Wednesday, July 18, 2018

Jamuan raya di sana sini


 Assalamualaikum,

Raya dah pun habis. Ramai yang mengambil kesempatan buat jamuan di unit masing-masing. Kita orang pun buat juga. Selain di pejabat, di bahagian, di kementerian, pejabat menteri , jiran sebelah sama tingkat. hah apa lagi. Kiranya seronok je bila dapat jemputan jamuan raya. Ni kiranya turutan jamuan yang telah diadakan. Ada juga jemputan di bahagian kewangan. Orang dah jemput apa lagi serbulah. Makan free kan. Bersyukur lah negara kita masih aman dan mewah dengan makanan. Alhamdulillah

1. Jamuan di pejabat hari Jumaat selepas cuti seminggu raya.

Pagi-pagi tolong bilik statistik buat rojak buah.


Kebetulan Encik Din dan Salmah berpakaian sedondon. Lepas tu bila Matron Hamidah sampai pun sama. pun pakaian sedondon dengan Encik Din dan Salmah. Macam jadi madu 3 ja. hehehehe
                                     

Geng depan order Mee Kari

                        Gaul semua buah yang telah di kopek....campur dengan Rojak buah...sedapnya


Air Soda Herbs air tangan bob....kata Bob tahun ni jenuh asyik top up air ja....laku dan laris

Air soda Herbs.....sodap dan segar amat

Tolong ikat satay willy kepada 3 cucuk ....sambil ikat sambil secucuk satay masuk mulut....hehe...part ni yang tukang ikat suka sebab bila dah siap.. perut pun dah kenyang. hahahaha untung jadi orang dapur
satay willy 

 Sebelum majlis bermula,  meaikan staf yang berpindah keluar dan birthday staf 

Sedondon dengan Doktor Naufal lah pulak....  

2. Majlis Bahagian pulak pada jumaat minggu selepas tu

Soto mee dan nasi himpit

Kuzi kambing ko memang yummy...ambil sikit je buat rasa

Buah-buahan pun ado
Kuih muih dan kuih raya
Menunggu majlis bermula..
Unit kita orang kena handle lemang dan rendang.

Satay lagi....sedap

Bahagian belakang menu-menu raya untuk semua jemputan 

Acara yang di tunggu-tunggu......jom makan. Acara majlis diwakili Doktor Fadilah sebab Datuk ada hal lain. Selepas tu sessi bagi hadiah pada yang pencen dan bertukar keluar. Lepas tu apa lagi makan le... Sessi nak nyanyi pun ada tapi aku tak tunggu lepas makan je terus turun balik opis. Dah konyang chaow le

Semua tetamu sibuk mengambil makanan.

3. Majlis bersama Menteri Kesihatan yang baru


Hari Isnin nya jamuan kementerian pula. Majlis Khas bersama Y Berhormat menteri Kesihatan yang baru.
 
Kambing golek ko...perggghh  

Kambing bakar dan side dishnya. Sedap dan ramai orang beratur...peminatnya ramai
 
Menteri sedang berucap di depan. Meja depan semua meja VIP, kat belakang ni staf-staf lain dari pelbagai bahagian.

Soto pun ada. Makanan macam-macam tapi sebab ramai orang tak dan nak ambik gambar 

Sambil makan para tetamu dihiburkan oleh kumpulan Raihan, sebelum tu aku dengar Jaafar Onn menyanyi.  


Amboiiiiii Linda dan Puan sue.... licin tu pinggan masing-masing.

Ok raya dah habis  dan sessi menjamu selera majlis raya pun habis lah ya. 

9 comments:

  1. Wahhh meriahhhh! Hilang diet kalu cenggini... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan hanya bulan raya je, bulan lain pun sokmo je berpotluck bagai.... memang takdenya nak diet-diet...rezeki jangan di tolak

      Delete
  2. This year SS cuma beraya kat kampung jay emm jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beraya hari pertama kat rumah akak pun boleh cuma takut tak selesa almaklumle ramai pengunjungnya. Apa pun mesti seronok raya di kampung JMkan.

      Delete
  3. MERIAH SUASANA N MEWAH MKANAN YG MNYELERAKAN

    ReplyDelete
  4. banyaknyaaa makanan best2 nampak semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan free memang semuanya sedop belako. hehehehehe

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete