Thursday, September 1, 2016

JJCM Melaka ke PD - Freeport A'Farmosa Outlet


Assalamualaikum,

Siapa yang ingat pada Kak Nam. Ala Kak Nam yang banyak hal semasa percutian kami ke Surabaya doulu. Ala yang banyak cerita terlajak laris dan adegan yang menggeramkan hati aku semasa percutian kami tu. Dah 2 tahun episod jenjalan kami berakhir dan baru-baru ni kita orang pergi lah jenguk dia kat rumah. Kesian kat dia. Walaupun kadang geram tapi mengenangkan kawan kan, apa lagi sejak sakit ni memang dah jarang join ulat buku gathering. Walaupun dah 2 tahun tapi penyakitnya masih belum sembuh. Walaupun dah kurang banyak tapi kalau jalan masih lagi slow dan tangan pula masih lagi kebas. 

Masa datang rumah tu, cerita punya cerita terbangkitlah kisah pasal asam pedas. Kononnya nak cari asam pedas sedap sudah semestinya lah ke Melaka. Itu yang timbul idea jenjalan ke melaka mencari asam pedas kononnya. Masa kita orang datang rumah Kak nam ni sebelum puasa. Jadi bila bulan puasa mestilah sibuk lepas tu raya lagi. Rupanya kak nam dah excited dengan idea kita orang ni. Dia nak join sama. Dah sibuk menanya bila nak pergi.



Jadi lepas raya bila timbul lagi cerita nak cari asam pedas ni,  nampak gaya kena realisasikan juga perjalanan ini. Cadangannya pergi melaka tidur semalam dan besoknya balik. Banyak tempat di melaka yang boleh di terjah selain dari cari port asam pedas. Mula-mulanya Kaknoor cadangkan penginapan rumah yang macam kat Australia tu tapi aku tenguk geng kicap dah pernah tidur kat situ. Cari punya cari aku ternampak Desa Balqis di Kuala Linggi. Yang best Desa Balqis ni sebab rumah tradisional, lepas tu sebelahnya pantai. 

Terbaca juga dalam blog geng John (Traveler backpacker tersohor tu)  depa pi menginap rumah balqis tu. Tenguk gambar memang cun semuanya. Jadi aku pun tanya geng boleh tak menginap di situ walaupun rasanya jauh juga dari melaka dan dah hampir ke Port Dickson. Harga pun boleh tahan juga. Rumah yang sesuai hanya rumah Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Chik. Best rumah ni sebab ada pangkin kat belakang dan bersebelahan dengan pantai. Dekat dengan kolam renang. (berangan je konon nak berenang kat kolam tapi dok syok bersantai sampai lupa nak balik). Ada juga rumah lain tapi bila di belek-belek ada tangga lah pulak jadi kureng sesuai lah kalau Kak Nam nak join sama.  Akhirnya kita orang pilih rumah Kak Chik. Tertarik sebab boleh santai di pangkin belakang bersebelahan dengan pantai.  

Lepas tu pilih tarikh pulak. Pening nak cari tarikh hujung minggu yang sesuai. Lepas raya kan banyak open house, jadi semuanya tak free. Habis hari minggu di selongkar siapa yang free dan tidak. Memang kiranya hari minggu, aku banyak tak free sebab ada je agenda. Mula-mula dapat confirm date akak aku nak menunaikan haji  bila tenguk date hari sabtu. Seminggu sebelum pergi, buat kenduri hari Ahad. Dah 2 minggu tak free, lepas tu ada buat reunion sekolah. Bila tenguk date hanya 20hb je free semuanya. Bila talipon Desa Balqis rupanya selalu penuh. Jadi kalau nak booking kat situ kena cepat-cepat bookinglah. Alhamdulillah rumah yang kami pilih tu ada kosong. Terus lah bayar deposit 50% untuk booking. 

Bila sampai tarikh kejadian pagi tu hujan lah pulak. Nasib baik sekejap je. Mula-mula plan ambil Kak noor dan Kak uda pukul 8. Sekali katanya awal sangat terus anjak ke pukul 9. Aku ok je ikut majoriti. Kalau keluar lambat, lambat lah sampai. Kalau cepat hah cepatlah sampai. Itu je konsep aku. Sekali setelah ambil Kak Noor dan Kak Uda, kena ambil Kak Nam kat Salak Tinggi, rupanya tuan puteri tak siap lagi. Baru bersarapan dengan suami. Kenalah tunggu. Aku pulak dah bawa bekal, karipap, keropok lekor dan air kotak. Kerepek pisang pun ada buat kudap-kudapan. Makan dalam kereta je lah sebab belum sarapan lagi. Fikir kalau tak sempat singgah piknik kat RnR. Tapi kalau dah gaya lagu ni huh makan dalam kereta je lah.

