Monday, May 3, 2021

Kenangan hari raya - kad raya

 





Assalamualaikum,

Dah tinggal seminggu nak raya tapi sodih sebab tak boleh rentas negeri. Jadi kita mengimbau lah ya kenangan lalu dolu-dolu sambut raya.

hah sapa pernah dapat kad raya, angkat tangan  Dolu-dolu lah ya. Sekarang ni ada lagi ka orang hantar kad raya. 

Zaman dah berubah orang hantar kad ucapan melalui sms atau sekarang melalui whatsapp je kan. Tapi feeling dapat kad raya dengan dapat ucapan dalam whatsapp ni lain tau. Feeling kad raya tu ko boleh belek boleh pegang tapi dalam whatsapp emmm leh dok tenung je lah ya sampai tembun phone tu. hehehehe  Apa lagi kalau dapat kad raya dari orang tersayang huh feeling dia tu lain macam tau. ahaks 

Masa aku dok asrama dulu time budak sekolah lah ya,  kita orang rajin hantar kad pada artis pada menteri pada Sultan tau. Pada Agong pun pernah. Kad dia bertinta warna emas dan kuning di Raja. Kad dia tebal sikit dari yang lain. Agong ko mesti lah kad dia lain dari yang lain. Walaupun kita orang tahu staff dia yang siapkan kad raya tersebut. 

Jadi  seminggu puasa dah siap beli kad raya dan terus pos. Kad raya beli kat kedai mamak kat tepi sekolah. Nak pi bandar duit ciput dan penat jalan pi bandar. Lepas tu hah tunggu lah Mr posmen datang kat asrama.

Nanti hah tiap hari lah pi jenguk tempat letak surat kat hostel tu. Balik-balik sekolah je belah tengahari hah tempat tu yang di tuju dulu.

Bila dapat dari Sultan ke Perdana Menteri ke artis ke hah ko dia punya excited tu rasa macam satu hostel boleh dengar gelak sakan dapat kad raya. Lepas tu tayang kat kawan yang hantar sama-sama tapi belum dapat balasan lagi. Seronok masa tu.  

Kalau artis Aruah Sudirman rajin balas kad peminatnya dengan signature tulisan dia sendiri tau.  
 

Kalau dapat banyak hah boleh lah gantung kat rumah di kampung. Boleh buat deko raya gitu. hehehehe


Kalau pergi bandar pulak boleh cari kad yang ceria atau humor sikit. Macam-macam corak dan ayat yang kartun dan lawak gitu. Hah majalah Gila-gila bumper jangan lupa di beli ya. Itulah koleksi bacaan semasa raya nanti. Majalah kartun sekarang dah kureng kartunnya. Baca pun tak gelak tak macam cerita kartun dolu-dolu.


Hah ni ayat klise kalau hantar kat kawan-kawan. Nak suruh di balas supaya dapat banyak lagi kad raya. hehehehe

Tapi aku teringat dulu ada kad raya yang bermuzik tau. Bila kita buka je kad tu dia keluar muzik selamat hari raya. Hah tu kad kira special sikit tau. Dah le besar dan mahal jadi hanya khas untuk tersayang je.  Kalau dapat dari pakwe hah hancur lunyai le kad tu asyik buka tutup buka tutup sambil senyum sorang-sorang. hahahahaha ada sesiapa pengalaman macam tu.....cer citer cer citer.



Kalau pergi bandor hah boleh rambang mata mencari kad raya. Ada macam-macam corak dan ayat yang menawan kalbu. 


Aku ingat dulu pernah hantar kad raya pada Sultan Johor. Dapat balasan kad dengan gambar keluarga Sultan Johor tau. Masa tu Almarhum Sultan yang terdahulu sebagai Sultan Johor. Gambar sultan Johor sekarang masa tu masih muda lagi. Gamabar Permaisuri Agong sekarang pun ada lagi masih anak dara lagi masa tu.  Cantik-cantik dan hensem adik beradik Sultan Johor sekarang. 

Lepas tu dapat balasan kad raya daripada Timbalan Perdana Menteri masa tu iaitu Datuk Musa Hitam. Dapat gambar family dia termasuk gambar anak dia yang meninggal semasa tragedi Highland Tower tumbang.

Time-time dulu-dulu Mr posmen lah yang tak cukup tangan dan kaki nak siapkan hantaran kad raya. Sampai guna pekerja tambahan. Sekarang huh nan ado ya sebab kad raya dah habis trend dia. Jual kad pun dah tak laku. Stem pun sama. Sekarang kalau nak hantar kad pun dah lupa kena guna stem harga berapa. 


Agak-agak trend zaman akan datang apa pula ya. emmm ikut teknologi akan datang kut.  Agak-agak kad raya pakai pdf je kut.  Dan send melalui email je . Nak pegang print lah pdf fail tu. Tak pun dounload je dan simpan buat kenangan. 


15 comments:

  1. Nostalgia betul kad raya ni. Pernah la jugak hantar kat Ziana Zain ngan KRU dulu. Patut hantar kad ada muzik, kalau tak mesti saya kat tempat Lisa Surihani sekarang. Haha. Merepek. Suka kad ada kartun-kartun tu. Sekarang dapat la a few dari kawan-kawan blogger. Tapi semua pun kad buat sendiri. Kat kedai tak jual dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ziana zain. Tapi time tu yang femes Aruah sudirman. Hah sharifah aini. wah kalau sal dah jadi lisa sirihani tak kenal lah kita. hehehe

      Delete
    2. Tak sempat la kak arwah sudirman meninggal saya kecik lagi

      Delete
  2. kenangan..buat deko gantung kad raya..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat kad raya banyak boleh lah deko deko raya

      Delete
  3. Nostalgia.. Dulu kalau ke pekan, memang berejam duduk depan peniaga kad raya. cari kad kartun yg paling cool kononnya. Pastu duk pikir nak karang pantun apa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terer ya bab pantun. Akak tulis ucapan merapu meraban je dengan kawan-kawan

      Delete
  4. Ya Allah! Kenangan betul.
    Pernah sekali kakak saya kirim kad raya kepada artis Johari Johar ka nama dia yang nyanyi lagu Sepasang Kurung Biru tu. Lepas tu dibalasnya pula. Seronoknya kakak saya. Saya pulak tak pernah hantar kad raya untuk artis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah peberet artis saya ni sebab lagu raya sepasang kurung biru. Kenangan kan.

      Delete
  5. kak dulu pernah dapat kad raya drpd Johan Jaafar pengarah DBP masa tu terkojut juga

    ReplyDelete
  6. untungla anak2 dara dulu2 dpt kad raya.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah entah wak pun dapat kad raya dari peminat hehehe

      Delete
  7. Raya dulu² memang biasa gantung kad raya di hiasan ranting pokok.. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deko dulu-dulu yang paling havoc kalau ada.

      Delete