Monday, September 5, 2016

JJCM Melaka ke PD - BUSTEL




Assalamualaikum,

Kita sambung balik misi mencari asam pedas ya. Setelah ku keciwa tak dapat terjah Kedai Asam Pedas tersohor di melaka, acara diteruskan juga. Selepas makan kat kedai Mak gayah terus lah pi Klebang. Jadi dari Batu Berendam tu kiranya merentas negeri Melaka separuh je lah. Maknanya tak payah turun ke bawah ke bandar Melaka. Terus menuju ke Klebang mencari coconut shake yang femes seantero dunia tu.

Selain daripada Asam Pedas kat Pasar Borong, terdapat juga kedai Asam pedas di Kota Laksamana. Kata Kak Uda,  kedai tu buka waktu malam dan dia dah pernah makan kat situ. Sebenarnya kedai Asam pedas tu banyak, cuma aku yang tidak tahu secara detail kedai mana yang sedap. Walaupun aku selalu ke rumah akak dan adik kat Melaka, manalah sempat terjah kedai makan sebab bila ke rumah Kak Nong je, Kak Nong dah sediakan masakan asam pedas. Bila dah makan kat rumah Kak Nong, mana lah dan nak ke kedai makan lain. Lepas tu terus balik KL. Jadi mana tempat makan best kat Melaka memang le aku tak tahu. 


Dah kenyang terus cari masjid nak solat. Nampak masjid ke surau tak pasti terletak di sebelah kiri tapi sebab kat traffik light dengan kereta bertali arus terlajak lah pulak. Nasib baik nampak stesyen Petronas, singgahle dulu kat situ. Tapi kesiannya bilik air takde air. Nasib baik ada pili air kat luar tempat nak ambil wuduk. Dengan panas cuaca di luar, air pun turut panas juga. Lepas solat emmm rasa nak bam bam je hehehehe. Perut dah kenyang dengan cuaca panas lagi emmm mata memang nak pejam je. Tapi sebab aku jadi pilot emmm tahan je lah mata. Jauh lagi perjalanan ni.

Lalu kat coconut shake fuyoooo orang ramai beratur. Nak berhenti , tapi bila tenguk ramai beratur semua pun kata tak payah. Tapi nampak ada kedai depan sikit dari tempat coconut shake tu, kita orang pun berhenti. Ada coconut shake dengan mangga shake. Lepas tu ada pisang goreng. Huh basahkan tekak sat. Duit makan kita bagi pada Kak Uda seorang Rm 100.  Jadi kita orang order Kak uda tukang bayor. hehehe. Lepas menyejukkan tekak ternampak pulak ada orang berjualan buah-buahan.  Nampak buah mata kucing bila test sebiji, sedap dan manis serta isinya tebal. Belilah sekilo. 


Tempat kita orang lepak tu sebenarnya dah dekat dengan Dataran Klebang. Jadi masuk lah Dataran Klebang tu. Rupanya tempat tu adalah tempat baru yang baru siap di tambak dan dijadikan pusat rekreasi. Macam-macam kedai jualan ada. Oleh kerana masa ni panas berdentum kita orang lalu je. Nampak jalan ke muzium kapal Selam tapi tak masuk pun. Nak tenguk Bustel. 

Berdekatan dengan gerai jualan tepi pantai tu tiba-tiba nampak signboard Bustel. Terus lah berhenti kat tempat parking depan dia. Pi jenguk tapi tak boleh masuk. Bustel pejabat dia bertutup dan pintu masuk pun tutup. Hanya penginap Bustel sahaja yang boleh masuk. Ia merupakan satu kawasan dimana banyak bas yang lama dan telah tidak digunakan di ubahsuai menjadi hotel. Oleh kerana tak boleh masuk ke dalam aku ambil gambar kat luar je. Jadi deko didalam tak dapat tenguk lah. 