Kiranya masuk highway dalam pukul 10.30 pagi gitu. Jadi sampai simpang Ampat dah nak pukul 11.30 pagi. Mula-mula rasa emmm sempat ke ni nak terjah Ujung pasir, tapi alang-alang dah lalu singgah je lah. Balik KL besok tak lalu lagi sebab dah terus ke PD. Mula-mula tu kononnya kita posing-posing ambil gambar ye. Semua kata ok. Sekali masuk semuanya terus terjebak. huwaaaaaaa kempis poket beb.



Tenguk tu berapa punya banyak outlet. Sebenarnya besar dan banyak kedai tapi kita orang masuk yang bahagian depan je. Masa masuk ke tempat parking bila keluar dari kereta, tak perasan pulak yang aku dah parking jauh dari pintu masuk. Patutnya turunkan Kak Nam dulu tapi sebab rusa baru masuk kampung kan tercangak-cangak nak lalu mana, nak park mana, jadi tu yang terlajak. Dah tu kereta  belakang banyak pulak yang sama-sama masuk ke situ. Aku ni tak boleh kalau ada kereta kat belakang bila kita sedang tercangak-cangak nak cari parking kereta, memang nervous terus hah nanti entah mana-mana aku stop kang. Naya je. Apa lagi kalau kena dengan orang jenis yang tak sabar, sikit-sikit horn, lagi le aku jadi kelang-kabut. Rasa nak pelangkung je driver kat belakang... tak reti sabor ke...  hahaha sadis sungguh aku.. datanglah  pulak perangai samseng kampung dusun aku ni. hehehe

Jadi masa semua dah sedia nak masuk, Kak Nam kata dia boleh jalan slow-slow tapi rupanya jauh juga. Jadi lambatlah perjalanannya. Jadi aku dengan kaknoor pun pi lah jenguk kut ada disediakan kerusi roda. Alhamdulillah ada rupanya. Free tapi kena letak lesen dengan duit Rm 20 sebagai cagaran. Nanti duit tu dia pulangkan.


Lobi depan .... ada surau sebelah kanan dan juga ATM teller. Tu yang penting kalau fulus ngak cukup boleh lah pakat-pakat serbu  ATM. Rasanya CIMB teller lah tak ingat pulak. Sang harimau tak nampak bayang. 


Masuk je terus ternampak kedai Clarks... semua dah rambang mata. Kaknoor lah jadi penasihatnya. Sebab dia kata dia pernah beli kasut Clarks tu semasa pergi haji tahun 2007 dan tahan sehingga kini. Rosak sikit pun pi repair boleh pakai lagi. Lepas tu bila di bandingkan harga dengan di KL kat sini lagi murah apa lagi masa ni ada diskaun 50%. Semua pun rambang mata. Bior pun poket dah tengah bulan selepas raya pulak tu jadi korek lah mana yang ada. Hahahahaha janji hajat di hati tercapai.

Outlet yang ada. Tenguk je tak masuk pun.

Sedang mencari kasut yang berkenan di hati.


    Aku berkenan yang warna coklat berkilat tu sebab simple je untuk pergi kerja. Tapi cuba pakai, alahai  longgar lah pulak. Bagusnya sixe kat sini ada yang ikut size UK hah besor ko. Jadi bagi kaki yang macam gajah macam kaki aku ni memang sesuai le kalau nak cari kasut baru. hohohoho


          Antara kasut-kasut yang telah menawan hati geng-geng aku. Agak-agak manakah pujaan hati kalian.

    Akhirnya masing-masing membimbit satu beg. Kaknoor yang juara sampai 2 kasut. Aku terkenan kasut yang dia nak let go dan jual murah je. Tapi nasib-nasib lah kadang takdak size walaupun  dah berkenan. Kebetulan pulak yang aku berkenan ada size hah rembat 1. Dapat dalam Rm 90. Tak kisah le design dah lama ke apa janji aku suka dan murah.  Ada 1 adik promoter Clarks cukup suka  melayan kami. Tolong ambilkan gambar lagi bila masing-masing dah memborong.


