Assalamualaikum,
Wah sampai nak bern3 n3 pulak aku nak citer sambutan raya pejabat ni. Mana taknya tak pernah-pernah umur unit kita orang kena jadi penganjur selalunya admin yang buat. Entah kali ini bila meeting sambutan raya Datuk Noraini terus je cadang unit kita orang jadi penganjur. Apa lagi lah kelam-kabut cari tarikh sesuai. Buat jemputan, buat aturcara. Siapa nak buat itu buat ini. Makanan macamana. Menu apa? Sebelum raya lagi dah sibuk. Aku pulak kena jadi penyambut tetamu... huhuhu nasib tak jadi penyambut tetamu VVIP... hu masak ramai yang aku tak kenal orang besor-besor ni.
Ok sambung lagi cerita. Jadi sebelum majlis kita orang pun naik ke tingkat 8 tenguk persiapan macamana. Yang atas tu admin dah sediakan nasi impit.
Kampung UPFK unik sebab sambutan raya dolu-dolu. Tenguk dulang tu. Sekarang mana ada dulang berbunga macam tu.
Kuih atas pinggan tu aku ingatkan olok-olok rupanya bila di cubit betul ko... Tapi sebab dia buat hiasan tak berani le aku kidnap nak rasa. hehehehe Dulang kecil dia cantik. Dulang aruah mak aku besor sikit.
Kita orang punya masih tak siap lagi.
Nampak nenek tu.... hah tu lah lukisan Dr Sara.
Kita orang punya juadah raya.
Sate dah sampai. Oleh kerana tak nak bagi orang ambil lebih kita orang ikat 5 cucuk sekali. Ni kecek mahadhir nak rasa maklumle baru sampai. Masa ni lah sedap makan sate sebab panas-panas lagi. Nanti kalau dah masa majlis dah banyak makanan dah tak sedap pulak makan sate.
Ni unit PDPK. Ada nasi Beriyani juadahnya.
Ni unit MNHA, nampak tak mangkuk tepen warna merah tu. Aku cukup berkenan. Sekali tanya rupanya Dr Noryati beli kat Bukit Tinggi. Dia ada pergi rumah kawannya kat Bukit Tinggi Indonesia, pergi kedai kat situ nampak mangkuk tepen tu terus berkenan dan beli. Aku yang dengar pun jadi tertarik tapi bila di tanya kat mana dia pun tak reti nak cakap kat mana tempat tu. Yang besar tu best.
Wah sate sudah tersedia untuk di makan. Besar-besar dagingnya.
PA boss aku yang baru ni pandai buat kek lapis serawak. Hah ni dia yang bawa.
Amacam cantik tak kampung meriah.
Tengah sibuk menghias tiba-tiba boss aku jenguk. Dia nak pergi meeting dengan PPU. Tenguk anak buah dia busy sempat jenguk sekejap je. Lepas tu ada meeting, dan masa majlis pun pi MIMOS juga meeting. Terpaksalah anak buah handle sendiri majlis tu. Nasib baik Dato Pengarah ada sama.
Sambil menghias sambil posing. hehehehe
Posing ramai-ramai sebelum majlis bermula.
Semuanya sudah siap sedia untuk menyambut tetamu
Ni yang akan buat persembahan. Amboi encik Izal bukan main lagi songkok ada jurai-jurai lagi.
Sebelum majlis bermula posing dulu ramai-ramai.
Ni menu gerai sebelah kami. Nasi beriayni ko gerenti makan tak takut-takut. hehehehe. Aku cicip sikit je orang kata menjamah jangan kata tak makan, buat rasa je.
cantik kpg meriah..suka2..
ReplyDeleteTulah rasanya macam kita orang menang lagi tapi tak kanle sampai ke2-2 menang nanti nampak sangat penganjur bolot semua. Beza markah sikit je dengan yang menang. Tapi yang penting enjoy
DeletePersedian dan persiapan yg cukup bagus ... huhuu.. :D
ReplyDeleteJemputan ramai... VVIP lagi...mesti le kena siap sedia semuanya. hehehe
Delete