Thursday, May 6, 2021

Kenangan Hari raya - Bekas kuih raya

 



Assalamualaikum,

Nampak gaya tahun ni tak dapat balik kampung lagi. huhuhu tapi bila member jual kuih raya beli lah juga barang sikit buat juadah raya nanti. Walaupun sodih tak dapek balik kampung jumpa kaum keluarga....huhuhu sodih naaa   dah 2 tahun tak jumpa kaum kerabat. Apa pun mungkin ada hikmahnya sebab kes masih lagi tinggi. 

Untuk mengubat hati yang lara jom lah kita mengenang semasa dolu lah pulak. Kali ini bekas kuih raya. Kalau dolu-dolu bila nak raya hah sibuk lah buat kuih raya. Bila kuih raya dah ada hah nak hidangkan pada tetamu pakai apa. Mestilah kena ada bekas kuih raya.


Bekas kuih yang atas tu selalu jumpa rumah makcik aku masa berkunjung raya. Lepas tu masa pergi rumah kawan sekolah masih ada lagi bekas kuih antik tu.




Bekas kuih ni masih ada lagi tau. Bekas legend dalam almari kat kampung. Dulu buat isi kuih koya atau pun kuih siput, kuih buah rotan. hah memang le sedap kuih dolu-dolu. Yang tengah tu boleh letak kuih agar-agar kering atau pun kacang tanah bersalut tepung. 


Kat kampung ada lagi bekas kuih ni. Coklat ada putih pun ada rasanya.  Dolu-dolu macam gah le juga bekas kuih raya ni. hehehehe kaca tau bukan plastik tu yang ada dah pecah tinggal berapa bekas je yang ada dalam gerobok tu.




Bekas kuih ni aku perasan kat rumah akak aku...emm tak ingat pulak dia beli kat mana. Yang ni kira macam gelemer le sikit dari yang atas. 


hah yang ni aruah mak aku ada. Bekas kaca....boleh nampak kuih di dalam. susun kuih dalamnya dan lepas tu susun atas meja. Seronok bila tenguk kuih penuh dalam bekas.


Yang ni ada yang bekas kaca dan ada yang bekas plastik. kalau bekas kaca tu rasanya berat sikit kut. Yang plastik le senang. Boleh letak macam-macam kuih didalamnya sebab banyak ruang  pembahagi kuih.



hah yang ni aruah mak aku ada lagi. Dulu boleh buat bekas kuih dan juga buat bekas cuci tangan. 



Hah ni bekas kuih ni mahal sekarang tau. Bekas kuih corak  bunga rose.  Ni tahan sikit, kuih lambat nak lemau sebab penutupnya species kedap udara. Ada set pinggan mangkuk corak ni siap dengan gelas dan jug. Bekas ni rasanya dah tak cukup setnya sebab ada yang dah pecah. Almaklumle cucunya ganas bila nak makan kuih. 


hah yang tadi bekasnya tertutup hah sekarang terbuka. Boleh nampak kuih banyak boleh letak didalamnya. Yang tengah tu boleh letak dodol buatan sendiri. Dulu masa aruah bapak aku 




Ni macam nak sama dengan bekas coklat kat atas cuma dia licin je bekasnya. Yang atas tu  bentuk bercorak atasnya. Ni aku ada jumpa masa beraya rumah kawan .


Ada lagi ke corak bekas kuih raya dulu-dulu. Kalau kerepek kami letak dalam bekas yang besar sikit. Sekarang orang guna tupperware yang cantik dan kedap udara, kuih boleh tahan berhari-hari.

Bekas kuih sekarang pun semakin canggih dan cantik-cantik.   

22 comments:

  1. ooh., bekas kuih ni memey legend., syahduu kann

    ReplyDelete
  2. kat kpg masih ada lg bekas kuih bulat yg ada compartment tu, tapi ada penutup..main kutu tupperware..hehe..

    ReplyDelete
  3. Saya terbayang isi dalam bekas kuih yang lama-lama tu: ada rempeyek, ada kerepek pisang, ada bahulu, ada dodol, ada halwa betik, jeruk mangga, ada lengkong.... ada kuih siput, ada kembang goyang! Oh...rasa hiba dan sayu pula bila mengenangnya. Semuanya hanya tinggal kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah semua sedap-sedap tu kuih dolu2. Kenangan indah kan tetap tersemat dalam ingatan

      Delete
  4. tengokbekas kuih raya terkenangkan jln2 beraya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bekas kuih ni semua legend ni dolu2

      Delete
  5. Replies
    1. Raya jaman dulu rasanya lagi meriah sebab masa tu budak kecil lagi...hehehehe

      Delete
  6. kita boleh nampak kan revolution bekas2 ni ikut peredaran zaman.. saya sempat jugakla merasa raya dengan bekas2 macam ni kalau kat kampung. generasi mak saya da mula guna tupperware hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin zaman berubah semakin banyak benda baharu yang wujud. Haah senang pakai tupperware kedap udara kuih tahan lama.

      Delete
  7. Assalam. Datang lagi sekali bawa berita.
    Nanti hantar detail seperti nama penuh, nombok akaun, dan no tel ke salamiez@gmailcom
    Ada duit raya nak kirim.
    https://salamisimon1.blogspot.com/2021/05/duit-raya-untuk-pengomen-bertuah-bulan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Alahaiiiii murah rezeki amie. Terima kasih ya

      Delete
  8. Sekarang pakai tupperware je, takpun bekas bulat yang ada divider tu. Lama dah tak jumpa bekas kaca legend tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai tupperware tahan lama...tapi bekas kaca tu akak masih ada lagi tapi kat kampung le. Harta turun temurun tu. heehhehehe

      Delete
  9. jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya...hah nanti akak singgah umah siti ya

      Delete
  10. Memang nostalgia betul. Kenangan mengusik jiwa.

    ReplyDelete