Friday, July 1, 2016

Hari ke 4 di UK - Buckingham Palace



  Assalamualaikum,

Dah hari ke 25 Ramadan. Besok dah nak balik kampung. Jadi ni cerita buat penglibur lara masa raya ya. Aku bila balik kampung memang tak hadap pc dah. Nak update nanti lah balik raya. Cuti seminggu raya ni. 

Di kesempatan yang ada ini memohon ampun dan maaf dari hujung kaki dan hujung rambut. Maaf jika ada kata-kata saya yang menyinggung hati. Kadang pada kita gurauan tapi pada sesetengah orang menyentap perasaan. Jadi maaf lah ya. Apa juga coretan aku kadang hanya bergurau senda tanpa mengaitkan orang lain. 

Apa pun semuga kalian semua bergembira menyambut Hari Raya Aidil fitri. Semuga Allah sentiasa melindungi kalian tidak kira dimana berada. Semuga hari lebaran nanti membawa kegembiraan buat semua. 

SELAMAT HARI RAYA 




Hari ke 3 di Newcastle Upon Tyne


   Hari ke 4 kami di UK adalah hari Sabtu, jadi tak kerjalah ya. 2 hari free untuk kami  berjalan-jalan. Sebelum tu kak kam dah tanya aku, nak pergi kemana 2 hari cuti ni. Dia offer diri nak bawa aku jalan keliling kota London. Aku suka je. Maklumlah tak tahu jalan. Jadi first aku nak tenguk Istana Buckingham. Kut leh tenguk pertukaran pengawal huh bestnya. Jadi lepas sarapan pagi-pagi lagi kami dah naik tube underground ke bandar London. Perhentian mana nak keluar dan sebagainya Kak Kam yang bawa ya. Aku tak pandai bab tenguk map underground tu semua. Ada juga ambil pamplet dia tapi pening... macam-macam warna lane. Tapi sebab dah ada orang offer jadi tourist guide aku, dalam hati yabeda bedu. kekekeke. Dalam pada tu tadah telinga je lah dengar cerita kak Kam masa dia cuti tanpa gaji ikut suaminya bertugas di Kota London. Suaminya kerja di Kementerian Pelajaran. Pernah di hantar bertugas di London. Ala bahagian pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran kat UK ni, hah depa yang uruskan. Malahan Kak Kam pula,  sementara ikut suami kat UK ni dia kerja sambilan. Mula-mula jaga anak orang. Lepas tu kerja sambilan kat Maybank branch London. Tu yang dia tau banyak pasal UK.

Ok sambung balik cerita. Masuk tube kat stesyen Baker Street, keluar stesyen berhampiran dengan Istana Buckingham. Tapi kena jalan sikit hinggalah sampai depan pintu pagar yang begitu cantik dan taman yang indah.

Taman yang begitu indah di kawasan luar Istana. Rasa nak baring, golek-golek kuch kuch hoo ta hei je tenguk taman indah ni. kwang kwang lagak bollywood posing sudah mari looooo


Huh apa lagi ya posing time. Aku memang tak leh tahan kalau tenguk bunga-bunga berkembangan, apa lagi yang cantik seperti ini. Kalau nak tahu header kat atas tu aku ambil di UK lah. Cantik kan? 
Aku rasa macam nak bergolek-golek je atas bunga-bunga yang berkembangan itu.


Taman dia cantik dan bersih

Pagi lagi jadi orang belum ramai dan kenderaan belum banyak. Tu nak baring atas jalan boleh dak? hehehe

Tersergam indah Buckingham Palace

                                            Hah tenguk atas tu dia ada open Istana le.

 Sebelum datang UK aku dah cari info pasal tempat-tempat yang best untuk di lawati dan tahu kalau Istana Buckingham ni di buka untuk orang luar tapi bila dah sampai, aku tak tahu lah pintu mana yang perlu di masuk tapi kena ada tiket tu yang rasa macam susah. Apa lagi Kak kam macam tak berminat je nak masuk didalamnya. Huh terpaksa lah ikut je kemahuan dia. Asalkan aku dah dapat melihat Istana tersebut dan melihat pertukaran pengawal yang begitu femes seantaro dunia cukuplah. Lagi pun banyak tempat lagi nak pergi.