        Kalau tenguk pada nama di bas adalah nama-nama femes di Melaka seperti Masjid tanah, Sg Udang, Bukit Katil. Aku tak kira pulak ada berapa bas semuanya yang di jadikan hotel. Sebab panas sangat jadi misi mengambil gambar secara tergesa-gesa. Depa semua tak turun sebab panas. Lepak dalam kereta ja.


Kalau di tenguk macam satu lengkungan bas dan di tengahnya ada lah Bas yang dijadikan pejabat. Ada pagar mengelilingi kawasan dan pintu masuk adalah melalui Bas yang dijadikan pejabat pendaftaran.  


Kalau ada sesiapa yang berminat nak menginap di situ hah tu dia no phonenya. Cuba lah call. 



Perjalanan di teruskan menuju ke Kuala Linggi. Sebelum hari kejadian jenuhlah aku tenguk map, laluan mana yang boleh aku lalu. Kalau ikutkan ada 2 laluan samada melalui tepi laut iaitu lalu kem Terendak dan terus naik ke PD. Akan sampai Pengkalan Balak ataupun satu lagi jalan terus ke Masjid Tanah, nanti akan jumpa simpang ke Kuala Linggi.  Oleh kerana tak pasti , terpaksalah  tanya member kat Melaka. Dia syorkan jalan yang terus ke Masjid tanah tu dan akan jumpa simpang ke Pengkalan Balak.  Jadi semasa lalu Klebang menuju ke Tanjong Kling nampak lah jualan tepi jalan iaitu cencalok dan belacan. Cencalok yang fresh dan belacan buatan penduduk kampung melaka memang sedap jika di buat sambal belacan ni. Campur dengan Buah Binjai fuhhh sodap. Jilat jari makan.


 Selepas lalu Tanjung Keling lepas tu Tangga Batu, akhirnya sampai ke Pekan Sg Udang, nampak lah  Melaka Oriental Fruit Farm. Terus berhenti sekejap. Kita orang nak cari mangga, nak layan dengan rojak Mak Bee. Makan kat pangkin dengan dodoian bunyi air laut menghempas pantai. Tapi mangga  tak ada pulak jadi tenguk buah-buahan yang lain yang banyak.

Kak Noor nampak belimbing terus beli sekilo. Aku pulak geram je tenguk buah-buahan yang ada. Beli manggis 2 kilo, Dukong 2 kilo. Chempedak tu baru je sampai jadi belum masak lagi. Kalau dah masak ada juga aku beli  sebiji. Tak payah di goreng makan mentah je gitu. Sekali rupanya kita orang lupa bawa pisau. Rojak Mak Bee entah ke mana, buah belimbing pun entah kemana.

                 Geram je tenguk buah durian. Ni katanya durian dari Jasin. Besor-besor ko. Sekilo entah berapa RM lupa pulak. Budak cina perempuan yang jual tu siap offer bungkus dalam plastik kalau susah sangat nak kopek selepas beli. Aiseymen. Ikut hati memang teringin nak beli dan makan tapi sebab jauh lagi ada pulak kang pengsan semua sebab semerbak bau Durian dalam kete aku.

Tenguk tu dah penuh tangan aku dengan buah Dokong dan manggis. Nak juga posing dengan Raja Buah. Oh durian nangis aku tenguk. Kalau lah boleh kopek dan makan kat situ memang aku terus silang kaki duduk makan dengan senang hati. Ini sebab perjalanan jauh lagi emmm terpaksalah ku lepaskan dengan tanpa rela ku. hehehehehe Relakah kau pujuk Oh durian Oh durian.  
   
   Yang aku bengang tu Kak uda lah. Bila tanya nak beli buah macam-macam katanya. Tak makan lah tak suka lah. Huh aku pulak memang suka buah-buahan tempatan ni. Jadi bila dah orang kata tak suka takpe lah. Aku nak makan aku belilah. Lagi pun tengah musim buah-buahan kan jadi belilah. Saje je banyak olahnya sebab malas nak turun dari kereta. Bila dah beli dalam kereta aku kata wah baguslah Kak uda tak suka buah-buahan sebab saya boleh makan banyak. Saja je cakap macam tu nak tenguk nanti makan ke tak buah-buahan yang aku beli semuanya. Kwang kwang kwang. Aku suka je kalau makanan yang aku suka tu tak ramai peminatnya sebab boleh aku belasah sorang-sorang sampai puas , kalau dah semuanya tak minat. hehe tamakkan aku.

