrr sejuk, masak pula atas dapur kayu... sedap walaupun hanya ayam goreng.

Nostalgia kan bila di kenang zaman kecik-kecik. Tapi kalau dengar cerita akak aku yang sulong teringat lagi dia kata masa naik sampan kolek tu, semua kecil-kecil lagi hampir saja sampan tu karam. Sebabnya semua dok kat penjuru sampan dah yang kat sini dah terjongket... terkial-kial pemandu sampan dok jerit suh ke sini pulak bila semua pergi ke sini nun kat sana terjongket lah pulak. Kata akak aku masa tu dok seriau semua terjerit-jerit sebab tepi sampan tu dah separas dengan air kalau salah sikit je huh karam le sampan. Alhamdulillah kata akak aku kita orang semua selamat.    


Ok lah cerita pasal BBQ lah pulak. entah macamana semasa selepas menziarahi Paman yasir,  akak aku tak bagi datang rumah dia sebab hari raya ke 3 anaknya Joe pulak pakat dengan adik beradiknya nak buat BBQ lah. Jadi selepas gie Grisek semua pun pakat balik kecuali Kak Jal sebab besoknya ipar duai adik beradik Aruah Abang Mat lah pulak nak datang ziarah. Huh ingatkan tak nak lalu Sg Mati sebab jem panjang lalulah Jambatan Pagoh hah ko jem juga kat Bukit Pasir. Jem sebab lampu isyarat. Ingatkan balik Muor takde jem rupanya orang KL bawak jem balik ke kampung. huh sabor jelah

Jadi setelah selesai marhaban rumah mak pagi tu, tengahari kita orang pun bersiap nak ke Parit Sulong rumah akak aku. Singgah kat Batu 16 jenguk mak saudara yang ada, selepas tu zoom terus ke rumah akak aku. Tempat membakar dah siap, malahan anak saudara aku siap goreng mee lagi. Makanan tambahan. Bila makanan dah di bakar semua pun serbu ke depan.    

Ikan jaket dan ayam perap... panas-panas sodap

Ayam berperap untuk di bakar


                                                                 Udang pun ado

Burger memang jadi kesukaan budak-budak
Macam-macam gaya ada. Masa sedang membakar ramai lah yang mengerumuni. Tak sabar nak makan katanya.

Ni entah apa lah pulak gayanya. Bila dah berkumpul ni memang bermacam ragam akan timbul.

Ni meja letak makanan yang dah siap masak. 
Yang tukang bakar ramai jadi bergilir lah. Tadi anak buah aku joe yang baju Hijau tu. Ni pulak adik aku yang bungsu. 
Lepas tu yang ni pulak suami anak saudara aku. Depa semua memang terer bab bakar-membakar ni, sebab tu selalu je aktiviti keluarga disertakan dengan sessi BBQ. Keluarga kita orang kalau bab makan memang semua on je tak de banyak songeh. Setiap apa aktiviti yang dijalankan, makanan mesti tak tinggal. Ya lah kan budak-budak kan ramai. Jadi bila perut kenyang semua pun senyap je. Takde lah bising sebab lapar.  
Sedang sibuk makan tiba-tiba anak saudara aku keluarkan kek. Sambut birth day untuk aku yang dah lepas, lepas tu anak joe pada hari tersebut dan adik aku faizol pada 20hb.
hahaha gaya apa saja lah tukang tiup lilin

Si Faris ni pun teringin nak tiup lilin juga

Bakar lagi apa yang ada. 

Ayam memang banyak tak habis-habis bakar... cecah dengan sambal hijau... fuh licin bertambah-tambah 

Makan beramai-ramai kat luar memang seronok.

Ni gaya selfie anak buah aku. hahahaha Yang orang tua pulak bersembang.


Tiba-tiba lensa kamera ternampak adegan loving couple makan bersama dibalik pokok. hehehe

Anak buah aku yang tua bersama isteri tersayang. Ni sebenarnya tengah di usik oleh anak buah aku yang lain.  Kunun-kunun acara bersama lah ni. Tadi makan berdua ni bakar berdua pulak. heehehe

 Acara berlangsung sehingga semua kenyang. Selepas tu bersembang sambil bergelak ketawa. Apa pun memang seronok berkumpul beramai-ramai macam ni. Acara selesai bila dah masuk magrib.  



 .




8 comments:

  1. seronoknya dapat berkumpul bersama keluarga di hari raya dgn acaa2 yg disepakti n menyenangkan semua.
    pengalaman hidup org dulu2 mmg perit n sakit sgt tapi anak2 cucu kini hidup selesa hasil kepayahan mrk..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh seronok berBBQ notie,
    Ramai saudara-mara bertambah meriah..
    Selamat Hari Raya diucapkan..

    ReplyDelete
  3. Sis Pi alhamdulillah syukur atas nikmatNYA. Tulah kak dolu-dolu susah alhamdulillah sekarang walaupun tak kaya tapi alhamdulillah oklah.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya LZ. Alhamdulillah itulah aktiviti mengeratkan silaturahim sesama keluarga.

    ReplyDelete
  5. saya raya 2 thn lepas kot ada buat bbq juga . buat time malam . my anak buah yg bakar . yg lain dok tgk tv je ... meriah sungguh tu ...

    ReplyDelete
  6. Qaseh tu yang buat meriahnya.... sambil bersembang sambil makan.

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday..

    meriah sungguh aktiviti BBQ tu..mcm2 gaya ada..hehe..

    ReplyDelete
  8. Nohas... terima kasih... biasa le kalau dah berkumpul memang ada je benda yang di guraukan.

    ReplyDelete