Assalamualaikum...
Alolo raya dah habis aku punya cerita raya bukannya banyak sangat tapi terlajak pula ke bulan Zulkaedah. Orang dah sibuk-sibuk nak pergi menunaikan fardu Haji aku punya cerita raya tak habis lagi. Alahaiiiiiii sori berlori lori lah ya. Ok kira penutup bulan Julai lah ya aku cerita kisah raya aku. Tadaaaaaaaaaa
Raya ke 2
Selepas mak meninggal tahun 2013, tahun 2014 kita orang start berkunjung ke rumah paman Yasir kat Gersik. Kiranya orang muda berkunjung menjenguk saudara yang tua. Tapi sebelum tu singgah rumah Kak ijah dulu kat Parit Sulong barulah terus lalu Pagoh ke Gersik. Kamera aku rosak lepas balik dari Perak dulu tak sempat repair lagi kat kedai jadi takde le gambar beraya. Ni pun sebab banyak dari gambar dalam whatsapp keluarga yang aku letak.
Beraya rumah Kak ijah dah tengahari jadi sudah semestinya makan tengahari lah. Tapi masa kita orang sibuk-sibuk nak keluar rumah, datang pula Kak Fauziah menantu aruah Chik Thah sekeluarga datang beraya. Semalam masa Ina datang beraya 1 family dia ada cerita yang Kak Fauziah nak balik muar tapi talipon Zizah tak jawab-jawab. Tapi ayat dari Kak Fauziah yang Ina ceritakan ialah cadangan Kak Fauziah nak tumpang tidur rumah kita orang seandainya Zizah tak jawab jua. Mereka ni semua keluarga Mak saudara aku Chik Thah yang rumahnya sebelah je ni. Sejak Aruah Chik Thah meninggal, rumah pusaka Nas dan Zizah yang duduk. Kak Fauziah tu kiranya menantu sulong dan Ina tu walaupun anak angkat dah macam anak yang bungsu lah. Kita orang dah susah hati juga seandainya Kak Fauziah sekeluarga nak tumpang tidur sebab takut tak cukup ruangan. Almaklumle keluarga adik beradik aku yang balik beraya masih ramai.
Rupanya Kak Fauziah tumpang tidur rumah kawannya di Parit Bunga bila Zizah tak jawab-jawab panggilannya. Kalau Zizah tak jawab macamana Kak Fauziah nak tumpang tidur rumah pusaka Chik Thah.
Jauh tu dari Pahang ke Muor. Patutnya Kak Fauziah tu dah tahu Zizah perangainya macamana booking le siap-siap homestay kat Batu 5 tu, ni dah last minit dah tentulah semua homestay penuh. Kadang kita orang adik beradik pun pening layan kerenah anak-beranak Aruah Chik Thah. 3 beradik je tapi yang tua dan no 2 tak ngam.
Ok sambung cerita beraya rumah Kak ijah yang tergendala tadi. Pukul 3 kita orang bergerak ke Gersik pula. Lalu Pagoh masuk Panchur dan lalu jambatan merentasi sungai muar terus ke gersik. Dulu masa jambatan tu takde terpaksa lalu bandar muar baru boleh ke area Sg Mati, Serom , Bukit Gambir dan Gersik. Sejak ada jambatan merentasi antara tebing Bukit Gambir dan tebing Panchur senang dah. Tak payah pusing keliling bandor muar baru sampai ke Gersik.
Paman Yasir dah tak berapa sihat sangat. Berjalan pun pakai tongkat tapi masih lagi kenal saudara mara. Manakala Bik Samilah pula dah mula ingat-ingat lupa. Kalau berbual pun nanti dia tanya semula ayat-ayat yang mula-mula kita tanya. Bila tenguk Pakcik dan Makcik aku macam tu kesian sekali. Dah lah tinggal berdua ja. Masa raya memang le semua anak beranaknya balik. Tu yang Kak Miah sedang cuba nak mohon balik ke kampung mengajar di Gersik. Supaya senang jaga Paman Yasir dan Bibik Samilah.
Bila sampai rumah paman macam biasa menu macam makan tengahari. Padahal dah petang masa tu. Sembang dan makan-makan pukul 6 kita orang pun balik. Sampai Bakri dah magrib.
Raya ke 3
Raya ke 3 pula kita orang pusing rumah adik beradik yang lain di muar dan di melaka. Rumah pertama sekali rumah Kak Limah di Tanjung Agas. Kak Limah buat soto siap dengan bergedil lagi. Lepas tu sambil bersembang kita orang ajak kak limah lah pula raound bersama. Anak-anak buah aku Meri dan har ada lagi. Boleh lah bawa kedua mempelai Akak dan Abang ipar aku berjalan. Abang ipar aku Cikgu Selamat ni kalau berjalan kadang tak suka nak ikut. Tapi alhamdulillah sejak semenjak ni bila kita orang ajak jalan hendak pula dia ikut. Selalunya beri izin kak limah je join kita orang beraya.
Macam serupa tapi tidak sama. Sebenarnya ni sebaya tau cuma lain bulan je. Cucu Kak limah ada sekali tu 3 orang sekali, sebaya cuma lain-lain bulan. Cuma cucu anak yang bungsu je terlajak tahun. Bersama pula dengan Anak Jol. Kiranya masa raya tahun tersebut masing-masing terbuyut-buyut bawa perut. Yang mula bersalin Meri selang sebulan Jaja (isteri Jol) lepas tu Izan (isteri Har) dan akhir tahun Meria. Dee pula masuk bulan jan ke feb gitu.
Lepas pergi Tanjung Agas, kita ke tangkak pula rumah Kak Jal. Layan nasi himpit, kuah lodeh, rendang tak pasti ada ke tak. Sedap layan puding berkuah je. Kak ijah lambat sampai, kita orang dah ke melaka pula. Ke Taman Sri Duyung. Tetamu Kak Ijah ramai sangat datang berduyun-duyun sampai tak boleh gerak keluar beraya dengan adik beradiknya.
Ini lah kak Limah dengan cikgu Selamat serta anak sulungnya Cikgu Merina. Rupanya Abang Selamat naik kereta Har manakala Kak Limah naik kereta Meri. Dah berasing kenderaan bila Meri lambat sampai abang Selamat dah tercari-cari belahan hatinya. Alahaiiiiii. Lain kali kena cakap dengan anak-anak Kak Limah lah jangan pisahkan mereka berdua. hehehehe
Setiap kali ke rumah Ijan ni mesti salah masuk jalan. Kena cari pintu belakang rumah Adek baru nampak jalannya. Shida seperti biasa masak Mee Kari. Ada juga menu lain. Macam mee sup tapi mee dia tu tak pasti mee apa. Layan makan kat gazebo Ijan ni memang best lah.
Menu rumah Ijan.
Sambil makan sambil bersembang di luar rumah. Seronok duduk kat gazebo luar tu. Tanam pokok anggur tak buah-buah, entah bila lah dapat rasa.
Tangga batu ala-ala tangga rumah melaka hasil tangan Ijan. Rupa-rupanya menurun juga skil tukang menukang aruah bapa ke anaknya.
Selepas rumah Ijan kerumah Adek pula. Oleh kerana Shiba menjaga maknya yang uzur jadi Adek order Pizza Hut untuk tetamu yang datang. Apa lagilah anak buah serta cucu saudara aku memang suka lah.
Adek dan Ijan beli rumah dalam Taman yang sama cuma beza tahun pembinaan je.
Dan akhir sekali rumah Kak nong di Jalan Laksamana Cheng Ho dekat dengan Bukit China. Wah rasa penuh juga perut ni sebab sampai 5 rumah beraya. Ala makan sambil bercerita hal adik beradik le. Kalau tak bukannya selalu dapat beramai-ramai macam ni.
Selfie beramai-ramai......kalau dah ramai-ramai ni macam-macam je agendanya. Atok, anak, cucu semuanya sama je bila dah ramai-ramai. hehehehe
Hari ke 4
Kampung aku masih lagi mengamalkan marhaban. Selalunya setiap tahun start raya ke 2 dan mengambil masa 3 hari untuk giliran kampung Batu 6. Kali ini jadual rumah mak hari ke 4. Kali ini kita orang buat Roti John. Sambil beraya ke melaka sempat lagi cari roti, nak buat roti John sebab kat Bakri takde jual. Resepi adik ipar aku lah yang masak. Terer juga Jaja, hanya tenguk resepi kat internet dah boleh jualan Roti John secara dalam talian. Siapa order boleh di hantar sampai rumah. Kadang buat nasi Ambeng, kadang Roti John bergantung kepada permintaan. Boleh tahan juga laku. tapi penghantaran cuma area Batu Pahat je lah. Kat muar..... huhu jauh nak hantar.
takpe raya dah habis pun.. kemeriahan tetap dirasa =)
ReplyDeleteMeriah tetap meriah apabila semua dapat berkumpul. Terima kasih datang menjenguk
Deletebetul tu, raya dah habis pun kemeriahan ttap dirasa
ReplyDeleteRaya sebulan kan katanya. Tinggal memori kenangan berhariraya je yang tinggal
DeleteSERONOKYA BERAYA BERTEMU SANAK SAUDARA
ReplyDeleteAlhamdulillah kak hariraya dapat berkumpul beramai-ramai memang seronok
DeleteBest kan raya... tapi SS dah malas... ha ha ha
ReplyDeleteAlhamdulillah.... takpe kemeriahan raya hanya kita yang rasa.
Delete