Sebelah Clarks adalah Carlo Rino. Ikutkan tak boleh ambil gambar tapi aku curi-curi ambil. Kut ada design yang aku berkenan tapi tak beli bolehlah cari lain kali. Semua pun berkenan. Bayangkan daripada Rm 300 lebih  boleh dapat Rm 150 lebih. Mahunya semua rambang mata. Tapi kata Kaknoor ada design yang versatile tak pernah turun harganya. Semua pun korek kad kredit, tak pun ada yang jadi banker. Aku memang tak plan nak shopping pun,  apa lagi dah stand by duit untuk rumah Balqis jadi terpaksalah Kak Uda jadi banker aku. Nanti dah dapat balik duit hotel dapatlah aku bayar duit Kak Uda. 


      Antara beg yang aku berkenan juga tapi hanya cuci mata je. Yang design merah tu berkenan juga sebab besar.

       Yang warna biru tu pun suka juga sebab soft je warnanya. Teringat kat akak yang kat Mekah. Hari tu dia kata nak handbag baru. Nanti lah kalau balik kampung agak-agak teragak boleh lah singgah. Kut dapat rezeki lebih ke.

   
                    Yang warna purpel tu pun cun juga. Yang merah dan light coklat tu berkilat sangat. Tapi dalam tak cukup duit tu (ada duit tapi dah save untuk yang lain) sempat juga rembat 1 handbag. hehehehe tergoda aku tenguk harga yang menawan dan mampu milik kalau dalam keadaan biasa tanpa ada musim perayaan. hahahahaha Banyak sungguh alasan. Tapi terfikir juga kadang dah penat kerjakan,  beli sesuatu untuk hadiah diri sendiri untuk kepuasan diri. Walaupun mahal kadang berbaloi dengan perasaan kan. Itu kata aku. Apa yang penting ikut kemampuan lah ya.


                         Tenguk tu 50% diskaun mahu tak kelabu mata masuk sini.


                      Masuk sekejap dalam Hush Puppies ni tapi cepat-cepat keluar takut tergoda aku. hahahaha

Sakan Hush Pupies dan Obermain ni punya diskaun. 70 % beb.

Posing depan kincir angin. Sebenarnya kat belakang tu banyak lagi kedai tapi masing-masing dah puas hati. Tenguk tu dah berderet hasil tuaian kami. huhuhuhu koring poket beb.



Antara offer yang ada.

       Rupanya masa sembang-sembang dengan adik kedai Clarks tu offer ni sempena Hari Merdeka. Masa kita orang pergi ni adalah pada 20 Ogos 2016 dan offer sehingga 31hb sempena Hari Kebangsaan lah. Oleh kerana semalam kan Hari Kebangsaan jadi offer habis semalam lah. Sorilah ya lambat uar-uarkan. Takpe jimat duit hangpa semua. hehehe

       Selesai semua kita orang pun keluar. Oleh kerana Bluwy aku kan comel , jadi penuh le kat belakang Kaknoor dan kak Uda dengan beg-beg shopping. Bonet memang dah penuh aku sumbat dengan beg baju. Hantar Kak Nam kat kereta  lepas tu claim balik duit Rm 20. Masa ni keluar dah nak pukul 1lebih.

Masa mula-mula sampai dan  masuk Toll Batu Ampat, sebelum sampai traffik light selekoh ke A Farmosa nampak le kat tepi jalan orang berjualan. Nampak pulak buah belinjau ( opss buah Binjai lah). Jadi bila masuk balik highway untuk ke Air Keroh, berhentilah tepi jalan. Geram tenguk buah-buahan yang banyak. Masa ni sedang musim buah-buahan di Melaka. Aku ajak Kak uda dan Kaknoor turun , Kaknoor suka je manakala Kak Uda macam tak minat.


Nampak buah belinjau (opss buah Binjai salah info) , aku  cari yang manis. Katanya yang manis warna putih. Jadi apa lagi rembat 4 biji buah belinjau. Lepas tu nampak rambutan beli 2 kilo dalam Rm 10 rasanya. Boleh makan-makan kat resort nanti. Kaknoor pulak nampak kuih Deram dengan kueh bingka terus di rembatnya. Ada juga dodol baru di hantar emm macam sedap je tapi terfikir dah banyak jajan dalam kereta. Emm Tak payah le.

