Tuesday, December 15, 2015

Geng UB pi Langkawi day 1 - 3D Art


                                                          Sebelum ni naik kereta kabel

Assalamualaikum,

Setelah naik kereta kabel, sebelah nya adalah Muzium Interactive 3D Art. Masa kat Penang kecil je tempatnya tapi yang ini memang besar lah. Dan banyak lukisan 3D Artnya. Tapi sebab ramai orang ada semak sikit lah keadaannya. hehehe biasa le kan. Bila dah ramai berebut-rebut nak ambil gambar. Jadi kena bersabar lah selalu dengan keadaan sekeliling.  




Ala-ala red carpet we all semua dah macam model-model kekapis beraksi. 





Entah macamana  Jin dah simpan kami dalam botol.... erkkkk tolong kami


Tiba-tiba macam-macam binatang menyakat kami.. Ngaumm 

Ni entah macamana tiba-tiba feeling-feeling  nak ke kebun bunga tapi bunga raraksa beb.  


Entah macamana pulak terjadi Minah dugong aiyakkk ekor mengeledik tu yang tak tahan. 

Kununnya bertemankan beruang kutub pemalas yang amat sambil bersantai membaca novel. Tayang bontot dengan anunya... File 18sx ya.

Ni seladang ni tak tahu malu sungguh. Dah lah pakai speder sekontot lepas tu tayang bontot lah pulak.


Mengajak Kaknoor pi castle nun atas bukit tu. Lukisan ni besar tau. Castle kat atas tu cantik. Kalau pandai adjust sampai semua pemandangan ni masuk dalam kamera memang cantik. Gambar di atas  yang kami pilih untuk di letak di mug sovenir semasa lawatan di 3D Art langkawi.


eh  kapal angkasa nak jatuh. Kang hempap aku penyet lah pulak leh jadi aka ayam penyet terlebih daging. hahahaha 

Selain daripada pokok, tiang lampu memang aku suka tapi bukan tarian di tiang ye di haramkan tau di malaysia.

Majlis begitu meriah di luar tapi aku dan Lia dok bersembang bukannya nak tolong. hehehe

Hah ni sebenarnya diambil dari atas. Menunjukkan begitu besarnya gambar lukisan tersebut. 


Ni juga

Ini aku tak tahulah kawan-kawan aku apasal semua dok pakat membongkok. hahaha

Tiba-tiba aku dan Kak uda termasuk didalam balang.. help me

Oh panahan arjuna hati ku. Oittt apasal ko seksa hah... pakailah baju bior cun sikit.

Entah macamana terlepas lah pulak unta Pak Habib mana tah... Ya ahlan ya wasahlan ya unta

Mari kita ke castle yok.


Ayuh kita belayar yeh ayuh kita belayar yeh.

Lukisan indah bandaraya KL. Bermandikan bunga api.

Tiba-tiba aku tersua Tun Mahadhir, haruslah tak nak lepaskan peluang bersalaman. Tun saya admier U. 

Oh Gunung Kinabalu... saya datang hanya dalam mimpi. hehehehe. Nak panjat tak larat lah 

Aksi sikucing yang begitu besar... miaw. 

Ok ada beberapa isu yang kita orang bengang dengan pelawat-pelawat yang masuk ke dalam Muzium. Yalah kan bila masuk mesti nak ambil gambarkan. Bukan saje-saje bayar lepas tu, ko boleh lepak kat tempat lukisan tu tanpa perasaan bersalah dengan orang lain yang nak ambil gambar tapi terganggu sebab dah ko lepak kat situ. Ya tahulah ko penat bukan ko saje, orang lain pun penat nak rehat tapi carilah tempat yang bukan melibatkan lukisan yang orang nak ambil. Boleh buat muka selumber je lepak padahal orang nak ambil posing gambar pun jadi teragak-agak. Nak halau takut ko marah tapi faham-fahamlah kalau orang dah tunggu ko supaya  belah dari lukisan tu. hehehehe. Lepas tu takada lah pulak staf Muzium yang sepatutnya maklumkan tak boleh lepak dalam muzium. Kalau lepak sekejap kita faham lah ni aittt siap dah melunjur kaki dah. Lama pulak tu. Jenuh lah menunggu supaya ko beredar tapi emmm hampeh.  

