Assalamualaikum,
Ok hari ke 2 di Brunei. Oleh kerana majlis malam Ahad, jadi paginya kita orang jalan-jalan dulu ya. Lepas tu nanti nak cari buah-buahan untuk buat gubahan. Malam semalam kak Jal dah keluarkan dulang hantaran yang di beli di Tangkak. Julie pula tolong gamkan kakinya. Tinggal bekas letak cincin dan buah-buahan serta kek. Kain gubahan dan bekas sireh dah siap.
Pagi-pagi kita orang pun buat sarapan. Nasi Impit yang kak Nong bawa masih ada lagi. Panaskan rendang daging dan sambal goreng. Buat jemput-jemput Adabi. Lepas tu buat sambal tumis pakai paste sambal tumis tinggal masukkan bawang hiris dan ikan bilis goreng. Kita orang kalau takde sambal huh macam tak ada selera makan terutamanya Abang Ipar aku Abang Ibrahim. Orang melaka kan memang suka pedas. Jemput-jemput cecah sambal tumis, layan dengan air teh, makan ramai-ramai, fuh sedap je. Selesai sarapan apa lagi misi jenjalan pula ya.
Kali ni pergi ke Seria nunkat kuala Belait, nak tenguk macamana proses carigali minyak bermula.
Semasa dalam perjalanan kita orang singgah di Istana Nurul Iman. Suka tenguk lampu jalan yang bersusun paku tu. Dari jauh dah nampak bumbung Istana berwarna emas. Kita orang saje je gurau-gurau. Kata akak aku Nora, kalau lah boleh kaut bumbung emas tu huhuhu aku kaya... hahahaha lepas tu camne ek nak kaut. Besar Gadang tu. Lepas tu kita orang gelak ada ke pulak fikir yang bukan-bukan. Brunei kan dah amalkan Hukum Hudud nak kena hukum ke? Itu cakap kosong ya bukan beneren. Tapi bestnya di Brunei tulisan Jawi merata-rata. Malahan kata akak aku selalunya van jenazah yang bertulisan jawi ni bila kenderaan lain pun tulisan jawi macam mind dah set kenderaan jenazah walhal bukan pun.
Masa tengah posing sana sini , tiba-tiba helmy kata 'cepat-cepat masuk, ada kerabat Brunei nak keluar. Kita orang yang belum puas posing tercari-cari dan cepat-cepat ke van. 'Mana-mana' sampai kepala terteleng-teleng mencari kut boleh nampak dari dekat Sultan ke Tengku Mahkota ke. Rupanya nun pintu hujung yang terbuka jadi tidak sempat nak tenguk dah zaz keluar. Nampak punggung kereta dengan asap je. hahahaha
Cantik kan.
Sempat melalui Jurudong Park. Sayang sekali tenguk Jerudong Park tak bermaya macam tu.
OGDC ni merupakan Oil and gas Discovery centre merupakan satu tempat bagaimana permulaan carigali minyak bermula di Brunei. Banyak input yang boleh diperolehi didalamnya. Tempat mempromosikan Sains, Teknologi dan Inovasi.
Amacam ada tak gaya jutawan MLM. hahahaha berangan sajo. Kalau dapat rembat sebijik wow best best best.
Kaunter depan. Masuk free. Oleh kerana datang satu kumpulan, aku sign bagipihak semua. Ada juga jejak tandatangan aku kat situ. hehehe
Ini kanak-kanak Ribena peminat Upin dan Ipin.
Ini teknologi sains. Semua pun berminat nak tenguk bagaimana guli yang dimasukkan didalam tu boleh berputar-putar lama sekeliling lubang tu sebelum akhirnya jatuh.
Tahun permulaan 1929 minyak di jumpai di Brunei. Ni kiranya sejarah permulaan penjumpaan minyak.
Selepas tu tahun seterusnya.
Sehinggalah sekarang.
Kalau kat Petrosains di KLCC boleh naik stimulasi helikopter ke plantar minyak. Best dan ngeri juga bila helikopter teroleng-oleng bila cuaca buruk. Tak tau lagi ada lagi ke tidak sebab dah lama pergi.
Ni cara lama mengorek minyak.
Ruangan didalam ini tak besar mana. Pusing sana pusing sini dah habis. Lepas tu pergi ke bangunan berkaca disebelah. Kat sini tak ada pa cuma kita orang naik keatas tenguk suasana sekeliling dari atas. Nampak laut.
Pemandangan dari atas. Nun laut di sanun.
Sempat lah posing dengan adik-adik di kaunter ni.
