Alhamdulillah tengahari tu kita orang pun ke rumah Eila makan nasi minyak. Tujuan utama kan nak menghadiri majlis persandingan penulis Kaki Novel Eila Sahimi. Eila menikah pagi tu tapi kita orang tak pergi sebab malam dah tolong rewang kan. Lagi pun sepagi tu Sue dah bawa kita orang merayau bandar Ipoh. Jadi lepas majlis je nak terus balik KL lah.
Kita orang sampai sesuai je timing sebab pengantin lelaki baru je siap sedia nak menyerang rumah pengantin perempuan. hehehehehe apa pulak ayat ganaz nak menyerang padahal nak naik pelamin menjadi Raja Sehari beb.
Ni lah pertama kali kita orang tenguk husband Eila. Sebelum ni Eila cerita je tapi rupa bayang orangnya pun tak nampak. Secret sungguh. Nak maklum kat kita orang pun main bisik-bisik dalam washap group. Tu pun baru tau kalau che Abang tu selang beberapa pintu ja dari rumah Eila. Pak we depan rumah je....alahaiiiii sonang jo... bila balik raya tak gaduh nak pi mana. Bosan lepak rumah mertua jalan kaki ja dah sampai rumah mak bapak sendiri je. hehehehe. Kiranya sesuai kedua pengantin diri sama tinggi, duduk sama rendah. Rumah 1 taman je.
Depan kanopi pengantin perempuan menunggu che abang dengan senyum simpulnya. hehehe
Akhirnya pengantin beriringan bersama-sama berjalan berdua-duaan di apit pengapit kiri dan kanan. Skema sungguh ayat aku. ahaks
Pasangan yang secucok dan sepadan
Macam-macam gaya orang ambil gambar pengantin.
Iejay juga yang relaks je lepak kat kerusi bawah pokok dengan hadiah , menunggu pengantin beriringan masuk terus ke pelamin. Hadiah tu kita orang share bersama.
Sikit punya banyak kanopi yang di sewa... panjang ko...jemputan pun ramai...orang tak putus-putus datang
Meja pengantin warna pink.
Pengantin masuk rumah nak naik pelamin, kita orang pun cari tempat kosong nak makan nasi minyak. Nasib baik ada tempat.
Lauk-lauk dia nampak sedap je semuanya. Rendang tok pun ado. Kerabu dia pun sedap.
Sayur rebus cecah asam sedap ni.
Lauk dia macam-macam ada. Bubur kacang ado, laksa pun ado. Kuah laksa tu malam tadi dia masak semerbak je baunya sebab masak dekat dengan tempat kami rewang malam semalam.
Iejay layan laksa asam. Ada port tertentu untuk makanan tertentu yang di hidangkan. selain daripada lauk pauk utama. Tapi sebab dah kenyang makan nasi minyak temankan iejay rasa laksa dia. Sedap kata iejay. Ada juga rojak buah. Rumah jiran Eila jadi port makanan tertentu.
Nak ambik gambar dengan pengantin di meja pengantin. Hah sanggup ko bersempit-sempit pi belakang pengantin.
Lain sungguh muka eila bila dah bersolek, selalu sempoi je . Memang cantik dan berseri-seri pengantin.
Kita orang masuk dalam rumah nak tenguk pelamin. Masa ni pengantin sedang menjamu selera. Depan pintu masuk ada pulak rombongan bermain alat muzik. Aku tak pasti pulak ini dinamakan apa?
Bunga telur hasil keras tangan Eila..lawa juga pandai eila buat dan gubah
Eddy dan Eila...pasangan Raja Sehari
Sanggup tu bersempit-sempit belakang penganti sebab nak bergambar ramai-ramai
Dah selesai makan nasi pengantin, ambil gambar atas pelamin, last sebelum balik bergambar sekali lagi dengan pengantin semasa pengantin bersalam-salaman dengan jemputan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Dapat bersama pengantin memeriahkan majlis. Selesai semua sebelum balik bersalaman dengan mak dan keluarga Eila. Salam juga dengan Sue dan Rin sebab kita orang nak terus balik KL manakala Sue dan Rin balik KL besoknya. Rin sambung tidur rumah sue lagi sebelum balik bersama adiknya.
Kita orang pun berpisah. Sue ke Ipoh manakala kami terus lalu jalan lama balik ke KL. Sebelum tu singgah kat stesyen Minyak. Tukar baju dan solat. Selesai semua perjalanan balik di teruskan. Eijay lalu jalan lama memang bestlah. Macam-macam pemandangan kampung yang kami lalui.
wahhh!!! special tu ada sayur rebus cicah2 gitu.. rare lah ye.
ReplyDeletesedap sekali cecah dengan air asam...memang sedap dengan makanan tradisional perak
DeleteCantik pengantinnya Sama cantik sama Padan
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga jodoh pengantin berkekalan till jannah.
DeleteComey pengantin....
ReplyDeleteSs kalau jadi pengantin pun nanti comey juga
DeleteKalau je is sempoi pas makeup muka mcm artis tau 😬
ReplyDeletehehehehe JM kan retis tersohor
Delete