Thursday, February 22, 2018

Umrah 2017 - Ziarah Luar 1 (Masjid Quba dan Ladang Tamar')




Assalamualaikum,

Hari-hari seterusnya ialah berulang-alik solat fardu di Masjid Nabawi. Ustaz kata solat di Masjid Nabawi , fadilatnya besar  1000 kali ganda pahalanya di bandingkan dengan masjid yang lain. Tapi kalau Masjidil Haram 100,000 kali ganda pahalanya. Jadi kalau boleh hendaklah solat 5 waktu setiap hari di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Rugi kalau datang jauh-jauh tapi tidak mahu menambahkan pahala solat yang begitu besar fadilatnya. 

 Hari ke 3 kami akan di bawa menziarahi luar kawasan Madinah. Di bawa ke Masjid Quba, Ladang Tamar, Jabal Uhud, maqam para syuhada. Ada beberapa masjid seperti Masjid Jumaah, Masjid Kiblatain dan Masjid 7 hanya di tunjukkan ja semasa bas melalui tempat tersebut. Masa terhad kerana lawatan hendaklah selesai sebelum masuk waktu Zohor. 

Bila tenguk ada lawatan keluar jadi kami semua di kehendaki bersiap sedia di lobby selepas sarapan pada pukul 7.00 pagi. Bila bas Epal dan Bas Pisang dah penuh, bermulalah perjalanan ke Masjid Quba.  


Salah silah mengenai Masjid Quba

Kota Madinah merupakan kota yang banyak sekali memiliki masjid bernilai arsitektur dan sejarah. Salah satunya Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibangun dalam sejarah Islam dengan asas ketakwaan dan keimanan kuat. 

Rasulullah SAW selalu pergi ke Masjid Quba' setiap Sabtu dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Terkadang juga Rasulullah SAW pergi ke masjid ini pada Senin dan Kamis. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang telah bersuci (berwudhu di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba lalu shalat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan ibn Majah, no 1412).


Masjid Quba' berada di kawasan perkampungan yang dinamai Quba. Jarak dari Kota Madinah ke Masjid Quba' sekitar 3 kilometer dari arah selatan. Nama Quba' diambil dari nama sebuah telaga yang berada di tempat tersebut. Masjid ini berbentuk empat persegi dan kawasannya memiliki luas diperkirakan mencapai 5.035 meter persegi pada masa sekarang.


Ketika Rasulullah SAW hijrah dari Makkah yang bertepatan pada Senin 8 Rabiul Awal atau 23 September 622 Masehi. Beliau sempat singgah di Quba' bersama Bani 'Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al-Hadm. 

Pada hari pertama kedatangan Rasulullah SAW di Quba', Beliau terus membina Masjid Quba' dan ikut serta dalam mengambil beban Rasulullah SAW. Beliau tidak mengindahkannya dan menyuruh mereka membawa barang lain sepertinya. Setelah masjid berdiri, Rasulullah SAW menjadi imam ketika melaksanakan shalat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba' yang kiblatnya mengarah ke Masjid Al-Aqsha. 

Masjid Quba' direnovasi kembali dan diperluas pada masa Raja Fahd ibn Abdul aziz tahun 1406 Hijriyah dengan biaya RS 90 juta. Masjid ini mampu menampung sekitar 2.000 jamaah. Jaraknya dari Masjid Nabawi sekitar 3 kilometer.Meskipun sangat sederhana, masjid Quba boleh dianggap sebagai contoh bentuk daripada masjid-masjid yang didirikan orang di kemudian hari. Bangunan yang sangat bersahaja itu sudah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk pendirian masjid. Ia sudah mempunyai suatu ruang bersegi empat dan berdinding di sekelilingnya.

Di sebelah utara dibuat serambi untuk tempat shalat yang bertiang pohon kurma, beratap datar dari pelepah dan daun kurma, bercampurkan tanah liat. Di tengah-tengah terdapat ruang terbuka yang biasa disebut sahn di mana di sana juga terdapat sebuah sumur tempat wudhu. Kebersihan masjid pun terjaga, cahaya matahari dan udara dapat masuk dengan leluasa.

Masjid ini memiliki 19 pintu. Dari 19 pintu itu terdapat tiga pintu utama dan 16 pintu. Tiga pintu utama berdaun pintu besar dan ini menjadi tempat masuk para jamaah ke dalam masjid. Dua pintu diperuntukkan untuk masuk para jamaah laki-laki sedangkan satu pintu lainnya sebagai pintu masuk jamaah perempuan. Di seberang ruang utama mesjid, terdapat ruangan yang dijadikan tempat belajar mengajar.


Daripada ihram.co.id



Masa sampai di Masjid, belum ramai lagi orang yang datang berkunjung. Tapi lepas tu satu demi satu bas sampai. Orang pun semakin ramai. Kita orang terus ja masuk masjid, solat tahiyatul masjid, sunat dhuha. Selesai semuanya terus ke depan masjid.


Cantik kan masjid nya. Dengan pokok tamar di sekelilingnya. Masa ni bukan musim tamar jadi tak nampak lah buahnya. 