                             Depan Istana... hah ko tenguk lah pintu pagar dia... fuh macam emas ko

Masa ni pintu pagar tak boleh dibuka lagi. Sebenornya pintu memang sentiasa di tutup. Tapi bila para pengawal datang dengan di ketuai pancaragam, barulah pintu di buka untuk depa masuk. Bila dah selesai bertukar pengawal dibuka untuk depa keluar. Lepas tu tutup balik. Kalau betul-betul nak masuk hah macam notis atas tu. Tapi tang tu aku tak pasti pintu mana yang dibukanya. Mungkin ada pintu lain kut.  

Ni aku skodeng dari balik pintu pagar pengawal yang sedang berkawal. Tak menahan sungguh tenguk topi dia yang tinggi melangit tu. hehehehe

Masa kami sampai orang belum ramai , jadi boleh lah mundar mandir kat depan pagar dan jalan depan Istana tu. Tapi bila semakin hampir masa untuk pertukaran pengawal orang semakin ramai. Dan tak lama kemudian ada polis mula mengawal keadaan. Dimana jalan besar nak masuk ke dalam Istana dia tak bagi lalu. Siap ada tali merintang belakang orang ramai. Masa ni kaki aku dah sakit.  Masa menunggu tu le aku bercanda dengan polis uk yang comel. hehehehe sempat lagi tu.

Sebenarnya kita orang cuma nampak perarakan masuk dan keluar pengawal-pengawal je. Acara pertukaran tu aku tak nampak sebab ianya berlaku di dalam Istana. Dek kerana sayangkan tempat yang kita orang duduk tu lah bila depa masuk Istana kita orang tak berganjak pun sebab kalau pi jenguk kat tepi pagar tu dah ramai orang. Bila berganjak nanti tak dapat lah tempat depan yang boleh tenguk perarakan keluar pula.       

           Orang mula datang sedikit demi sedikit. Dapat jenguk dari luar pagar je lah ya.


Tiba-tiba dengar bunyi pancaragam. Wah seronoknya. 


Aku yang tenguk pun dah terpegun. 


                Tapi eh napa dia lalu jalan sana.... lorrrr takan dia tak lalu depan pintu pagar besar. huhuu


Lepas tu nampak lagi satu pancaragam datang,  Lalu jalan lain. Terus menuju depan kita orang  

Yeh dia sudah mari...... lai lai 


Fuh tak menahan sungguh tenguk mereka.   



          Dia datang dengan penuh bergaya.... aku pulak yang berdebur-debur tenguknya.hehe over sungguh

                                               Ni kut pengawal penganti masuk ke Istana

                  Dari depan bukan main segak kut kat belakang berjalur-jalur.... pesen kut. hehee

                                  Pengawal yang akan mengambil alih Istana...fuyoooo bahaya tu.

                                                   Pasukan berkuda..... Uniform dia unik

                                     
  Di iringi oleh pengawal berkuda... comel kan.. hahaha aku ni asyik comel je. entah tenguk topi dia tu cam cute je siap ada ekor rambu-ramba ko. Kuda dia mak aiiiii besor-besor ko. Hah kalau terpijak kiok ler...

                                            Oh tukang mengiringi aje kut. Tak masuk dalam pun.

Pasukan pancaragam dan beruniform yang awal tu masuk dalam. Depa masuk dalam Istana, lepas tu pung pang pung pang entah apa buat kat dalam, aku tak nampak sebab tak berganjak dari tempat duduk aku kat tepi jalan tu. Nak bangun tenguk kat dalam kang tak nampak bila depa keluar dari Istana. Jadi main agak jelah. 
Adalah agak dalam beberapa minit protokol pertukaran guard berlaku. Lepas tu aku dengar bunyi pancaragam bergerak keluar. Ooooo dah habis dah.


Bergerak keluar


                Suka aku tenguk brass band dia. Terkonang semasa dolu lah pulak.


Tenguk pancaragam keluar huh sukanya  aku. Rindu zaman sekolah time join pancaragam dolu2. Hah tu French Horn musik instrument  yang aku main dulu. Hish rindu tul zaman itu. Tenguk depa je dah rasa macam nak join sama je.  Ada juga yang kena perambat Drum major dia keliling istana kang. Ayoyo tambi. 

