Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya sampai Desa Balqis Resort. Masa ni dah pukul 5 petang, punggah barang dalam kereta yang penuh dengan pelbagai barangan sambil tu jenguk bilik, jenguk bilik air. Jenguk belakang rumah. Rumah Kak chik ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Tapi best bila buka pintu belakang. Wah bestnya tenguk ada pangkin kat belakang sambil mengadap laut. Tapi masa tu masih panas lagi. Jadi tak boleh nak lepak kat pangkin kena cahaya matahari yang memancar terang.
Masa kita orang masuk jalan ke Rumah Kak chik ada ternampak kanopi dengan ramai orang sedang menjamu selera. Tak pastilah samada family day atau gathering opis sedang buat BBQ. Semerbak bau masakan yang diorang bakar dan masak. Jadi laparlah pulak bila bau masakan mereka di bawa angin ke tempat kita orang.
Dok rehat sekejap sambil makan buah-buahan. Buah mata kucing tu sedap. Tebal isinya. Rehat sekejap sebelum ajak geng keluar. Nak pergi ke Port Supai sebab dengar kata ada port makan sedap kat situ sambil tenguk matahari terbenam. Oleh kerana jalan kampung, takut kalau keluar lambat dah gelap, nanti tak nampak pulak jalannya dan kat mana tempatnya.
Port Supai tu tak jauh dari Desa Balqis, jalan je sampai ke hujung sekali bila lalu Balai Polis di hujung jalan eh tak nampak pun mana kedai makan ni. Jalan lagi slow-slow akhirnya sampai ke simpang yang menghala ke Port Dickson. Lah mana ni. Keluar simpang tu pusing balik ke Kuala Linggi, lepas tu masuk balik jalan yang kita orang masuk mula-mula tu... nampak Balai Polis lagi sekali, teragak nak toleh ke kiri eh tu dia. Lahaiiiii. Besar punya pintu gerbang aku boleh tak nampak signnage Restoren Terapung Port Supai tu. Rupanya beberapa meter sampai ke Balai Polis tu ada parking khas untuk sesiapa yang nak makan kat Restoren Port Supai tu. Aku yang tak perasan sebelum ni laju je ke depan. Ingatkan kat tepi-tepi je rupanya ke dalam dan jauh juga Restoren tu.
Masa ni matahari hampir terbenam. Cuaca begitu indahnya.
Bila tala kamera ke Restoren tu memang cuaca dah nak gelap. Hah nun di sana restoren tu.
Sambil berjalan sambil posing. Kak Nam kena jalan slow-slow sambil di pimpin Kak Uda.
Ombak menghempas pantai dengan penuh lemah gemalai.
Bot-bot nelayan banyak tersadai di tepian pantai
Bila kamera di tala ke parking masih terang benderang lagi.
Mak Dara berposing sakan.
Air laut menghempas pantai menghasilkan alunan lagu yang gemersik bagaikan irama yang mendodoikan rasa. Chewah bermelankolik lah pulak. Masa ni air belum pasang lagi.
Rupanya ada mamarazi kidnap aksi aku menangkap gambar sunset.
Posing menahan pagar laluan.... hehehehe takdak keje cari keje.
Tu dia rupanya jauh juga sampaikan ada 2 hentian sebelum sampai.
Cahaya Malam sudah mula melatari alam semesta.
Akhirnya sampai ke restoren. Aku dan kaknoor terus masuk ke dalam. Nak tenguk ikan apa yang ada.
Banyak jenis ikan dan makanan laut. Kita orang ambil ikan kerapu seekor yang besar, Udang dan sotong. Terus order nak masak apa ikan, udang dan sotong yang kita orang ambil. Lepas tu tanya boleh masak asam pedas tak? Apa lagi ada ikan cencaru terus order masak asam pedas.
Restoren yang meriah apa bila malam menjelang.
