Wednesday, October 18, 2017

Ke Ipoh Moh kita edisi ke 2 - sarapan pagi di Kedai Wan Mee Kari





Assalamualaikum,

 Maaflah ya dek kerana pi outstation sampai seminggu tergendala cerita Ipoh kita yang  tak habis lagi jadi moh le kita sambung lagi ya.


Malam kan dah tidur lewat dengan penat jalan lagi...sedap betul tidur...pagi-pagi macam terdengar bunyi hujan. Wah hujan lebat ni macam sedap je sambung tidur ni....hehehehe tapi kesian juga kat kaknoor. Ada air menitik dari atas atap rumah sue. Nasib baik tak banjir rumah sue sebab sebelum tu dia kata bumbung di penuhi daun pokok menyebabkan tersumbat dan banjir bahagian tengah rumah dia sebab air masuk. Nasib baik dah bersihkan dan takle teruk sangat air masuk rumah. Tapi ada juga sipi-sipi air menitik.

 Lepas solat subuh emmm sedap sungguh ni tarik selimut lagi. Dok golek-golek menunggu hujan teduh. Suasana di luar emmm rasa nyaman sekali. Cuaca sejuk di luar. Tunggu pagi untuk  bersiap-siap mencari sarapan pula.

 Masa keluar dari rumah, Sue tunjuklah rumah pelakon Iqram Dizley... kata informer kami Kak Nam yang like Istagram  Iqram, Iqram ada balik Ipoh sebab bapanya sakit. Kita orang 1 kereta lalulah depan rumah Iqram....baru nak ambil gambar kereta dia yang kat luar, sekali masa berhenti depan rumah dia, ada lah pulak kereta kuning nak keluar maka tak jadilah nak ambil gambar kereta Iqram tayang kat member yang minat dia tu sangat....hehe entah-entah yang kereta kuning nak keluar tu Iqram kut juga macam kita orang keluar carik makan....tak nampak pulak orang didalam kereta tersebut sebab masa tu gerimis.

 Sue bawa kita orang ke kedai Mee kari Mat Jasak. Area dekat dengan pasar besar Ipoh. Tapi kedai dia tutup. Pergi lain cawangan dekat dengan Medan Mara pun tutup juga. Aittt agaknya ada jemputan kahwin kut tu yang tak meniaga. Mungkin sebab start cuti sekolah jemputan kahwin pun berderet-deret lah.

 Entah Sue bawa kita orang pusing mana tah sekali tenguk eh macam kenal je jalan yang kita orang lalu. Rupanya pergi kedai belakang rumah sue ja. Last - last rupanya belakang rumah sue je sebab kedai yang biasa sue makan kebanyakannya tutup. Jom kita sarapan di Kedai Wan Mee Kari.


Orang ramai dan meja semuanya penuh. Nasib baik ada satu meja orangnya baru bangun. Tu pun tak cukup kerusi kita orang kidnap meja lain. Lepas tu misi mengorder makanan. 


           Ni bingka kemboja. Kaknoor nampak ni dia pun ambil. Emm sedap. Tapi pada aku bingka kemboja orang melaka lagi sedap sebab ada rasa rempah didalamnya. em Bingka dengan kueh bakar sama tak? sekejap orang kata Bingka sekejap orang kata kueh bakar....emmm aku pun confius jap.



                          Mee kicap.....nampak sungguh mengiurkan.Likat pekat emmmm

                                                    Mee wantan....pun rasa sup dia sedap.

      Masa mula-mula nak order makanan aku tak tahu nak order apa. Tenguk ada yang order mee kari, mee wantan tapi aku tak rasa nak makan mee. Sekali nampak ada orang order roti goyang wah....laju je aku nak. Kaknoor pun dek kerana tak boleh makan pedas, sama order tapi kaknoor punya dapat awal. Aku yang last tapi bila dapat emmmmmm sedap.  Tapi tak boleh lawan roti goyang kat Penang mari beb. Yang tu memang power dengan roti canai banjir dengan kuah kari dia yang memang ummp... sodap menjilat jari. Bila lah nak JJCM ke Penang lagi.


Semua senyum sebab makanan sudah diatas meja. Belum makan lagi wajib lah selfie kan. Trade sekarang. Kalau pi JJCM letak makanan selepas tu selfie. Lepas tu tayang kat orang lain buat kecur sesiapa yang membaca coretan aku. hehehehehe ampun ya. Bukan niat nak buat orang lain kecur tapi nak cerita apa yang kita orang makan je.


                 Bila dah rasa mee micap dan mee kari dia....emm Mee kari kat sini kuah dia asing. Tapi kari dia memang mantaps lah. Sedap pekat lemak. Memang pada tekak aku sedap sekali. Entah kari apa lah yang diaorang pakai.
               
           Iejay pekena Mee kari. Hah nampak tu taugeh dia besar-besar dan rangup sekali. Ada mangkuk lain untuk kuah dia. Aku suka makan taugeh Ipoh ni sebab besar dan rangup. Bila makan berderap derup bunyi.
Taugeh ni kalau goreng dengan mee hoon mesti sedap. Goreng jangan sampai layu taugehnya. Baru sodap.


    Semua menunduk je makan. Kaknoor kesian tak boleh makan pedas dan nasib baik ada telur separuh masak dengan roti bakar. Orang lain makan tak toleh kiri kanan pun.

  Yeh ini sarapan aku. Dapat telur separuh masak yang cantik macam ni emmm memang sedap beb.


Aku order roti goyang je tapi dapat rasa macam-macam. Dapat rasa Mee Kari, dapat rasa Mee Kicap, dapat rasa Mee wantan. Iejay siap tapau tapi tak pasti mee apa dia tapau bawa balik. 


Erkkk alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah berikan pada kami pagi itu. Licin ni semuanya senang tuan kedai nak basuh. hehehehehe

Selesai sarapan jom cari kacang puteh ke maruku pula ya.... Jom jom jom

4 comments:

  1. WAH SEDAP NMPAK ROTI N TELOR GOYANG TU...MKNAN LAIN PUN MENYELERAKAN SEMUANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi closeup gambar dekat-dekat kak bior gempak gitu. hehehehe

      Delete