Selepas tu bila masuk Toll Air Keroh, aku terfikir kalau ke Ujung Pasir takut dah habis Asam Pedasnya sebab dah nak pukul 2 tengahari. Lepas tu kata Kak uda, kawan dia pernah pergi makan Asam pedas dekat Pasar Borong Batu Berendam. Berpandukan GPS phone kak Uda melilau le kita orang kat Batu Berendam tu. Sampai entah mana-mana je jalan yang aku masuk. Akhirnya bila nampak Pasar Borong napa sunyi huwaaaa rupanya di buka waktu malam je.

Perut dah le lapar tapi Asam pedas yang di cari tak jumpa. Nampak gaya, terpaksa le cari  mana-mana kedai makan belasah je lah. Sekali nampak pulak kedai Mak Gayah ke apa terus je kita orang masuk. Lauk dah nak habis. Ada Asam pedas tapi Asam pedas ikan pari. Depa tak makan ikan pari. Semua pun makan dengan hati hampa. Nampak gaya misi Asam pedas sedap tidak berjaya di nikmati. Walau pun hampa terpaksa skip kedai Asam pedas Pak Man di ujung pasir dengan rumah upside down kat melaka. Terus menuju ke Klebang.

       

25 comments:

  1. SALAM JUMAAT WAH SERONOKNYA JENJALAN N SHOPPING NOTIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat kak. Ala buat cuci-cuci mata kak.

      Delete
  2. belinjau ke binjai?

    ReplyDelete
  3. bestnye bershopping...byk diskaun....ke Klebang nak pi pekena coconut shake le tu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping memang best hehehehe ya betul itulah tujuannya menyinggah kat situ... padahal dah lama bebenor tak pi Klebang tapi dek kerana coconut shake femes sanggup pi terjah tapi huhuhu hampa berderet orang

      Delete
  4. Kak nam tu sakit apa? Simtom dia dah mcm SS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada darah tinggi dalam keluarga tapi tak pernah check Doktor. Sekali kena minor stroke kat JB, warded kat HSA. Minta balik rumah tapi bila kat rumah boleh pulak dok rehat kat rumah seminggu tanpa rujuk balik kat hospital. Sepatutnya admit kat hospital berhampiran.

      Dah seminggu rehat bila dah teruk baru nak pi check balik kat hospital hah masa tu saraf dah tarik kaki dan tangan dia. Dah tak boleh berjalan baru nak pi hospital Putrajaya emmm memang lah penuh, serdang pun penuh terus pi KPJ Shah Alam. Rasanya lama juga dok ward lupa dah. Lepas tu bila balik rumah tak nak buat exercise sendiri jadi lagi lah lambat nak baik. Begitulah lebih kurangnya

      Delete
    2. Aduhhh... SS skrg pon amik suppliment saraf...

      Delete
  5. Bag merah tu... Muat isi batu... Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr besor le batu yang kena di isi tu..... huwaaaaa rebeh bahu beb

      Delete
    2. Batu lesung... Senang main masak2... Ha ha ha

      Delete
  6. Replies
    1. Simpang Ampat le yang..... hahahahaha nampak je typo orang... hah ye lah nanti kita betulkan

      Delete
  7. Assalam kak notie lama x dtg sini, pe kabor

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.... sihat adanya. Maklumlah JM kan rerupis mesti busy bebenor... hahaha

      Delete
  8. Misi cari asam pedas mmg x kan berjaya lah kak notie kalau jam 10.30 baru kuar pastu sggah sopink bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha betul tu tapi kita ikut suara ramai... jadi terimalah hasilnya.

      Delete
  9. Drama kak nam di surabaya tu JM masih ingat, sudah 2 thn berlalu eh. Semoga kak nam cepat sembuh. Syukur kak nam dpt kwn2 yg boleh susah senang bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama berbabak-babak kan. Kita orang memang nak dia cepat sihat dan boleh berjalan seperti dulu tapi emm entah lah. Banyak songel nanti orang tak suka padahal kita ambil berat tentang dia. Jadi terpulanglah.

      Delete
  10. Dulu kami pun cari kedai pak man ujung pasir tu alhamdulillah jumpa walaupun sesat berkali, ayam pedas pak man terbaiklah so kak notie kena repeat tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nampak gaya kena terjah lagi ni sebab banyak tempat tak sampai...silap info dan sesat barat... hehehehe nasib baik tak sesat sampai JB. hehehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Kak notie sama cam JM jenis kuar awal leh sampai awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa kalau cepat keluar banyak tempat boleh terjah kalau lambat habis masa kat jalan je. Kita pulak bukan jenis merempit ikut kelajuan normal tu yang slow and steady je.... hehehehe

      Delete