Monday, July 2, 2018

Raya Pertama 2018

Assalamualaikum,

Hari raya tanpa kedua ibu bapa memang lah terasa sedih. Apa lagi bila dengar takbir Raya..emm memang shahdu je dengar.  Setelah Aruah Mak meninggal tahun 2013, masuk ni dah 5 tahun beraya tanpa Aruah Mak. Namun kehidupan harus di teruskan. Walau pun kedua bapak dan Mak telah tiada, kami tetap berkumpul beramai-ramai di rumah pusaka Aruah Mak.  Dan sedihnya pada tahun ni Aruah Bang Selamat pula tiada. Aruah merupakan abang ipar aku yang no 2. Kesian bila tenguk Kak Limah berseorangan di rumahnya di Tanjung Agas. Almaklumlah ke 4 anaknya semuanya duduk jauh. 2 di Johor dan 2 di KL. Tapi aku tenguk Kak Limah tabah menghadapi dugaan ini tapi hati di dalam hanya Tuhan je yang tahu. Ialah selama ini selalu berdua, kali ini sorang je. Emmm sedih pula aku ingatkan. Semuga Aruah Abang Selamat di cucuri rahmat dan termasuk di dalam golongan orang yang beriman. Aruah meninggal pada bulan 2 selepas sebulan menjalani pembedahan jantung di IJN. Al fatihah.

Hari akhir puasa nasib baik lah adik aku Faizol balik dengan Ajid dan Fahmi. Dapat lah dia tolong kita orang ni kemas rumah dan masak ketupat. Sempat juga lah buat lepat pulut. Lepat pulut ni lah yang aku dapat ilmu membuatnya daripada aruah Mak. Jadi bila nak raya je, adik aku mesti request sambil menyuruh letak kacang ketolo lagi. Malahan keluarga Kak Lela pun ramai peminat lepat pulut ni. 


Raya tahun ni kan jatuh pada hari Jumaat , jadi adik beradik aku ramai yang sampai lambat.  Jol selepas solat jumaat je balik semula ke Batu Pahat selepas beraya di Parit Raja baru balik semula ke Bakri.

Tahun ni Kak jal dapat beraya dengan semua anaknya. Helmi dari Brunei dapat balik sehari sebelum raya bersama isteri dan anaknya yang umurnya 2 bulan lagi jadi setahun. Sekejap je dah bertiga. Aku rasa macam baru je pergi menghantar rombongan pengantin ke Brunei dulu. Teringat-ingat lagi majlis yang gemilang di Brunei dulu. Alhamdulillah kali ini Azimah dapat beraya di Malaysia. Dapat tenguk bagaimana meriahnya keluarga aku berkumpul. 

Sebelum tu dengar cerita keluarga Azimah nak beraya di Malaysia. Tapi last-last tak jadi sebab ongkosnya  besar nak import 1 keluarga tu. Tiket kapalterbang je seorang dah berapa. Rumah penginapan dan kenderaan Kak Jal boleh uruskan. Cuma risau takut tak terlayan je. Bukan mudah tu nak sambut besan beraya. 


            Yang sampai dulu adalah keluarga Kak Jal. Makan diatas meja hasil buatan cucu Mak yang sulong. Meja makan style jepun ni mulanya Jaki yang tayang, dia buat kat tempat kerja dia pakai kayu palate. Bila nampak cantik minta le dia buatkan juga sekali hah ko dia buat 2 eh 3. Satu lagi meja kopi letak di depan. Berat juga meja tu nak mengangkatnya. Bila dah siap wah besar juga. Tapi seronok pulak makan beramai-ramai sambil bersila.


Lepas tu keluarga Kak Limah pula. Cuma Meria je anak yang no 3 yang beraya di Kedah. Tu pun kalau boleh nak beraya di Muar sebab kesiankan maknya yang baru kehilangan suami tersayang. Sedih sebab kali pertama beraya tanpa abahnya.

                         Makan sambil bersembang. Almaklumlah bukan selalu dapat berjumpa.