Ni lah kenderaan yang kami naiki. Besar muat untuk 10 orang. Kak jal dah bengang sebab julie, kak Nora dan Kak Nong lama sangat didalam tempat education tu. Rupanya depa lama kat situ sebab dok ralit menyelesaikan masalah sains. Banyak peralatan sains yang ada untuk menduga minda kita. Siapa yang minat sains akan seboleh daya mencubanya. Aku pulak bila tak boleh selesaikan, terus dah give up. hehehehe
Tenguk dari jauh ja.
Selepas selesai di OGDC, kita orang pun balik semula ke Bandar Seri Begawan menuju ke Giant di Kampung Rimba. Giant ni sebenarnya berdekatan dengan rumah Kak mon. Nak cari buah-buahan dan reben untuk gubahan yang masih tak siap lagi. Aku dan Kak Tulipk pun melilau sekeliling Giant tu. Ada terdapat gerai-gerai menjual macam-macam sekeliling pasaraya tersebut. Sambil melilau terkenan lah pulak dengan Blaus kat situ. Belek punya belek hati sudah terpikat apa lagi rembatlah Harga BND 18. Lepas tu nampak lah pula jam tangan warna biru... hahahaha hati sudah tergoda... tak boleh jadi juga sebab fesyen dia cantik. Kena rembat juga kalau tak mau meroyan aku kalau tak dapat. hahaha teruk sungguh. Harga BND 20. Kak tulipk pun terikut terjebak sama dengan aku. Sekali bila sampai kat apartment nak pakai rupanya bateri dah kong. Alaaaa apasal le tak suruh adik yang jual tu check. Dah berkenan sampai tak check pun elok ke tidak. huhuhuu padan tang muka aku. Selesai di Giant, singgah kedai kek untuk beli kek untuk hantaran. Lepas tu terus balik apartment.
Sampai di apatment, dah pukul 2. Apa lagi masak lauk untuk makan tengahari. Nasi pagi tadi dah masak, tinggal masak kari ayam adabi dengan goreng telur. Ada timun dan sambal tumis, emm sedapnya hingga menjilat jari. Maaflah time makan aku lupa nak ambil lauk yang kitaorang masak sebab nanti buat kecur hangpa semua je tenguk. hehehehehehe padahal lupa .. dah sudah makan...eh awat tak ambil gambar.
Lepas makan siapkan balik gubahan dan lepas tu lepak tenguk tv. Tunggu waktu Magrib untuk acara peminangan lah pula ...hehehehehe ok sambung cerita ya.
terpesona sungguh dengan keindahan n kemewahan istana pangeran Brunie..dpt pandang foto2nya pun dh puas hati...
ReplyDeleteKak PI ini cuma dari depan gate depan belum lagi masuk dalam. Istana terbesar dan masuk dalam Guiness Book ni. Cuba akak tanya pakcik google boleh tenguk gambar Istana dari dalam. Memang lagi cantik kak.
ReplyDeleteKak notie, cantik dan bersih negara Brunei.. Nampak tenang dan mewah mcm Kak PI kata.. :-)
ReplyDeleteowh semua kerabat dok dlm istana tu ke ? mesti besar gabang istana tu ... tetiba terfikir lak , brunei ada raja tapi nape serawak n sabah x de ya ? ke raja tu lari ke brunei sebab ada minyak ... hehehee , ni andaian org tak hafal sejarah !
ReplyDeletecantik Istana Nurul Iman..
ReplyDeletehihi..dapat ke mereka selesaikan masalah sains di OGDC tu?? takde gambo pun, baca je dah rasa terliur..*gulp*..sedapnya menu breakfast n lunch..
LZ... memang nyaman je suasana di Brunei. RUmah dan kereta bergadang-gadang ko.hehe
ReplyDeleteQaseh.. Istana tu yang terbesar tau. Masuk dalam guiness Book lagi. Kalau susur sejarah rasanya Serawak dulu di bawah pemerintahan Brunei. Sabah akak tak pasti, ingat-ingat lupa. Lepas tu zaman British bagi kat Charles Brooke ke apa. Dulu pun masa pembentukan Malaysia ajak juga Brunei masuk tapi dia taknak. Kalau tak silap lah. Huh kena selongkar balik Sejarah melayu lama ni.
Nohas, tu tenguk dari luar je dah seronok belum lagi masuk dalam. Kata Anak saudara time raya istana dibuka untuk publik. Bila dengar macam tu akak Nong kata mehlah kita raya kat Brunei pula kut leh masuk dalam istana. hehehehe.
ReplyDeleteEntah le akak tak kuasa menunggu mereka menyelesaikan masalah sains tu.
Hahaha lum tenguk gambo kalau tenguk gambo lagi le huh telan air liur