Tuesday, December 15, 2015

Geng Ub pi Langkawi Day 1 - Kereta kabel

       
                                             Jenjalan sebelumnya dengan Duck Tour

     Assalamualaikum,

    Selesai je pi naik Duck Tour, terus je pi nak naik kereta kabel lah pulak. Nawwir dan Iejay tak naik. Aku cuak juga tapi teringin dan ramai geng jadi naik lah. Hah nampak Dome warna putih berkilat tu. Sebelum naik kereta kabel kita orang kena masuk dalam Dome tu. Dome tu baru lagi di buka. Apa ada didalamnya? hah nanti lah tunggu lah aku masuk dulu baru tahu apa ada didalamnya.





Orang ramai beratur menunggu nak beli tiket. Oleh kerana group kita orang dah beli tiket jadi boleh terus masuk. Nasib baik kalau tak huh jenuh lah beratur menunggu.

Orang ramai sungguh kat Oriental Village tu. Orang India yang cuti raya pun ramai. Aduhaiiiiii ramai sungguh depa, sampaikan masuk dalam bangunan ni rasa gelap je. hehehe

Sebelum nak naik kereta kabel kita stop sekejap. Yang ni  orang yang boleh masuk terhad bergantung kepada kapasiti kerusi yang ada dildalam Dome tersebut. Sekali bila dah masuk. jeng jeng. Masuk dalam banyak kerusi tersusun. jadi masing-masing ambil tempat duduk sehingga semuanya penuh. Tiba-tiba lampu dipadamkan dan depan ada tayangan gambar dipancarkan. Rupa-rupanya dia bawa kita naik  rollercoster beb. Huh rasa pening kepala. Agak-agak masa nak turun tu aku tutup mata. hahahaha. Kalau betul-betul rollercoster huh memang jantung aku  rasa nak melompat tau. Dia tak real sangat cuma kita pandangle screen depan ala 3d pemandangannya cuma bila berpusing ke apa ke kerusi yang kita duduk tak bergerak pun. Yang aku pernah tenguk masa kat Brisbane dulu tayangan 3D cerita Shreck memang macam real. Dengan goyangan kerusi semasa menunggang kuda, lepas tu bila kena air tiba-tiba air pun ada terjirus sama. Hah tu memang best. 

Kat dalam Dome tu tak lama dah puas berpusing naik Rollercoster akhirnya tada.... lampu pun terang. Semua keluar menyambung semula perjalanan nak naik kereta kabel.

Skybridge terpanjang ko.

Aku ni seriau nak naik kereta kabel ni  jadi tunggu di hujung lah. Boleh masuk 6 orang.

Tapi perjalanan tidak seindah yang dibayangkan. Tak lama berjalan cuaca terang terus menjadi gelap. Belum sempat nak tenguk keadaan sekeliling hujan pun turun.


           Huh syahdu sendu cuaca di luar. Hanya rintik hujan sahaja. Nun sana tu pulau-pulau sekeliling Langkawi. Ada 2 perhentian yang kita boleh turun. Perhentian pertama kita orang turun tapi disebabkan hujan tak dapat ambil gambar di kawasan luar.

Skybridge pun tutup sebab hujan. Amat merbahaya ya sebab keadaannya basah dan licin takut tergelincir je. Lepas perhentian pertama naik kereta kabel lagi ke perhentian ke 2. Tapi disebabkan hujan bila kereta kabel berpusing untuk turun ke bawah kita orang tak turun pun. Orang menunggu dah ramai nak turun. Kalau kita orang turun, nanti susah lah nak dapat kereta kabel turun kebawah sebab ramai yang menunggu nak turun jadi semua pakat tak nak turun di perhentian ke2 dan terus turun ke bawah.  

Ni dah cerah sikit dapatlah ambil gambar . Semasa naik tu nampaklah juga airterjun telaga tujuh. Tapi sebab hujan tak terang sangatlah. Semasa naik ni memang gayat le. Lepas ni tak nak naik lagi lah. Gayat beb. huhuhu . Jadi naik kereta kabel hanya dapat menghayati keindahan hujan di Gunung Mat Chin Chang. Tapi bila dah nak sampai bawah hujan pun berhenti..... aiseymen. hehehehe memang bukan rezeki kami lah nak lihat pemandangan sekeliling pulau langkawi. 

3 comments:

  1. LAIN KALI KE LANGKAWI LAGI NOTIE N NIKMATI KEINDAHAN PANORAMA PULAU TU MASA TERANG CUACANYA DENGAN KERETA KABEL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke langkawi tu memang nak datang lagi tapi nak naik kereta kabel tu huh tak kut. Gayat.

      Delete
  2. bestnya..mula2 naik rollercoaster..kendian naik kereta kabel plak...rollercoaster tu kalau yg 6D lagi bestkan, mcm real je..

    ReplyDelete