Orang tak berapa ramai sangat. Sementara menunggu hidangan disiapkan sambil mennikmati alam sekeliling.
Berhenti je semua terus sibuk dengan gadjet. Malam ni rupanya final badminton Olimpik Rio antara Datuk Lee Chong Wei dengan Chen Long. Semalam semi final Datuk Lee Chong Wei lawan dengan Lin Dan tu yang kata Kaknoor dia tidur lambat tengok match tersebut. Tu yang pagi tu rasa macam pukul 8 tu pagi sangat sebab malam dah tidur lambat. Malahan kat sini juga ada screen puteh besar yang tayangkan game badminton. Masa kita orang nak makan ni game penentuan untuk gangsa.
Bila malam lampu begitu meriah .
Udang masak black peper.... sedap.
Sotong goreng tepung sodap.
Ikan masak sweet sour...... yummy
Akhirnya ikan cencaru masak asam pedas. Habis kuahnya di hirup tapi ikan tak habis. Nasib ambil 2 ekor je. Pekat dan sedap rasanya. Ada juga sayur campur. Apa lagi jom makan.
Selesai makan dah kenyang jom balik. Dah nampak tilam je ni. hehehehe Ya lah dah seharian berjalan dari pagi sampai malam. Nampak tak air sekeliling Restoran tu. Masa ni dah air pasang jadi separas dengan laluan pejalan kaki. Aku ngeri je kut kamera terjatuh dalam air huhuhu terbayang yang bukan-bukan lah pulak.
Kesian pulak pada Kak Nam sebab kena jalan jauh dari Restoren ke tempat parking.
Macam yang kita orang agak bila balik ke Desa Balqis melalui jalan kampung memang gelap mana ada lampu jalan. Tenang dan damai jalan kampung tak banyak kenderaan lalu. Bila masuk Desa Balqis nampak pejabat pentadbirannya masih terang benderang. Sempat berhenti ambil gambar opis dia.
Sampai rumah Kak Chik, geng yang ramai-ramai gathering petang tadi tu sedang buat sessi karaoke beramai-ramai. Entah pukul berapa lah habis mereka berkarok sebab sampai je rumah kita orang pun bersiap-siap nak tidur. Masing-masing dah penat, jadi ambil giliran untuk mandi dan solat.
Sementara menunggu giliran bilik air, buka tv tapi tv tak berapa jelas dan tak banyak channel. Dapat juga tenguk TV 1 siaran secara langsung badminton. Datuk Lee Chong Wei kalah tapi apa pun kitaorang salute dengan kegigihannya nak mendapatkan Emas bagi Malaysia. Tapi apakan daya bukan rezeki Malaysia.
Member seorang demi seorang rebah di pembaringan, aku pun sudah ngantuk.... apa lagi tidurlah ya. Orang karoake emmm tak habis-habis. 1 Desa Balqis berkumandang suaranya. Bunyi desiran ombak menghempas pantai begitu jelas di pendengaran kami semasa masing-masing punya kepala dah atas bantal.
Jom ngorok zzzzzzzzzzzzzz nyenyak sampai esok pagi. hehehehehe
cantiknya sunset.
ReplyDeletememang cair kita kan.
Kan memang rasa nak tenung je sampai lah habis panorama tersebut... jangan terus terjun laut udahle... hehehe
ReplyDeletecantiknya matahari terbenam di ufuk barat...telan ai lio tengok gambar makanan, seafood, seafood..bestnya..
ReplyDeleteKan asyik je tenguk sampaikan rasa tak puas. Makanan dia sedap tapi sebab dah penuh perut dengan 2 gelas air tembikai jadi memang santakle perut
DeletePerghh! Berzaman x dtg tempat ni...
ReplyDeleteWah zaman bila tu zaman tok kaduk ka...
DeleteTempat ni mmg sesuai sgt tgk sunset..