                Manalah yang lain-lain ni tak sampai-sampai lagi ke. Dah pukul berapa ni?


       Masa anak buah aku sibuk makan juadah raya, datang lah Kak Fauziah sekeluarga berkunjung. Kak Fauziah ni isteri sepupu aku Aruah Abang Odin Anak Aruah Chik Thah yang rumahnya sebelah rumah Mak. Rumah pusaka Chik Thah dah diduduki oleh Nas. Kebetulan masa Kak Fauziah balik petang tu, Nas sekeluarga dah balik beraya ke Segamat. Tak dapat lah tumpang tidur di rumah Nas. Homestay baru nak cari. Alahaiii. Bila tenguk adik beradik aku ramai kat rumah Mak, dia pun datang lah berziarah. Kesian aku tenguk cucu-cucunya makan. Agaknya kelaparan dari Kuantan sampai ke Muar. Jauh tu perjalanan. Cucu Kak Fauziah ni setiap tahun bertambah sebab setiap tahun aku nampak baby baru, bila datang berkunjung.. hehehe  Kali ini kunjungan sebab ada hajat besar nak diselesaikan. Tapi akak-akak aku lambat lah pulak sampai. Jenuh lah dia menunggu sampai petang.


      Alahaiiii comelnya. Ni cucu saudara dari Melaka. Nama cucu pun lupa sebab nama masing-masing tergeliat Tok Anjang nak sebut. Tapi sebab dia putih melepak, aku gelar dia cik Putih. Masa kecik emm takut orang, asyik berkepit je dengan mak atau Bapanya, lepas tu kuat melalak. Dah besor sikit ni hah baru nak melayan kalau aku usik dia. Tapi yang kelakor nya bila selfie je wah terus tersenyum lebar, kalau tak muka pun mencerut je takut kat orang. Alahaiiii cucu.

Ni cucu saudara dari Tangkak. Nama saya Jelita Ayesha. Comel je kalau sihat, tapi ni sebab selsema, batuk sampai biru muka dia, dia jadi tidak selesa. Berkepit je lah dengan ayahnya. Aku gelar dia Cik Ta sebab nama Jelita. hahaha mula-mula kita orang pelik bila Hafiz kata anak dia nama Jelita. Rupanya ambil sempena nama J dari Kak Jal. Nasib baik comel dan putih ikut macam Hafiz masa dia kecik , memang comel. Siap ada lesung pipit lagi lepas tu pipi macam kuih pau gitu. 


                                Kak nong baru je sampai dengan cucu-cucnya. Serba biru anak-anak wani.


Kak ijah baru je sampai , berpelukan dengan Kak Limah. Sedih bila teringat Aruah Abang Selamat. Yang kat belakang tu baju biru , kak Fauziah dengan anak dan menantunya. Bila Kak nong dah ada, apa lagi lah ceritanya pasal tanah kebun yang masih tak selesai lagi. 


Oleh kerana semuanya ramai yang datang lambat, jadi baru sekejap bersembang dah masuk waktu magrib. Semua pun siap untuk solat berjemaah. Abang Ipar aku yang sulong, Abang cuin tak sihat jadi dia tak ikut datang Bakri. Kalau tak selalunya Abang cuin jadi Imam. Abang Ibrahim ada, dia lah yang jadi imam. Seronok bila dapat solat berjemaah beramai-ramai. Lepas solat minta maaf. Sempat juga buat tahlil ringkas selesai solat magrib.
 Yang budak-budak kecik ni apa lagi lah dalam bilik, sibuk main game.  Aku buatkan library kecil pun huh tak bersentuh pun.

                                              Buat tahlil ringkas untuk saudara-mara yang telah tiada.


   Selesai tahlil apa lagi lah Jaki jadi tukang pungut duit. Duit untuk cabutan bertuah Raya yang telah kami mulakan 2 tahun lepas. Jaki yang jadi tukang kutip Semua pun tak boleh lari. hehehehe Dengan mak dia sendiri pun wajib masuk tabung. hehehehe.Tak boleh lepas. Semua kena hulur. Kalau tak tujuan cabutan raya tak dapat di jalankan. Ramai lagi yang nama masing-masing belum naik.      