 Suka tenguk pancaragam ni sebab uniform dia yang smart dan cantik. Apa lagi bila iringan muzik match buat kaki sedap je berkawat mengikut alunan muzik. Huh rindu zaman sekolah berkawat main pancaragam. Masa tu memang femes budak Band ko. Yalah Band gurl femes kat sekolah time aku sekolah lah selain dari atlet sekolah, team hoki sekolah, team netball hah apa lagi ya.  Apa lagi bila time ada persembahan sukan, pertandingan band antara sekolah wah masa tu melaram dengan uniform. Walaupun selalu hitam dek panas membahang masa praktis tapi ada aku kesah. hahahahaha Minat punya pasal.  

Lagi pun banyak pengalaman bermain di tempat lain, berkunjung di tempat lain semasa ada pertandingan dan juga pengalaman menyertai Hari Kebangsaan sebanyak 2 kali serta masuk dalam Guiness Rekod dunia perarakan band terpanjang dan teramai. Tahun bila ya emmm dah lupa. Mungkin sekarang dah ada orang pecahkan rekod tu. Tapi itulah pengalaman manis jadi band gurl dolu-dolu.  Memori lane jap hehehehe.

Dah di ganti yang baru hah apa lagi balik ler weiiiii ponat tu dok mengawal Istana... hehehehe Tak leh tahan tenguk atas kepala dia berjurai bulu... entah nampak entah tidak tu sampai menutupi mata. Mesti leh nyorok tupai dalamnya kut. hahahahahaha mata pun tak nampak boleh pulak berjalan berbaris macam tu. 



                                   Kiri kanan kiri kanan.... kiri kanan kiri kanan. Haip tenguk barisan.... hahaha

                      Ala depa pi jauh meninggalkan daku..... ala jangan tinggal daku weiiii



                                            Sedih pulak tenguk depa dah jauh....pandang le belakang meh .

                                  Eh yang ni pasukan mana lah pulak jalan ke lain pulak. Tercicir ko Mungkin pengiring pasukan yang kena berkawal kut sebab uniform dia sama.



 Eh ni pancaragam lain hah tenguk topi dia.

Hah tenguk tu punya ramai orang yang menunggu untuk melihat acara tersebut. Sampai bertenggek kat atas tu nak tenguk dengan jelas.


Dah ganti baru... tapi aku lebeh suka uniform yang merah menyala dengan topi yang berbulu2 tu sebab lain dari yang lain.

Orang pun beransur pergi. Posing dulu sebelum merayap tempat lain pula.

Agaknya pintu gerbang ni apa nama ye. Berbelit lidah nak menyebut ayat kat atas nun hah. Kena google le aku maleh. hahaha Kami terus menuju pintu gerbang yang ada 3 lubang tu. 
                            
Sekali nampak pula motor polis wah... suka suka. Tapi polis tak hensem le. Tumpang posing ye Sir.




11 comments:

  1. CANTIK SEKALI TAMAN ISTANA TU....TERINGAT FILEM KLASIK INGGERIS BILA TENGOK PIC PENGAWAL ISTANA TU...SLMT IDILFITRI NOTIE MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak... cantik banget. Selamat hari raya maaf zahir batin

      Delete
  2. Salam aidilfitri dari kaknoor jugak ya, wah dah sampai buckingham palace bestkan tamannya yg cantik dan bersih tu, rasa nak guling2 je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri kaknoor. Kalau boleh memang dah golek2 siap tarian tanggo lagi.... hehehehe

      Delete
  3. Salam aidilfitri dari kaknoor jugak ya, wah dah sampai buckingham palace bestkan tamannya yg cantik dan bersih tu, rasa nak guling2 je kan

    ReplyDelete
  4. Nak ngorat yang baju biru tu boleh? he he he...

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Notie..saya pun ada jg posing mcm tu kat tepi bunga2..hihi..mmg tk tahan tengok bunga2 yg cantik lg colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya nohas... kan memang tak tahan sungguh kalau tenguk bunga berkembang. Gerammmm

      Delete
  6. wow citerrrr ke UK.. CT bookmark dlu nanti mai baca balik.. travelogue kena baca dari mula hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala CT ni citer zaman dolu kala. Tapi sebab memori terindah jadi tu yang letak. Pogi kojo je dik non bukan jenjalan suka suki ya.

      Delete