Friday, September 29, 2017

Sambutan Maal Hijrah di rumah baru Rin

Assalamualaikum,

  Hari jumaat yang lalu cuti Maal Hijrah kan. Kebetulan pula hari sebelumnya harijadi Sue. Dan bila di tanya hari apa yang free, sekali tenguk hari Jumaat cuti dan sue free kita orang pun set lah nak buat gathering. Tinggal nak cari port je mana nak lepak. Bila tanya Rin boleh tak join nak celebrate birthday Sue. Rin setuju dan kebetulan pula dia baru pindah rumah, jadi dia yang syorkan buat dirumahnya boleh buat solat berjemaah dan bacaan yasin sekali sambil tu sambut birthday Sue. Akhirnya termeterilah perjanjian portluck di rumah baru Rin.  

  Masa aku minta lokasi rumah, ingatkan Rin pindah quarters baru, sekali bila tenguk eh ni Perumahan 1 Malaysia. Rupa-rupanya Rin dah beli rumah. Alhamdulillah  akhirnya Rin dapat memiliki rumah sendiri yang di beli di Putrajaya. Bestnya dapat memiliki perumahan awam 1 Malaysia yang sedang banyak di bina di Putrajaya tu. Kenapalah masa dulu-dulu depa tak buat perumahan 1 malaysia ni banyak-banyak. Kalau tak, boleh lah aku memohon 1. Sekarang tak layak sebab aku tak mampu nak ambil sampai 2 loan rumah. Kecuali lah kalau ada orang terlebih rumah nak beri aku....emmm memang aku tadah tangan le syukur alhamdulillah. Geng kicap ada  2- 3 orang yang nak join.

  Jadi pukul 10 lebih aku pun jemput Kaknoor. Tapi dalam perjalanan tu aduhaiiiii masa berhenti di traffik light kereta tiba-tiba mati engin. Jenuh lah duk start tak hidup juga. Nasib baik kereta belakang tak bunyi hon kuat-kuat kalau tak memang mengelabah lah aku. Dalam pada tu terus tekan lampu emergency. Cuba start tak boleh, entah kali ke 5 tiba-tiba bunyi engin. Apa lagi aku tekan minyak sampai berderum-derum. Bila lampu hijau je dah boleh jalan. Sekali kat depan traffik light lagi 1 pun macam tadi tapi sekejap je. 2 kali pulas dah hidup. Aduhaiiiiiiiii Nasib baik sampai putrajaya sehingga balik ok... dah takde mati engin lagi. kalau tak emmm haru..tu pun dalam hati doa banyak-banyak tu semuga selamat sampai ke rumah.

Ok sampai Pullman je dah melilau mana satu rumah Rin ni. Nampak ada 4 bangunan rupanya quarters. Rumah Perumahan Awam 1 Malaysia tu baru je siap. RUpanya belakang quarters tersebut hah nampak le ada beberapa blok bangunan. Nampak juga ada orang baru angkut barang, ada yang sibuk renovate rumah, ada yang sibuk tenguk rumah.

Akhirnya tuan rumah jemput kita orang sebab tak tahu yang mana satu. Sampai je rumah Rin dah ada DD dan Sil. Mereka sedang sarapan sebab belum sarapan lagi. DD dan Sil bawa piza dan sandwich.


Sandwich order online area putrajaya.


Belum sampai Hokaido dah rasa dulu  Tart Hokaido. Camni rupanya 

Jemput-jemput UNITEN. Comel-comel je kan. Ni kita orang beli kat UNITEN ala tempat makan yang femes dengan Murtabak , Cendul, emmm apa lagi ya. Kalau singgah kat situ emmm memang rambang mata nak makan sebab macam-macam ado.  

Pizza pun ado.

Ni aku bawa buah nenas, sengkuang, epal hijau dan merah, potong-potong lepas tu ada rojak Mak bee....kasi campur dalam emmmm boleh di makan lepas tu. Dapat nenas madu emmmm memang sedap.

Tak lama lepas tu sue datang. Kaknoor order Nasi Jagung untuk potluck ni untuk makan tengahari. 


Nasi Jagung dia memang sedap. Kata sue masak pakai Noxxa.... 


                                      Ala-ala meja jepun...jom makan

     Tak lama kemudian Nicky pun sampai......jom selfie ...alhamdulillah tuan rumah sediakan air je.


            Kak Uda datang setelah siap masak untuk orang di rumah. Jadi kira dah tengari juga lah


      Sue selain daripada bawa Nasi Jagung tempahan Kaknoor juga birth kek. Tuan badan yang bawa kek untuk sambut birthday.
                 Yeh Selamat ulang tahun Sue. Semuga Allah berkati dan rahmati kehidupan Sue sekeluarga.

      Bila masuk Zohor, kita orang pun solat zohor berjemaah. Selesai solat berjemaah kita orang baca Yassin. Bila semua dah pakai telekung baru perasan eh semuanya berwarna-warni.    


                                       Selesai acara bacaan Yassin beramai-ramai.


                Ni sebelum solat berjemaah. Alhamdulillah majlis meraikan birthday sue dan Rin yang masuk rumah baru berjalan lancar.  Seronok sangat bila dapat berukhwah macam ni. Selesai solat dan baca Yassin kita orang sambung semula makan. hehehehehe Kali ni rasa nasi jagung pulak.

Nasi jagung yang sue bawa hasil masakan sepupunya memang sedap. Lembut je nasinya. Sambil bercerita hal ehwal semasa sambil makan. Tak lama kemudian Nicky minta izin balik sebab ada jemputan perkahwinan saudaranya.

Dah kenyang mata pun dah berat. Aduhaiiiiii cakap-cakap juga rasa nak lolap pula. hehehehe teruk nya mata aku ni. Tapi Rin dah bagi izin kalau nak tidur boleh je. Ruangan depan dia memang best sebab tingkat 19 kan. Angin masuk melalui tingkap yang terbentang luas. Nampak railway ERL berhampiran. Kata Rin kalau lah boleh main tahan je emmm memang dah tahan je train ERL tak yah pi stesyen Putrajaya Central.

 Sembang punya sembang seronok sangat semuanya. Lepas Asar kita orang pun balik. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Balik rumah dengan hati gembira dapat jumpa kawan dapat bersembang walaupun aku dok risau je kalau mati endin lagi tapi alhamdulillah selepas hantar Kaknoor selamat sampai di rumah. Opss lupa Sil yang abru je balik dari menunaikan haji bawa sikit oleh-oleh makanan dan air zam-zam. Seronok dengar cerita orang pergi menunaikan haji. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia dan rezeki yang tidak putus serta kesihatan yang baik dapat aku menunaikan haji nanti. Insha Allah.

4 comments:

  1. SALAM MAAL HIJRAH HAPPY BIRTHDAY SUE N RIN..SEDAPNYA MAKANA TERHIDANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah Sis... sedap bila makan beramai-ramai

      Delete
  2. Meriah betul. Semoga friendship kekal sampai bila-bila. Rindu plak kekawan saya, lama tak lepak girls only macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dengan ukhwah yang terjalin.Sesekali girls talk ni bagus, ceria kan minda, kenyangkan perut, awet muda sebab rasa macam doulu-dolu bila mengenang cerita lama. hehehehehe

      Delete