Apa pun buat kawan-kawan semua masih sempatlah kan aku ucapkan Selamat hari Raya....maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ok.
Beraya ke rumah Mak Itam
Ok aku nak cerita raya pertama keluarga anak-anak Wak Dolah dan Wak Saipah menyambut raya di Bakri. Walaupun aruah mak aku meninggal tahun 2013 tapi atas arahan Kak Long aka Kak Ijah, kita orang tetap teruskan tradisi menyambut raya di Bakri. Jadi walaupun sedih raya pada tahun 2014 kerana pertama kali beraya sebagai anak yatim piatu... kehidupan haruslah di teruskan. Jadi seperti tahun sebelumnya raya pertama mesti kat Bakri. Tapi kedatangan masing-masing bergantung kepada keadaan. Kadang pukul 2 dah sampai, kadang dah nak magrib baru sampai. Kak Ijah awal-awal lagi dah tunjuk gambar dia terbaring kat sofa sebab mabuk...maklumlah selepas bulan puasa yang kadang tak ada selera nak makan jadi bila sebulan selera kurang tu yang kadang tiada tenaga bila raya menjelma.
Mana yang sampai awal tu jenguk lah rumah Mak Itam. Tu lah satu mak saudara belah bapa yang ada. Kalau sebelah mak tinggal Paman Yasir kat gersik. Busu wang pula masa bulan puasa baru ni meninggal.
Semasa sibuk-sibuk bentang sejadah nak solat magrib ramai-ramai tu tiba-tiba ada kereta besar 2 biji menjalar masuk rumah mak....lah siapa pulak tu. Rupanya anak Busu wang datang beraya. Tapi kesian lah pulak sebab sampai dah magrib. Kat depan yang lelaki dah sibuk semuanya bersiap sedia nak solat berjemaah. Jadi yang kat dapur siapkan lah hidangan. Lepas solat bolehlah hidang untuk tetamu yang datang. Tetamu yang datang tu kesian juga sebab tak dapat layanan sempurna dari kami. Tapi bagus juga anak Busu Wang datang berkunjung sebab semasa aruah mak ada, dia orang selalu datang berkunjung.
Selesai solat magrib kita orang buat juga tahlil. Jadi bila selesai je tahlil isyak pun masuk. Selesai solat berjemaah isyak, dah malam kan jadi semuanya serbu ke dapur. Makan juadah raya dari dapur yang berlainan almaklumle air tangan berbeza walaupun nama juadah sama. Akak-akak aku datang semuanya bawa mangkuk tingkat. Malahan Kak nong kadang buat tapai pulut lagi. Tapi tahun ni emm macam tak ada je.
Acara Tahlil
Selesai semuanya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua. Acara cabutan bertuah, bagi duit raya beramai-ramai. Ada agenda baru pula kali ini. Bila ada yang edar mangkuk kupon. Rupanya Bantuan Rakyat 1 keluarga (BRIK) seorang akan dapat samada gula atau sepaket milo. Kalau 5 ahli keluarga hah banyak juga tu dapat.
Pembahagian BRIK....bantuan rakyat 1 keluarga.... Jaki aka Ninja Tua collect kopon manakala Hisham tukang bagi gula sepaket atau milo sepaket , bergantung kepada kopon yang di cabut dari dalam kotak.
Yang si kecil ni sukalah sampaikan ada tu yang sampai tak cukup tangan nak pegang sampul duit raya. Macam-macam keletah yang timbul.
Anak saudara dan cucu saudara banyak lelaki daripada perempuan.