                   Ni keluarga bahagia Wani anak Kak nong no 2 yang tinggal di Taiping. Perempuan sorang pun dah macam lelaki  je gayanya aku tenguk. Apa lagi asyik bergasak je dengan abang-abangnya.


Ni pula AJK untuk Bantuan Raya 1 keluarga. Kali ini ada tambahan iaitu kopi 434 sepaket. Kopi legend di Muo aje tau.


Ini bunga api...entah sapa lah yang jadi supplier. Tapi selalunya orang Parit Sulong le yang bawa bunga api. Apa lagi ler berdentum dentam kat luar rumah.


Kalau famili ramai dapat le sekampit gula 2 kilo ni. Kalau ramai anak lagi le banyak dapat BR1K. Yalah seorang satu dapat tau. Untung keluarga ramai.


      Sementara menanti BRIK siap, yang lelaki lepak kat luar, yang si kecik sibuk main bunga api.
         

Beg BR1K dah siap di packing. Tunggu acara bagi duit raya dan cabutan no bertuah raya


Kak nong chief kelab keluarga, Julie incharge barang untuk BR1K, no cabutan bertuah. Jol jadi bendahari akaun keluarga. Jaki tukang kutip duit tabung. Tabung cabutan bertuah keluarga, tabung sukaneka.

Kak norra yang baru sampai dari KL pun tak lepas tol. Si tukang tol dah menanti minta duit tabung. Belum masuk rumah dah kena bayar duit tol dulu. 


Hasil kutipan yang dapat dikumpul di kira. Mana yang tak cukup Jol tolong top upkan. Duit diambil daripada akaun keluarga hasil kebun kat belakang rumah. Jadi hasilnya semua anak, cucu, cicit dapat merasa. Oleh kerana ramai yang mengadu lambat sangat nama naik daripada 2 nama tahun lepas, up jadi 4 nama. Hah cepat le nama yang belum dapat naik.  

                         Masing-masing menunggu acara kemuncak pada malam raya.

          Siapa yang lapar cari makan sendiri. hehehe Tak cukup lauk cari dalam periuk. Mak-mak semua dah tak larat nak layan. Self service lah ya.


          Sembang orang perempuan. Masa ni lah dapat berjumpa semua. jadi memang tak terlayan.

Selesai solat isyak berjemaah. Semua pun bersedia untuk pembahagian duit raya dan cabutan bertuah.


Yang si kecik dah menunggu, yang orang tua dah berbaris sedia dengan duit raya yang nak dihulurkan. Kita orang buat macam ni supaya mudah, semua dapat. Kalau tak buat sama rata macam ni takut ada yang tak dapat. Sebab tu bila nak masuk Ramadan je, Julie dah kutip nama siapa yang balik beraya di Bakri supaya memudahkan pengiraan BR1K.  Tahun ni semua balik kecuali Meria. Bila dicampur semua, kata Julie ada 90 orang yang dijangka akan hadir. Tapi  bila tiba raya Abang cuin dan Irul yang tidak dapat datang. Jadi semua ada 88 orang. fuh Ramai juga keluarga besar aku.  

          Buat 2 barisan tapi barisan cucu lelaki memang panjang sampai keluar pintu. Yang perempuan tak ramai.


                                 Yang nak bagi duit raya pun dah penuh keliling belah tepi.


        Bagi pada perempuan dulu. Yang tu barisan akhir perempuan yang dah anak- anak dara semuanya.


                                Yang si lelaki dah tak sabar. Bersusun semuanya nak duit raya.


                                    Tenguk tu dah tak sabar tu nak kutip duit raya.


                                          Entah apa lagi lah si tukang kutip tol tu bercanda.          


         Hah ko tak cukup tangan nak pegang sampaikan ada yang tercicir. Ada yang dah rambang mata nak kira berapa banyak duit raya. Kelakar je tenguk aksi masing-masing. Tapi seronok.


