Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang kenal penulis Kakinovel Areila Sahimi. Ala yang novel Yes Boss dia tu yang di adaptasikan ke drama yang mana Fahrin Ahmad dan Emma Maembong jadi Hero dan heroin dia. hah tu lah yang jadi intipati kita orang ke Ipoh pada kali ini. Sebenornya nak menghadiri majlis persandingan Eila yang di buat pada 26hb Ogos 2017 seminggu sebelum raya Haji. Sambil tu jalan-jalan lah sekitar Ipoh ni. Sue NB Kara dapat jemputan dan nak pergi juga jadi kita orang adalah port untuk bermalam di rumahnya.
Majlis persandingan Eila pada hari Sabtu jadi hari Jumaat kita orang ke Ipoh. Dah jenjalan sekitar Gunung Lang, dah JJCM sekitar Ipoh kununnya malam tu nak tenguk rumah pengantin. Sekali sampai tenguk banyak benda belum buat lagi apa lagi lah terus lah kita orang rewang sama. Emmmm aku part rewang rumah pengantin memang le seronok sekali. Apa lagi kalau dah ramai-ramai ada je cerita.
Masa nak sampai rumah eila makan langsat juga sebab masa sedang cari jalan terpisah daripada kereta sue jadi eijay macam sesat barat juga nak cari rumah eila. Almaklumle dah malam masa tu. Tapi akhirnya dapat jumpa. Bila tenguk kanopi banyak hah ni mesti rumah pengantin. Masa sampai tu saudaramara eila ramai kat depan rumah. Nampak depa masukkan gula-gula dalam plastik kecil untuk tetamu comel.
Hah nampak tu macam-macam jenis gula-gula ada berwarna warni gitu. Apa lagi kita orang pun dah jumpa famili Eila, dah sembang-sembang terus je lah singsing lengan, duduk kat lantai menolong. Buat part godies ni memang kita orang suke bebenor. hehehehehe
Meriah juga majlis nya almaklumle baru pertama kali buat majlis. Lepas tu Mak Eila ni berniaga jadi ramailah jemputannya. Balai kanopi dia banyak juga. Kata Eila orang taman dia bab kerja kahwin alhamdulillah bagus pakatannya.
Masa ni lah baru pecah rahsia rupanya bakal suami Eila emmm jiran depan rumah walaupun tak direct tapi jiran dekat le juga. Selang beberapa pintu. Rasanya ada novel eila yang pasal bergaduh dengan jiran depan rumah...tapi aku dah lupa tajuk dia. Sebab bila kata suami jiran setaman macam dejavu teringat novel eila sebelum ni. Rupanya dia dah bagi hint pakwe dia dalam novel. Orang pandai menulis kan boleh je nak cerita tentang kisah-kisah cinta dolu-dolu.
Selesai sessi bungkus godies kita orang di jemput makan malam. Walaupun petang tadi dah melantak satay Endut dan sup mamak tapi bila tenguk masakan Mak Eila lauk kampung je emmmm terus rasa lapar balik. Masa ni kamera aku dah kiok jadi takde lah nak ambil gambar masakan mak eila. Tapi sedap sekali almaklumla keluarga mak eila dan makcik-makciknya pandai masak. Ada rendang tok resepi tradisional orang perak...lepas tu ada sayur betik masak air....fuh sedap ko....menambah-nambah kita orang. Walaupun masakan kampung je tapi emmm memang sedap.
Pelamin yang simple tapi cantik.
Manakala yang didalam rumah pula masukkan telur masin dalam bunga pahar. Lepas tu susun depan pelamin.
Pengantin tenguk je. Tu pun inai belum pakai lagi. Besok dah nak nikah.
Lepas makan kita orang sambung pula isi bekas telur. Untuk tetamu special dapat gelas kaca dengan telur. Hah beg pun special. Jenuh lah kita orang menyusun selepas dah siap semua.
Barangan hantaran. Yang ni gambar dari phone Kak uda yang sempat skodeng bilik pengantin. Kita orang yang kat luar lupa pulak nak skodeng bilik pengantin. Lawa gubahan hasil tangan pengantin sendiri.
Bekas telur tu banyak juga dapat susun dalam kotak. Sampaikan ruang depan penuh dengan bakul pengantin. Dah penuh depan sampai dah takde tempat nak duduk tapi masih ada lagi kita orang pun minta izin balik rumah dulu lah. Ya lah ko dari tengahari dari KL sampai malam tak mandi-mandi. rasa dah belengas badan. Itupun kita orang rasa dah banyak tolong sebab macam tak ramai orang rewang rumah Eila.
Dalam pukul 10 lebih kita orang minta izin balik rumah lah. Dah ngantuk dan penat belum mandi lagi ni seharian berjalan. Kesian kat iejay dah ngantuk sangat. Penat drive lagi jadi kita orang pun balik. Besok dah nak datang lagi.
Rumah Sue terletak di Silibin, oleh kerana tak tahu rumah jadi iejay ngekor jelah kereta sue di belakang. Tapi Sue ni jenis rempit jadi banyak kali juga terlepas pandang. Sekali sampai kat 1 roundabout dek kerana dah malam tak perasan pulak kereta sue dah lepas jauh. Tapi masa kat selekoh roundabout tu ada 1 kereta ni sudah cantas jalan, lepas tu macam dah confuse mana satu jalan nak ikut ekor le 1 kereta ni, sekali bila dah dekat lah salah kereta rupanya yang kita ngekor. dah malam-malam kan nampak kereta sama je tapi bila tenguk plate kereta rupanya kereta orang lain daaaaa. hehehehe
Apalagi eijay pun berhenti tepi jalan call sue, untuk alamat yang lebih jelas iejay pasang waze. Rupanya dekat roundabout tu yang dah salah jalan kita orang masuk. Pusing keliling berhenti tepi masjid, rupanya lah....dah dekat pun dengan rumah sue. Alhamdulillah sampai juga rumah sue.
Rumah sue ni jarang diduduki...bila sesekali balik Ipoh je baru Sue bawa mak dia balik rumah. Mak dia duduk rumah adik beradik sue yang lain. Apa lagi malam tu bolehlah golek-golek depan tv sambil bergossip. hehehehe. Lega dah dapat mandi, solat.... dapat luruskan badan. Ngok ngek ngok ngek pukul 12 juga kita orang tidur. Ya ke pukul 12 emmm tak perasan aku sebab bila dah golek-golek depan tv tu tiba-tiba eh dah lelap.....sedar dah pagi. hehehehehe
Ops lupa malam tu rasalah popiah apsah yang Sue tapau petang tu. emmm sedap. Walaupun dah malam masih elok dan tak basi. Kak uda kata dia kidnap 3 keping. Aku rasa sekeping emmm memang sedap. sambal dia, isi dalamnya yang crunch. emmm memang sedap lah.
Ok sambung besok pagi pulak ya...... banyak lagi port nak singgah.
TAHNIAH PENULIS ARELIA SLMT PENGANTIN BARU
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak pengantin
DeleteUishhh... Nampak besar besaran ni... Berkotak tu...
ReplyDeleteBaru pertama kali dapat menantu tu....mestilah besar majlisnya. Jemputan mestilah ramai apalagi kalau pelanggan tetap kedai makanan mak Eila.
DeleteAh Kak tak jadi bridesmaids ke? he he he...
ReplyDeleteIdakle yang...nak berdiri sebelah pun tak muat...hehehehe
Delete