Monday, September 7, 2015

Rombongan meminang P3 Brunei Bhg 1 (Perjalanan pergi)


Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya rombongan Cik Bedah pergi meminang Puteri Brunei berjalan dengan lancarnya. Kita orang selamat sampai KLIA2 pada petang hari Ahad pukul 7 petang. 

Perjalanan bermula  pada 4hb Sept 2015, flight tengahari pukul 1. Jadi Pagi Jumaat tu, aku dan keluarga akak yang kat Rawang menuju ke Putrajaya dari Ampang. Kereta akan di letak di rumah anak saudara aku di putrajaya. Kita orang akan naik ERL ke KLIA 2. Sampai di rumah Julie, akak aku Kak Jal dah siap sedia. Tinggal tunggu akak yang kat melaka lah pula. Rombongan dari malaysia seramai 9 orang, termasuk kawan aku dari Batu Pahat yang tidak pernah sampai ke Brunei. Kak Tulipk akan menunggu kami di KLIA2. Kita orang naik ERL dalam pukul 11.     

Menunggu nak check in

Bersama kak TulipK menuju ke P13. Fuh jenuh juga berjalan nak sampai ke P13 tu. Sampai je lepak dulu. Berjalan dari kaunter pelepasan sehingga lah ke gate P13 memang penatlah walaupun slow je jalan. Nasib baik tak nun hujung peta. Nasib baik ada lebih karipap pagi tadi goreng dibawa bersama. Ada 4 kotak A4 yang kita orang bawa naik atas. 2 kotak akak aku isi dengan barang gubahan hantaran, manakala aku pula bawa oleh-oleh 2 kotak untuk Ryn dan kakmon.  Mereka berdua adalah kawan geng ulat buku juga versi Brunei. Oleh kerana Flight delay isi pewot dulu . Perjalanan memakan masa 2 jam. Jadi sampai di Airport Brunei dalam pukul 4 gitu.  

Bila sampai ja wah besarnya dan cantiknya. Tahun 2008 rombongan geng ulat buku ada membuat kunjungan melawat pesta Buku Brunei sambil berkunjung ke rumah kak mon dan ryn. Masa tu airport dia kecil je. Sekali bila aku tenguk wah dah cantik. Rupanya bila aku tanya member opis anak saudara aku Tahun 2010 dah airport baru. Patutlah dah cantik.

Ahli Rombongan Cik Bedah. Tu yang tshirt merahpakai spek  tu lah bakal pengantin. Helmy ni sebenarnya anak Kak Jal yang tua. Sebelum ni dia kerja kontrak bahagian It di Brunei. Sepatutnya kontrak dia selama 3 tahun habis tahun ini. Sekali bila dapat sambung kontrak lagi tup-tup cerita dengan maknya balik raya hari tu membawa agenda kontrak cinta lah pula. Dia dah terjatuh hati dengan opismate dia orang Brunei. Jadi kiranya ni nak memetik jambangan bunga di taman Brunei lah ni. 

Sampai je kita orang pun terus solat di masjid yang cantik bersebelahan dengan airport. Cantik kubah biru 

Bestnya tempat solat dia siap ada tempat duduk. 


Ruangan dalam Masjid. 

Kawasan airport yang begitu luas. Boleh main kejor-kejor ni. hehehehe 

Fuh tak tahan sungguh melihat kenderaan Brunei yang gadang-gadang semuanya. 

Selamat datang ke Brunei Darul Salam.

Ni Plaza Athirah. Kat atas tu lah apartment yang kami duduk selama 2 malam.

Sementara dapat kunci bilik kita main ba ba cak dulu ya. hahahaha

Apartment 3 bilik dengan 2 bilik air dan dapur. Besar beb. Aku dan akak duk bilik master bedroom. Besor gadang beb.

2 bilik ada 2 single bed. I  untuk kaknong dan Abang Ibrahim dan 1 bilik untuk Kak Oyek n famili dia. 