 Akhirnya bila nampak ALAM ( Akademi Laut Malaysia) wah dah tak jauh dari Desa Balqis. Akhirnya nampaklah pintu masuk. Sampai je terus berhenti di rumah pertama sekali kami jumpa bila masuk kedalam,  yang depan pintu pagar yang merupakan tempat pendaftaran. Sampai je ada seorang perempuan nak tutup pintu. Dia ingatkan aku lambat sampai. Wah nasib baik. Rupanya perempuan tu tunggu aku. Calling-calling phone aku, aku  tak jawab. Tak dengar dan sedang sibuk cari jalan. hehehe. Nak tanya samada jadi atau bila nak sampai.

 Alhamdulillah akhirnya sampai juga Desa Balqis. Bayarlah baki duit rumah, dan ambil kunci rumah. Rupanya yang aku contact tu admin Desa Balqis di KL. Yang di melaka aku takde no contact. Patutlah bila talipon wani (petugas Desa Balqis) yang aku deal booking sebelum ni dia tak angkat. Sebab rasa dah lambat nak informlah yang kita orang sampai lambat sebab check in pukul 2. Apa pun budak admin tu peramah. Sempat lagi aku bercerita pasal Freeport A-Farmosa yang tengah sale tu. Dia boleh tanya aku kat mana. Aittt Kuala Linggi dengan Simpang Ampat tu bukannya jauh benor. hish hish Macam tak pernah kuar kampung je.


Lepas ambil kunci moh lah kita masuk ya. Jauh juga rupanya masuk ke dalam. Tapi dah nampak dah rumah Kak Chik yang kita nak dok. Nasib baik ambil tepi dan dekat dengan jalan ke tepi pantai. Oleh kerana tempat parking khas jauh hah ko aku parking depan rumah. Lepas tu bila nampak pekerja dia terus mintak izin park depan rumah sebab ada kawan sakit.
.


Jom masuk Rumah Kak chik.... kita sambung lepas ni hehehe

9 comments:

  1. salam notie, sukanya catatan perjalananmu. Musim buah sudah tiba. Cuti sekolah pun sudah mari. Satu waktu teringin jua ke Melaka itu, menjejaki Laksmana Hang Tuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.... wah orang jauh dah lama tak muncul. Sekarang memang banyak buah merata-rata orang berjualan. Jom lah Kak mon datang melaka macaam-macam misi boleh di buat... hehehehe

      Delete
  2. MUSIM BUAH MMG SUKA MKN BUAH TEMPATAN YG FRESH NI...RUMAH BALQIS NAMPAK SELESA KALAU BERCUTI KE MELAKA NK TRY CARI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan kak. Saya memang suka sebab tu selalu rasa macam-macam nak tanam kat belakang rumah mak saya di kampung. Rumah Balqis tu memang best. Boleh pergi anak beranak rehat-rehat. Kena booking awal sebab katanya selalu full.

      Delete
  3. bestnya..macam2 buah-buahan tempatan..Kak Uda tumpang makan juga ke..kui, kui...nampaknya kena gi awal le coconut shake klebang tu, ramai no pelanggannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bila banyak buahan tempatan sedang bermusim. kita suka kita suka. hehehehe Kak uda makan juga lah.... banyak je songeh itu ini at lasst semua dia belasah. Coconut shake tu kat mana tah saya baca dia buka pukul 11 hah masa tu kalau datang tak ramai orang sebab baru buka kedai... Jom terjah

      Delete
  4. Buah manggis tu... SS x reti cemana nak makan... Adehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrrr apa susahnya. Pulas buah tu atau kopek lepas tu masuk mulut.... sedap tau rugi tak reti makan

      Delete