Lukisan kucing ni memang cantik sebab kucing besar tapi ada orang yang saje lepak kat situ... sampaikan terganggu orang yang nak posing kat situ. Huh sabor ajelah tenguk gelagat pelawat yang hanya mementingkan diri dia sahaja. 

Sebenarnya banyak lagi lukisan tapi kamera aku dah bagi signal bateri tinggal beberapa bar. Jadi kena snap yang berkenan saje. Kena jimat bateri kamera. Yalah dari semalam sehingga hari ni belum bagi charge lagi.


Akhirnya sampai kat bus stop akhir. Lepak dulu sebelum yang lain keluar. Aku dan iejay dah tak tahan penat ,relax jap. Masa ni entah berapa jam kat dalam, lagi lama dari masa kat penang dulu sebab perut sudah berkeroncong. Rupanya kami belum makan tengahari lagi. Masa ni dah pukul 5 petang rasanya. Sambil menunggu kawan yang lain kiranya ini dah pintu keluarlah. Lepas tu ada kedai jual sovenir. Boleh tahan mahalnya. Tapi bila tenguk mug dijual ada gambar wah hati sudah tidak tahan. Lepas tu tanyalah adik yang jual tu. Mug sebiji Rm20 dengan gambar. Tapi kalau beli 2 biji dia beri Rm 30 dapatlah diskaun rm5. Oleh kerana ada 8 orang jadi semua pun pakat nak beli. Pilih gambar nun kat atas dok ramai-ramai kat kebun raksaksa. Ambil dari handphone Lia sebab handphone dia kan Iphone 6 dan gambarnya cantik. Mug boleh pilih warna apa. Warna biru dah habis jadi terpaksa pilih warna hijau. Lupa plak nak ambil gambar mug bergambarkan 8 artis terkini hiburan sensasi. Aerkk perasan sungguh.  

Sementara menunggu mug siap di tampal gambar sempat lah juga cakap dengan adik kat kauter tu mengenai ada orang yang lepak kat tempat lukisan dengan santai dan lama. Kita orang tanya takde ke staaf didalam yang menolong atau mengawal dan memerhati keadaan. Adik kaunter tu kata takde cukup staff nak menolong didalam. Jadi dia bior je pelawat buat apa depa suka. Apa lagi musim cuti ni memang pelawat amat ramai sekali. Ni dekat kaunter pun aku tenguk hanya 2 orang sahaja. Yang sorang sibuk print gambar yang sorang tolong gam pada mug. Jadi memang tak cukup kaki dan tangan dia orang bekerja. 


Museum 3D terbesar di malaysia.... berakhirlah adegan posing memosing didalamnya. Jom pi carik makan dah lapor ko.  



Update terkini: atas permintaan Nohas... yang nak tenguk mug yang di tampal gambar geng Ub aku tepek lah kat sini.



Ganmbar di kebun raksasa.

6 comments:

  1. wah hebatnya muzium 3D langkawi ni terpesona mandangnya...nampak noti n dgengs pun enjoy sgt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kak... geng kita orang memang enjoy memanjang

      Delete
  2. bestnya..boleh buat mug sekali..nak tengok gak mugnya..gambar kt kebun raksasa tu memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah selalunya di buat macam poskad tapi bila kata boleh letak kat mug terus order. Walaupun mahal ala sesekali bukannya selalu. Lagi pun untuk kenangan.

      Delete
  3. wahh sonoknyerr., yg atas dlm balang tu nmpk real., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wak lalat datang menjengah. Nampak je real nasib baik bukan betul2 kena kurung dalam balang.... haru

      Delete