Ni bilik aku, kak Jal, dan kak tulipk. Besor boleh lepak2 golek-golek lagi kat bawah tu tenguk tv. Master bed room siap dengan bilik air. 

Dapur pun besar siap dengan peralatan pingan mangkuk. Kita orang main masak-masak. Bayangkan beg besor kak nong tu penuh dengan makanan. Ada 2 kampit beras 1 kilo. Bawa makanan tin, paste sambal tumis, maggi mee 2 paket besor. Hahahaha beg doraemon penuh dengan makanan. Ya lah sekarang tukaran duit 1 Dolar Brunei bersamaan dengan Rm3.   

Sampai ja di bilik keluarkan isi beg. Rehat sekejap tenguk bilik. Sepatutnya nak terus ke rumah kak mon tapi Helmy kata letak beg dulu baru pergi. Tu pun jenuh lah aku suruh cepat sebab dah nak malam. Kalau malam sampai ke rumah kak mon tak best le. Tu pun akak aku dah kata tak payah lah tapi aku paksa juga. Dia tak nampak lagi pondok kak mon. Sebab aku nak posing depan pondok comel dia. Nasib baik dah ambil alamat rumah kak mon dan helmy kata tau jalan masuk cuma jalan ke rumah je yang sesat barat juga lah. Ada no sama rupanya rumah orang lain. Dulu aku dah pernah pergi jadi bila salah rumah tu aku kata macam lain je. Akhirnya sampai juga bila waktu dah nak masuk magrib. Kat brunai kan masa dia cepat. Kita orang sampai dalam pukul 6.30 petang. Kita sambung dulu ya.  

7 comments:

  1. jauh pi meminang..tak sabo nk tengok majlis pertunangan, sama macam kat Malaysia jg kot..

    ReplyDelete
  2. wah bersemenda dgn org brunei pula jauh bawa rombongan peminangan tu moga Allah permudahkan semua urusannya...nampak selesa sungguh kehidupan di sana...

    ReplyDelete
  3. Nohas... macam majlis kat sini juga tapi ala-ala gaya melayu dolu2 sebab siap pakai baju melayu yang lelakinya. Majlis bertunang pun siap pakai kad berjemput macam majlis kahwin je.


    Sis PI alhamdulillah selamat semuanya. Tunggu akad janji tahun depan langsungnya.

    ReplyDelete
  4. mcm org tua2 kata , kat mana kerja kat situlah dpt jodoh ... masa majlis nanti lagi ramai ahli rombongan ni ... sambil petik bunga sambil tgk negara org ... best tu .

    ReplyDelete
  5. Qaseh... memang pun. Jodoh tu kan rahsia Allah. Walaupun maknya tak setuju kalau anak dah suka ikut kan je.

    Rombongan cik bedah memang dah bersusun paku nak join. Siap kena buat tabung lagi kalau dah 1 keluarga nak join. Tu baru 1 keluarga belum lagi yang lain-lain. Huh Pening akak saya nak uruskan. Apa lagi bila tayang gambar cottage yang ala fairy tale tu semua dah teruja nak datang. Wah nampaknya kena request kak mon lah ni kalau 1 bas nak datang rumah dia.

    ReplyDelete
  6. jaunya rombongan meminang...kalau JM dapat org korea mcm mana lah eh...n ke kak notie buat rombongan ke sana hikkss..

    dalam byk2 gambar..gambar kak notie si sebalik pokok tu paling win...kak n pokok berpisah tiada heee

    ReplyDelete
  7. JM, wah mau kena booking Flight AA 1 kapalterobang ni kalau JM dapat pikat Oppa korea.

    Semua pun geng bloggers yang selalu balik kampung tu pun leh mencelah kunun-kununnya balik kampung padahal nak meminag oppa Gangnam stlye khas untuk JM.

    Psss dah sangkut lum? Asyik balik kampung Oppa je jeles akak tau. Dah lah belum dapat gambo time cherry blossom, belum lagi dapat posing kat bunga kuning di Jeju Island ala-ala Kuch kuch hota heiii. Jeles ahkak tauuu.

    ReplyDelete