Masa ni para penjaja satu demi satu datang. Apa lagi bila melihat pengunjung Masjid semakin ramai lagi lah cepat-cepat dia keluarkan barangan dagangan. Guna troli  ja laju dia datang. Bermacam-macam jenis jualan ada.

       Ada dewan pameran disebelahnya. Kita orang tak masuk, tunggu mutawif dan geng yang lain berkumpul depan Majid.

      Cantik kan sinibina masjid Quba ni.  Pokok Tamar melambai-lambai tanpa buah....bukan musim buah.

             Selesai solat dan mendapat fadilat solat di Masjid Quba, semua berkumpul di depan masjid.


         Nun di sana tu kedai jualan serta tempat parking bas. Bas kita orang berhenti seberang jalan je. Bas semakin banyak dan orang semakin ramai.

                           Encik Rahman setia dengan panji-panji KUJDTnya.

Bersama geng Bas Epal yang datang sekeluarga bawa mak dan ayah bersama. Bestnya.


          Macam-macam jenis kacang ada, kurma pun ada, krismis dia besar-besar. Murah lah juga harga dia. Aku beli kacang bijak atau kacang pistachio, krismas. Buah tin aku tak beli entah kenapa tak teringat pun nak beli selain daripada kurma untuk oleh-oleh dari Madinah. Sebab terfikir tak nak beli banyak nanti berat beg.


Coklat macam-macam jenis satu paket tu. Rembat lah juga 2 paket. Sebenarnya macam-macam jualan lain yang timbul bila semakin ramai orang datang solat di Masjid Quba.



                     Ambil gambar beramai-ramai bersama geng Bas Epal dan Geng Bas Pisang.

                Amboiiii Jaki dah jadi polis traffik olok-olok jap. Nasib Baik kereta Pak Arab tu tak bising bunyi hon. Menghormati jemaah Umrah kan.


        Tapi banyak banyak kurma yang aku makan... kurma Ruthob atau kurma muda lah yang sedap sekali. Kurma Ajwa pun sedap juga. Masa beli ni baru di keluarkan daripada peti sejuk jadi buah keras sebab masih beku tapi lama-lama bila dah lembut emmm memang sedap. Kak nong beli entah berapa kilo. Tapi harganya boleh tahan mahal jugalah. Aku tak beli tapi aku kecek dengan Kak nong.... hehehehe sedap sekali. Kita orang makan beramai-ramai dalam bas. Tapi sebab dia tak tahan lama jadi tak dapat lah nak bawak balik malaysia. Kena habiskan juga sebelum balik. Nasib baik ada peti sejuk kecil dalam bilik hotel. Tak habis kat madinah, sepanjang jalan ke Mekah jadi kudap-kudapan.


                                                         Fadilat solat di Masjid Quba.

Selesai di Masjid Quba, dibawa ke Ladang Tamar. Tapi sebab bukan musimnya jadi tak adalah buah tamar atas pokok. Encik Din kata tamar kat ladang tersebut mahal jadi kita orang tak turun pun. Ada juga yang turun. Tapi sebab tak ramai jadi berhenti sekejap je. Ladang Unta kita orang tak pergi sebab takut di jangkiti penyakit MERS- coV (Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus) Gejala penyakit tersebut masih lagi menular jadi KUJDT elakkan untuk singgah ke Ladang Unta. Ianya bahaya sebab boleh membawa maut jika berdekatan atau minum susu unta.

Perjalanan di teruskan lagi menuju ke Jabal Uhud sambil mendengar cerita mengenai sejarah Madinah. Seronok mendengar kisah sejarah pembukaan Madinah serta cerita berkenaan dengan Rasulullah. Sirah Rasulullah memang selalu je di ceritakan semasa aktiviti sekitar Madinah. Rasa macam balik zaman dahulu sewaktu Rasulullah baru dilantik sebagai Rasul dan bagaimana jerit perihnya nak menyebarkan Ajaran Islam.  
Kita sambung kemudian ya.

9 comments:

  1. Pemandu dan penduduk Madinah (Ansar) agak 'mesra' dan baik2. Mereka jarang membunyikan hon dan bila nampak orang nak melintas lebih2 lagi orang luar mereka memperlahankan kenderaan. Saya suka suasana di Madinah tenang dan udaranya nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka begitu menghormati para tetamu Allah. Haah Madinah rasa tenang dan aman suasananya. Seronok dan tak puas rasanya walau hanya hanya 5 hari saja.

      Delete
  2. Terima kasih kerana Dato/Tuan/Puan sudi utk turut sama menyumbang. Segala sumbangan akan saya kumpulkan sebelum disalurkan kpd Ust Badri.

    Maklumat bank saya adalah spt berikut:

    Maybank - 166010189403
    CIMB - 8601051626

    Saya harap Dato/Tuan/Puan tidak keberatan memaklumkan kpd saya amaun yg telah dimasukan utk rekod dan rujukan saya. Jazakallahu khairan.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau baca info zaman dahulu tu memang ada telaga tapi masjid tu dah renovation dan dah cantik jadi rasanya telaga tu dah tak ada lagi lah. Masjid dah cantik dan moden.

      Delete
  4. Replies
    1. Kan.... seniukir dia cantik, rekabentuk dia pun menarik.

      Delete