Friday, April 15, 2016

Majlis Perkahwinan Yazed - Bil 2 2016


Assalamualaikum,

Cuti sekolah dah lama  habis aku baru nak update cerita. Alahaiiiii... Kojo banyak. Nak tutup data tahun 2015 dan nak sediakan report 2015 lagi... huh. Kojo sampai bila pun tak habis kan.



So kita cerita pasal majlis perkahwinan lah ya. Apa lagi sedang top viral , duit hantaran tak cukup sampai bergaduh-gaduhan lah pulak. Yang sadisnya tu dalam masjid. Tapi kadang emmm entahlah nak cakap pun tak tahu. Aku yang ada anak saudara lelaki ramai ni kalau dengar cerita akak-akak aku masa meminang anak dara orang ni huh boleh buat novel ko. Kadang terfikir juga orang zaman sekarang ni asyik pandang duit je ke sampaikan nilai-nilai baik nak mendirikan masjid ni di pandang mudah ja. Patutnya kadang fikir lah calun menantu tu macamana? Kerjanya bagaimana? Lepas tu anak dara  ko sendiri tu cukup ke nak jadi isteri orang. Dah ajar serba sedikit nak jadi isteri orang? Kadang pasal hantaran lah impian membina masjid boleh runtuh sebelum masanya tau. Itu pengalaman aku sendiri lah zaman dolu-dolu.... hehehehehe sempat pulak mengimbau kenangan lalu. Dan lagi orang tengah antara pihak lelaki dan pihak perempuan yang kadang memainkan peranan utama  supaya impian membina masjid dapat dilaksanakan. Kadang dek kerana mulut orang tengah dah pihak lelaki kecik hati. Lepas tu orang tengah pihak perempuan sampaikan, naik pulak kemarahan pihak perempuan. Hah benda macam ni lah yang sepatutnya di hindarkan. Kalau boleh semasa perbincangan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan, hendaklah saling bertolak ansur.  Barulah majlis perkahwinan dapat dijalankan dengan jayanya. 
   
Sessi tayang kuih mueh. hehehehe. 

Kuih ni macam kuih lopes tapi style orang jawa makan dengan serunding. Direbus sampai masak pulutnya.
Dulu kalau rumah Aruah mak aku buat majlis perkahwinan, Mak saudara aku kat gersik selalu datang bawa 1 bakul lopes ni tau. Hah macam kat atas tapi cantik sikit. Oleh kerana sedap dan jarang dapat , selalu kita orang bawa lari 1 batang dengan serunding sekali. Makan tak muak dan sedap sebab serundingnya sedap. 

Hah ni yang telah di salut dengan serunding.  Sedap tau. Laku dan laris sekali jualan pulut dengan serunding. Kalau nak potong tak payah pakai pisau sebab dia melekit pakai tali ja terus masuk loyang gaul dengan serunding lepas tu ambil seketul masuk mulut....yummy.

Baru-baru ni Yazed anak kak nong yang bungsu kahwin. Masa majlis pihak perempuan aku tak pergi sebab nak datang majlis di melaka. Dapat orang Kluang. Jadi Kak nong sekeluarga serta akak-akak aku , Kak Ijah, Kak Jal yang pergi masa nikah dan majlis rumah perempuan. Rupa-rupanya  isteri Yazed tu, bersaudara dengan Dee menantu Kak Limah yang bungsu juga, orang Segamat. Alahaiiiii keciknya dunia. Kiranya Mak Dee tu pangkat atuk dengan Mak bapa isteri Yazed...ala lupa nama dia. hehehehe teruk sungguh mak saudara sampai lupa nama isteri anak saudara. Baru jumpa masa majlis jadi tak ingat. Tak sempat berkenalan mesra lagi.    

Jadi petang jumaat rombongan dari Ampang pun balik ke melaka. Tenguk Kak ijah dan Kak jal sekeluarga dah sampai dulu. Malam tu ada berzanji orang lelaki. Adik aku Faizol yang dok Batu Pahat pun dah sampai sekeluarga. Seronoknya bila dapat jumpa adik beradik. Time majlis perkahwinan lah dapat jumpa kaum keluarga yang jarang dan kadang dah lama tak jumpa.

Hah macam si baju putih ni. Dulu-dulu kalau raya rajin juga berkunjung kerumah, masa aruah mak aku ada lagi. Lepas tu senyap tup-tup muncul dah bawa isteri lain. Isteri dia kerja kat Audit cawangan melaka. Kenal dengan anak saudara aku julie . hehehehe. Kiranya dengan aku pangkat anak saudara tapi dia panggil akak aku kak nong. Dengan aku panggil nama je sebab dia lebih tua dari aku. chewah. Bersembang sakan lah sebab dah lama tak jumpa kan. 

Yang untuk majlis dah bersusun beg tepi dinding. Lepas tu malam tidur adik beradik. Tempat ni juga jadi tempat akak aku berempat tidur berselit-selit. Lupa nak ambil gambar buat kenangan. Simpan sendiri lah kalau dapat ambil gambar akak-akak aku tidur. Yang Kak jal dengan bantal busuknya, kak limah selimut busuk nya hehehehe. Bukan bantal busuk macam budak kecik macam cucu-cucu saudara aku tau  tapi bantal dan selimut yang di bawa dari rumah kalau tidur tempat lain. Katanya kalau tak bawa memang tak boleh tidur lah nampak gayanya. Tu yang tak tinggal kalau berpegian tempat jauh.   
 Tidur melambak budak-budaknya. Hah tu yang di kerumun tu mesti tenguk tab main game. Aduhaiiiii


Majlis kali ini kak nong pakai catering ja. Senang sikit katanya sediakan duit ja. Termasuk kompang dan lauk di meja pengantin. Jadi kita orang takde lah sibuk sangat nak sediakan lauk pengantin macam dulu. 
Tapi part lain gotong royong juga lah.  Ni kita orang gotong royong buat puding berkuah. 

