Thursday, September 17, 2015

Rombongan peminangan P3 Brunei (Kampung Ayer) Bhg 5


Assalamualaikum,

Ok hari ni hari akhir di Brunei. Oleh kerana flight pukul 3 petang jadi pagi ni masih ada masa untuk ronda-ronda dan cari sovenir. Plan nak tenguk kampung air tapi naik cruise nun sampai ke Kpg Bunut tenguk monyet mulut merah katanya. Jadi meh le kita bercruise. Naik cruise BND15 seorang. 

Kena pakai beep keselamatan ya. Kita orang mana tau berenang ni. Rasa cuak je tapi bila memandang pemandangan sepanjang sungai emm best sangat. 


Sebelum memulakan perjalanan, hepey je semua.

Adik belakang tu muda lagi. Ada 2 orang.1 di depan ,1 di belakang. Ada sekali tu dia mati enjin tengah-tengah sungai. wah dah fikir bukan-bukan je janganle habis minyak. hehehehe 


Kampung Air, Brunei

Masjid Sultan Ali Omar. Tenguk kubah dia keemasan gitu disinari cahaya matahari. Memancor-mancor kilatnya. hehehe 


Masjid lain tak tahu apa namanya.


Nampak tak tu apa? heheeh ayam pun ado tapi sian ayam tu tak jejak tanah. 

Seronok juga menyelusuri sungai Brunei. 



Istana Nurul Iman di kejauhan. Istana bersebelahan dengan Sungai.  


Yang ni pula kata adik pengemudi tu Istana baru sedang dalam pembinaan diatas bukit nun. Nampak cantik senibina dia.  Teringin nak masuk Istana Brunei.

Ni jalan masuk ke Istana Nurul Iman dari tepian sungai.


Tiba-tiba adik sampan tu berhentikan enjin di tengah-tengah sungai. Katanya ada buaya. Hah kita orang pun apa lagi lah seriau beb. Bayangkan kang dia libas huhuhu... dijauhkan le. Tapi aku tabik lah adik tu bayangkan jauh nun di tengah sedang membawa bot, dia boleh nampak kepala buaya tu kat tepi sungai. Kata adik tu buaya tu takut dengan bunyi bot jadi dia senyap-senyap je kat tepi. Kalau kita datang dekat terus dia hilang. Tu atas tu nampak kepala je. Nak ambil jelas lagi dia dah hilang.  

Ada 2 kali kita orang ternampak buaya.  huhuhu ni mesti Awang Brunei ni dok intai.


Jenuh le juga mencari beruk mulut besor tu apa kebenda namanya. Oleh kerana pagi dia belum bangun lagi. hahahaha sedang sedap mengorok kata akak aku. hehehe


Hutan bakau yang nyaman mata memandang

Ni buah nipah ke?

Macam masjid tapi tak pasti sebab kawasan tu macam tak ramai penduduk pun. Atau kemungkinan bangunan lain tapi berkubah macam masjid. 


Hah akhirnya dia timbul walaupun tak jelas sangat. Setelah bercruise sampai ke hujung dan balik semula, akhirnya sempat tenguk seekor. Masa ni kata akak aku hah dia dah bangunlah tu cuma masih mamai lagi sebab tu melangut je bila di usha... hahaha Nampak juga goyangan pokok lain tapi sebab jauh tak nampak. Tapi kiranya monyet tu dah bangun le kut baru nak cari sarapan ke apa ke. Makanan dia kata adik bot tu pucuk-pucuk daun erkk... ya ke?   


Ada 1 bot baru sampai. Yang atas tadi bot mat saleh berdua dengan wife dia. Yang ini ramai macam orang korea gitu. 

Perjalanan balik diteruskan. Macam kapal pengorek tanah je

Suasana Sungai yang mendamaikan.


Selesai je cruise kita orang pergi ke shopping kompleks berdepan dengan jeti dan nun di hujung adalah Masjid Ali Omar. 

Masuk kompleks membeli-belah, lah ingatkan kat Malaysia je yang bila hari minggu semua warga asing berjimba-jimba keluar kota rupanya di Brunei juga ado ko. huhuhuhu Indonesia ado, bangla ado, macam-macam ado. Malahan ramai pulak minah Indon beratur kat kedai emas. Wah!!! Masa ni pergi kat kedai tepi jalan cari oleh-oleh. Nak beli banyak asyik convert je dalam kepala otak jadi bila terkenan tu asyik terencat je nak beli hahahaha.  Tapi beli lah sikit untuk diri sendiri. Lepas tu balik semula tempat permulaan yang kita orang dah janji pukul 10.30 akan berjumpa balik. 