Lepas tu cabutan duit raya kategori anak dan cucu. kali ini Kategori anak dapat pada orang melaka iaitu Shida (isteri Ijan) dan Mar (isteri Azli) manakala cucu pula dapat kat Baby (anak pit) orang parit sulong dan lagi sorang aku lupa namanya. Mana yang dah dapat tahun depan nama gugur diganti dengan orang lain yang belum dapat. List nama kan ada jadi tunggu lah nasib kut ada rezeki tahun depan dapat duit raya keluarga. hehehe.. ala buat ni pun suka-suka. Tapi semua seronok dan takde bangkangan pun bila kali pertama di wujudkan cabutan duit raya ni. Ni semua idea Kak nong dengan secretarynya julie. Tahun ni tambahan kategori BRIK pula iaitu Bantuan rakyat 1 keluarga. Tahun depan kata Kak nong nak buat kategori Anak saudara sulong dan anak saudara bungsu dengan cucu sulong dan cucu bungsu.
Selesai acara didalam rumah semua pun keluar tenguk bunga api. Hah berdentum dentam juga le depan rumah dengan mercun yang Orang Parit Sulong bawa. Yang kecil-kecil main bunga api.
Selesai acara, akak-akak aku pun balik ke rumah masing-masing. Kak Ijah balik Parit Sulong Batu Pahat. Kak Limah balik Parit Bunga. Kak Jal balik ke Tangkak. Manakala Kak nong balik ke melaka di Bukit China. Adek pun balik sebab Mak mertua dia sakit dan tinggal di rumah dia. Tapi kerana nak raya ni Akak Shiba yang jaga sementara Adek dan Shiba sekeluarga balik Bakri.
Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi semua adik beradik seperti tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan ikatan keluarga kami tetap utuh sampai bila-bila. Aamiin.
SALAM LEBARAN NOTIE SUKA BACA N3 NOTIE..KELUARGA OTIE SGT AKRAB SILATURAHIMYA MESRA N BHGIA
ReplyDeleteAlhamdulillah kak bersyukur sangat dengan ikatan ukhwah yang terjalin ini. Masa raya hari Kak Ijah cerita sebelum aruah bapa meninggal pada tahun 1995 dia berpesan pada akak sebagai anak yang sulong supaya sentiasa bersatu hati tidak kira apa juga yang di lakukan. Jadi Kak Ijah sebagai akak yang sulong memegang amanah pesanan aruah bapa supaya sentiasa berkumpul adik beradik. Tu yang bila dah lama tak balik kampung kita orang up idea nak buat itu nak buat ini. Siapa yang free boleh join. Jadi pada saya jarak dan masa tidak menjadi masalah asalkan ada je agenda balik kampung kami buat.
DeleteMeriah sungguh nampaknya .. syabas.. tetiba teringatkan Gua Kelam .. tak sempat macing hari tu.
ReplyDeletePak Ngah Gua Kelam boleh mancing ke. Ikan tu nampak ke umpan yang di hulur.
DeleteMeriah sungguh nampaknya .. syabas.. tetiba teringatkan Gua Kelam .. tak sempat macing hari tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah kita orang cuba untuk selalu buat acara macam ni.
DeleteMeriahnyaa.. suka tengok ramai sanak saudara..
ReplyDeletewalau mak pak dah tak ada still rapat ye..
sebenarnya bila dah tak ada kedua ibu bapa akak yang buat cadangan macam tu. Supaya kami adik beradik saudara yang ada tidak renggang ukhwahnya. Padahal sepatutnya idea ini di wujudkan semasa aruah mak ada lagi kan supaya aruah mak rasa gembira melihat anak-anak serta cucu dan cicit ramai-ramai menjenguk dia. Al fatihah buat aruah mak dan bapak atas didikan yang baik selama ini buat kami adik beradik.
DeleteSS dah tak dapat nak rasa kemeriahan raya macam dulu... Masing masing dah ada haluan...
ReplyDeleteSabar lah. walaupun tidak dapat sambut raya meriah seperti dahulu...kita masih boleh cipta kemeriahannya sendiri kan. Mudah-mudahan satu masa nanti keluarga Ss akan menyambut kemeriahan raya seperti dahulu walaupun tanpa ayah dan bonda
DeleteTumpang seronok tengok family Ah Kak... Mesti kecoh kan time raya... He He He..
ReplyDeleteBila dah ramai-ramai memang kecoh. Nak makan ambil sendiri dah berhidang semuanya. hehehehe
Delete