         Lepas kutip duit raya , apa lagi lah si Jaki kutip duit untuk sukaneka pula. Terpinga-pinga si kecil yang baru dapat duit raya. Dah kena bagi tol. hehehehe


     Lepas tu cabutan bertuah raya. Sebelum tu doale minta-minta nama aku naik. Sekali jeng jeng memang betul nama aku naik. Wah seronoknya.


        Yang ni lagi kelakar. Nama Anak Meri si Amir Hafiey naik. Sekali terberi sampul cabutan untuk anak. Bila di tenguk wah ada RM 200. Tak jadi bagi pulangkan balik. Tukar sampul bagi RM50 ja. Terkebil-kebil si hafiey. Yang lain semua dah gelakkan si tukang bagi dan si tukang bendahari.


Lepas tu nama akak aku Norra. Wah masing-masing sengeh sampai ke telinga. Dapat duit Raya beb.

                                           
                                        Wani pun bertuah juga. Sengeh tu tak habis-habis.


         Lepas tu si Dee orang rumah Onney. Jadi yang dewasa ada 4 nama yang dapat. Yang belum dapat masing-masing berdoa semuga dapat pada tahun lepas. Yang dah dapat 2 tahun sebelumnya hanya pandang je lah. hehehehehe kena ikut giliran nama. Ala ni semuanya hanya suka-suka untuk mengeratkan ahli keluarga sepaya ramai-ramai balik raya hari pertama di Bakri. Kalau tak balik tak dapat duit raya lah.


    Ni entah apa lah yang si tukang kutip tol bercanda. Orangnya tak boleh masuk dalam gambar tak muat.


       Amboi-amboiiii masing-masing dah kira duit raya berapa yang dapat. Kali ini memang ramai lah. Aku sediakan 50 paket duit raya. Sekali kira tinggal 10. Kiranya hampir 40 orang lah yang dapat duit raya. Fuh boleh tahan ramai tahun ni. Kena buat tabung lah dari awal khas untuk raya...kalau tak emm  kopak le Tok anjang ko orang ni weiiiii.


Lepas tu layan bunga api.... kamera aku ni tak cekap nak ambil gambar bunga api yang cepat dan pantas berdentum dentam tu. Gambar pun alahaiiiiii asal ado.

      Lepas tu sambut birthday Jelita Ayesha yang dah 1 tahun. Tahun lepas sambut raya dalam pantang. Seminggu nak raya dah bersalin si Haifa.


                         Potong kek sama dengan rayyan yang muda 2 bulan dari Jelita.


Amboiiiii Cik ta....bersememeh dengan kek. Suka dia dapat makan kek.


Yang lain pun tumpang seronok dapat makan kek birthday. 


Hah ni lah Bantuan Raya 1 keluarga. (BR1K)  Tahun lepas dapat milo dan gula. Tahun ni tambah kopi 434.

Alhamdulillah dapat berkumpul beramai-ramai bersama-sama berhariraya. Semuga keluarga kami kekal aman damai sejahtera, dilimpahi kurnia,  rezeki bertambah luas, keluarga bahagia hendaknya. Aamin.

6 comments:

  1. seronok kumpul ramai2 ye.. we all masih ada parents.. alhamdulilah.. jadi dapat kumpul lagi.. semoga ALLAH cucuri rahmat buat yang telah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Yan masih ada kedua ibu bapa. Alhamdulillah mereka masih sihat walafiat lagi. Raya terasa meriah bila dapat berkumpul beramai-ramai.

      Delete
  2. Meriahnya raya!
    Mesti masih terkenang-kenang sewaktu berkumpul bersama.
    Itulah hikmah di sebalik hari raya, dapat menyatukan seisi keluarga.
    Apa pun Al Fatihah buat mereka yang telah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buat aktiviti macam tu semua pun tertunggu-tunggu nak raya di Bakri. Lagi kalau ada anak ramai, lagilah seronok depa kumpul duit raya.

      Delete
  3. Replies
    1. Akak saya Norra memang duduk di Rawang. Kenal Ke?

      Delete