Lepas tu ada orang bagi kek kukus sarang semut dengan bahulu gulung inti nenas. Sedap lembut bahulu gulung tu. Jadi di potong-potong letak kat meja depan. Boleh tetamu makan. 
Akhirnya sampai kambing panggang. Wani buat akikah anaknya yang bungsu. Wah masa sampai ni terus ja ambil pinggan ngap masuk mulut. Fuh sedapnya. Walaupun aku tak berapa minat sangat makan kambing tapi bila kambing panggang ni sampai ja bau nya sungguh tak tahan, tu yang laju je cari pinggan. Ada sos lada hitam. Coleslow buat sendiri. Sedap sebab terasa perapannya.
Hah ni lah tuan kambingnya yang dibuat akikah tu.

Ni Kak nong dengan Kak che Ah, kawan rapat zaman sekolah yang dah lama tak jumpa.  

Serba purple.... oh patutlah hari tu  adik lelaki aku dapat kain pasang rupanya kena jadi hulubalang menyambut tetamu. Adek pula kena pergi majlis perkahwinan anak saudara Shiba jadi kena bahagi 2. Sebelah tengahari anak buah Shiba dan lepas tu baru tempat Kaknong.   

Kita orang dok melangut depan rumah melihat majlis berjalan lancar. Sementara menunggu pengantin sampai. Hah kalau bungkusan tetamu dah habis angkut yang kat dalam bawa keluar. 

Rumah Kak Nong ni tepi jalan depan Bukit Cina, lepas tu dekat dengan traffic light. Memang perlukan anggota Rela untuk menjaga lalu-lintas.  Kalau tak memang haru biru lalu lintas.
  
Ada juga satay

Yeh pengantin dah sampai.... amboiiii Ajid. Bila tenguk anak buah aku ni rasa  tak sangka pulak dah kahwin. Selalu tu bila berkumpul suka dok layan budak-budak ja. 


Sessi merenjis bunga rampai. 
Tenguk baju pengantin berjurai-jurai panjang ko.... hehehe

Makan Berdamai bersama keluarga pihak perempuan.

Ni semua puak-puak saudara belah aku. Orang lain sibuk kat luar depa sibuk bercanda kat dalam.

Pengantin bersama Kedua Ibu bapa pengantin lelaki.

Bergambar ramai-ramai. Ni sikit je ni. Kalau semua hah roboh pelamin tak muat.

Keluarga belah pengantin lelaki. 


Selesai majlis acara bungkus membungkus makanan bagi kat saudara mara yang dah nak balik. Kiranya bawa berkat nasi minyak lah ya. Kalau acara ni memang laris sungguh jualannya. Masa ni Tuan caterer bagi makanan yang tidak habis pada Tuan rumah. Jadi sebelum balik kita tapau ja dulu makanan ya.  


Hah ada seperiuk lagi nasi minyak tak habis. Sementara ramai saudara mara dah nak balik jadi adalah oleh-oleh dari keluarga pengantin. Ingatkan nak balik Bakri , sekali adik aku Faizol balik Batu Pahat terus sebab anaknya ada agenda sekolah, terus kita orang balik KL. Kalau tak ingat nak singgah Bakri sebelum balik KL. So lepas magrib kita orang berangkat balik dan sampai dengan ngantuknya mata lebih kurang pukul 10 malam.  Ngantuk sebab dah kenyang dan penat. Lepas tu bawa kereta asyik menguap je sebab ngantuk. Huhuhu bila dah sampai rumah alhamdulillah dengan selamatnya. Selesailah acara majlis perkahwinan anak saudara aku Ahmad Yazed bin Ibrahim. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Semuga Ahmad Yazed berbahagia sehingga ke Jannah. Amin

15 comments:

  1. Tenda biru... Nyanyi skit... He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sengaja lewat depan rumahmu
      Ku melihat ada tenda biru
      Dihiasi indahnya janur kuning
      Hati bertanya pernikahan siapa

      Tak percaya tapi ini terjadi
      Kau bersanding duduk di pelaminan
      Airmata jatuh tak tertahankan
      Kau khianati cinta suci ini


      Delete
    2. Copy paste ke pe nih? keh keh keh..

      Delete
    3. Copy paste je yang.... kalau nyanyi backup singer cik kodok yang ngong ngeng ngong ngeng

      Delete
  2. pengantin berbusaba biru kacak n cantik semoga berbhgia selamanya hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..pulut serunding & kambing panggang.

    Meriah majlisnya..semoga brbahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap....yummy. Anak bungsu dan majlis perkahwinan yang last tu yang terlebih meriah.

      Delete
  4. teringat kes my anak buah masa hatar duit hantaran ke pihak perempuan . pihak perempuan kira sekeping2 ramai2 mcmlah pihak my anak buah nak menipu . masa tu my abg kata , mcmlah pihak lelaki tu miskin sgt tak mampu ! bakal pengantin perempuan lak cuma kerja jaga budak kat taska je ... sabar je lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang pengantin tak apa-apa keluarga pulak yang lebeh-lebeh kan.

      Delete
    2. PAtutnya bank-in jek.. Bior bank yg kira... keh keh keh....

      Delete
  5. Ops... Baru terbaca hari ni... He he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tuan pengantin baru ternampak...dah anak 2...hehehe

      Delete