Nampak tu. Huh kak nong masuk pasaraya nampak le durian pack macam tu. Mula-mula dia beli 1 je. Sekali rasa macam tak puas makan berdua dengan abang Ibrahim. Masa aku sampai dengan kak Jal, ada tinggal seulas. Kak nong masuk balik beli lagi 2 pack. Aku pun tak berani sangat nak makan banyak, takut darah tinggi naik. Sebab sebelum ke Brunei ni aku tengah stress dengan kerja, dan kebetulan sehari sebelum tu ada temujanji ambil darah, sambil tu sempat juga check BP. Tengah stress jadi BP macam naik sikit jadi nak balun durian banyak sangat tak berani takut BP naik lagi tinggi. Lagi pun lepas tu nak naik kapal terbang pulaknya. Makan se ulas 2 untuk  hilangkan kempunan nak makan durian. Kalau ikut hati huh memang 1 biji pun boleh habis tapi kena kawal diri beb. Tapi memang sedap. Tenguk tu ulas durian depan kak jal, lemak berkrim memang sedap lah. Rasa juga durian Brunei sebab sebelum ni nampak tepi-tepi jalan dia jual. Memang masa ni rasanya tengah musim buah-buahan di Brunei. 

Tempayan besor dia cantik sangat bila berderet banyak.

Masjid Sultan Ali Omar

Masa dah dalam MPV, akak aku Nora cerita dia jalan bersama keluarga pergi ke Masjid untuk ambil gambar. Kebetulan pula berhampiran ada pameran kereta Vintage. Lepas tu dia kata ada kete warna Biru.   

Aku pun otomatik 'Wah' dah terbeliak mata. " napa tak cakap" 

Kak nong gelak kan aku..: " huh ko tu ti, kalau warna biru semuanya wah lah best lah.. tau le suka warna biru"
Aku pulak... sengeh je.
Kak nora:  " ni dah cakap le ni" 
Aku: "ala dah dalam van baru nak citer" (dalam hati huh rugi siot)




Lepas tu Helmy bawa kami pusing IStana lama. Masih dalam renovation, kecil je kan Istana dia. Ni kirannya Istana pertama zaman dolu-dolu. Sekarang di jadikan  muzium kut. 


Turun je dari van, aku di gamit seseorang menaiki kereta comel merah ni. wah rupanya kak mon. Dia tak sempat nak hantar ke airport sebab di rumah berhampiran ada majlis kahwin. Memang nasib baik kami sampai je Plaza Athirah, dia pun sampai. Rupanya Kak mon ada wasap aku tapi aku tak baca. Jadi tak perasan. 

Bersama anak kakmon, dah macam Mak Datin je kak mon tu.  Tak lama kemudian Ryn dan family dia sampai. Kita orang borak kat bawah je sambil sembang sambil ambil gambar. Sebab lepas tu nak naik bilik dan kemas untuk check out pukul 12.30 tghari. 


Si Humaira dan Si Humaydi anak Ryn dah besar. Tahun 2008 depa masih comel lote. Ni si Humaydi tinggi sungguh. Kalah Tuan Haji hubby ryn. Malahan Kak tulipk sampai silap pulak kata Tuan haji tu anak Ryn. Kita orang punya gelak sampaikan Tuan Haji malu-malu ala sebab disangkakan anak. hahahaha comel je Tuan Haji hubby si Ryn. Macam-macam oleh-oleh nak dibawa balik kiriman Kak mon dan Ryn. Rasa tak puas je berjumpa dan bersembang. Apa pun memang gembira dapat berkunjung ke Brunei sambil mengeratkan silaturahim antara kami.   


6 comments:

  1. cantiknya pemandangan laluan cruise tu...ada buaya juga tu yg risau juga...kampung air di brunei agaknya berbeza sikit bentuk rumahnya dgn kampung air di sabah n serawak kot

    ReplyDelete
  2. comelnya keta kak mon..vintage lagi..

    wahh, ada buaya, tapi buaya manja, penakut lagi..hehe..

    ReplyDelete
  3. Sis PI saya tak pasti lah pulak sama ke tidak bentuk rumahnya sebab yang di serawak saya tak tenguk lagi patern rumah kampung air dia. Tapi yang di brunei ni mungkin luar nampak biasa tapi dalam kut lebih cantik dan meriah. Tu lah bila kata buaya je terus kami tersenyap. Tapi bila dia kata buaya takut bunyi engin motorbot baru sibuk tanya 'mana-mana'.


    Nohas, kak mon punya citarasa memang klas ko. Tapi suka tenguk kegemaran dia.
    Buaya brunei comel dan manja kut bukan amcam bujang serawak, menganas je.

    ReplyDelete
  4. tetiba terfikir , kalau hujan , mana nak curah air dlm tempayan tu wpun sikit ... heheheee ... dahsyat org brunei . kita kat sini klu poket tak tebal , cuma blh tgk je mini cooper tu ...

    ReplyDelete
  5. Qaseh... ahah ek... tak terfikir pun. Orang Brunei memang dahsyat tapi mereka tak sombong... macam kak mon suaminya orang minyak tu... kerja dengan Shell. Memang boleh je siap dengan kereta merc mata belalang lagi

    ReplyDelete
  6. salam....
    maaf tuan /puan saya nk share sikit di blog ini.
    saya agency pelancongan di bandung menawarkan sesiapa nk bercuti
    ke bandung bisa contac saya.
    ada sewa kreta untuk city tour bandung.
    menyediakan pakej hotel dan transpot dengan harga yang berpatutan.


    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail.com



    terimakasih

    ReplyDelete