ReplyDeleteMemang syiok bila melihat cahaya ke emasan matahari sambil berangan sorang2 hahahahaha
DeleteSotong goreng tepung tu... Adehh...
ReplyDeleteSedap wa cakap lu memang merbeles
DeleteSaya baru jek pegi restoran ni pd 3/9.Meja dah ditempah dan sampai sane pukul 9.30 mlm. Semuanya 11 orang dewasa dan 3 kanak2 7, 3 dan 2 tahun. Pengalaman yg tak dpt dilupakan.
ReplyDeleteMasa nak order makanan, pekerja bgth yang ikan semua dan abh cume tggal kerapu dan jenahak.Kami pilih jenahak 2 ekor stiim dan 3 rasa. Kami order juga sotong goreng tepung, ketam 6 ekor masak telur masin, kerang 3 pinggan kecik, air 2 jug, 2 gelas air kelapa, syur kangkung dan kailan.
Semasa order juga kami diberitahu yang semua mseafood ni xboleh dipilih sebb ianya disimpah utk meja yang dh ditempah jek,maklumlah esoknye cuti lagi mestilah org ramai.
Dahlah tggu makanan punyelah lama, dekat pukul 11 baru sampai dan diberitahu yg tukang masak hanya 2 org sje dan mereka xsangka org ramai.Punyelah kami terkejut sebb restoran ni dan bertaun beroperasi xkanlah xtau bile public holiday 3 hari mstilah customer ramai. Macam xlogik jek. Maka makanlah kami dgn tenang sebb orang pun dh xramai. anak2 pun dah tido dan ade yg nanges.
Sampailah mase nak byr, saya msuk ke dalam utk byr. Alangkah terkejutnya bile diberitahu makanan tu berharga RM492 dan diskaun RM2, jdlah RM492. Nak xnak byrlah juge dgn muke ketat.
Kami selalu mkn seafood di restoran tapi pengalaman di sinilah yang paling tak dpt dilupakan. Bile kami tanya balik di kaunter dan mnta mereka terangkan makanan yg dihantar, baru kami tahu yang
-jenahak 2 ekor hampir 2 kilo
-ketam 6 ekor 2kilo lebih
-sotong goreng tepung dkt 2 kilo
Semuanya hnya utk 11 org dewasa makan. Pattla mase mkn byk lauk yg xabh. Apa yang kami terkilan ialah, semasa order xbg kami pilih dgn alasa ikan hanya telh disimpan utk kami tapi kami tidak dimaklumkan yg ikan itu adalah sgt besar. Byk restoran sblm ni jika ikan terlalu besar pekerja akan bgth jika ikan itu besar dan tidak dipilih oleh pelanggan. Bygkan juga ketam 6 ekor 2 kilo lbh dan sotong 2 kilo lbh. Semasa order pekerja mmberitahu yg semua seafood akan dipilih agak2 jmlah 11 org dewasa mkn. Adoi, cmner blh bg jmlah yg terlalu byk. Semasa makanan sampai pun kami dh terkejut dgn jmlah makanan tpi apa nak buat dh order.
Wahai peniaga restoran, jgnlah pikirkan keuntungan saje. tlglah ade nilai kemanusiaan smsa berniaga. Nasiblah ade duit lebih yg dibawa jika tidak malu jek. Jika makanan yg perlu dipilih, dipilih oleh pekerja, tlglah maklumkan pelanggan dahulu.
Sampai sekarang kami sekeluarga terkilan dgn harga makanan ini. Seolah2 mahu mengenakan pelanggan. Tapi mende dan makan, nak buat ape. Yg penting kami serik utk makan disini walaupun makanannya agak sdp tapi saya yakin ade lg restoran lain yg lebih sdp dan mempunyai nilai kemanusiaan.
Sekadar pengalaman peribadi seniri. .
Satu pengalaman yang tidak boleh di lupakan. Semuga menjadi satu ikhtibar di kemudian hari. Semuga tidak serik di tempat lain
Delete