Wednesday, October 5, 2022

Majlis Pelancaran Portal KKMNOW

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah pagi tadi telah berjalan dengan lancarnya Majlis Pelancaran Portal KKMNOW oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Portal tersebut adalah kolaborasi dengan pihak DOSM.

Oleh kerana ianya melibatkan data kesihatan sudah semestinya opis aku terlibat secara langsung. Jadi sebelum pelancaran tersebut emm beberapa pegawai terlibat termasuk boss aku yang sibuk meeting dengan bahagian yang terlibat. Almaklumlah ianya satu event yang agak besar juga.










Di belakang tabir


Big boss aku orang tersibuk yang memastikan semuanya berjalan lancar


Menteri Kesihatan sedang berucap merasmikan pelancaran Portal KKMNOW



eh eh napa kosong lorrrr.....sebelum majlis lah.


Ada beberapa information yang boleh di lihat melalui portal tersebut.  









Beberapa pegawai tertinggi yang terlibat terutamanya kader dari Perangkaan iaitu Encik Sofi memang bekerja keras supaya semuanya berjalan lancar. 


Para jemputan yang hadir dan di undang 






                    
               Dr Hammad doktor yang berkaliber dalam medical dan tecnology IT. Seorang doktor yang tidak sombong dan tidak kedekut dengan ilmu yang dia ada. Pandai buat kek tau. Hari tu birthday dia sekali esoknya datang bawa kek birthday dia sendiri. Sedap sekali. Tak pernah umur birthday boy bawa kek birthday dia sendiri kecuali Doktor Hammad. Sedap.....boleh lah order lagi. hehehe Blueberry cheese ko.    


Penuh screen gambar KJ


Pegawai yang terlibat. Oleh kerana Pengarah aku Dr Halina sedang kurantine covid 19 jadi Dr Fazilah lah yang mengantikan tempatnya. 


Semua yang terlibat yang menjayakan majlis pelancaran tersebut. 

 

Pelancaran KKMNOW adalah era baharu bagi ketelusan Kerajaan.

Portal KKMNOW merupakan portal kesinambungan atau perluasan kepada fungsi portal COVIDNOW. Langkah ini selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan usaha KKM mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian serta rujukan data oleh pengurusan KKM dan seluruh rakyat Malaysia.

Portal KKMNOW.. permulaan zaman baharu untuk data terbuka dan ketelusan maklumat.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku


14 comments:

  1. majlis hebat meriah sempurna tahniah notie n penyelenggara KKMNOW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkat kerjasama semua yang terlibat

      Delete
  2. Tahniah KKM! Kirim salam Dr. Hammad. Dah kahwin belum? Eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sal. Opss Dr Hammad udah punya anak perempuan seorang yang comel macam dia. hehehe

      Delete
    2. hahaha. melepas lah. takpelah lain kali kirim salam KJ sahaja.

      Delete
    3. Parlimen dah bubar. entah sapa le nanti Menteri baru. Tak dapat le nak sampaikan salam pada KJ

      Delete
  3. tgh viral skrg ni psl politik, KJ pun gado dgn Zahit., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduh wak. Politik ni panas sebab nak PRU 15. Tapi KJ yang bagusnya dia buat kerja. Jadi nampak banyak perubahan dalam KKM sejak dia jadi Menteri Kesihatan.

      Delete
  4. baru nak tanya Dr Hammad dah berpunya ke belum tetiba tgk Sal dah tanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii amboiiiii tapi dia comel kan. hehehehe

      Delete
  5. untung juga berada dalam majlis bergini...dapat kenal ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian pengurusan je yang terlibat. Bahagian sokongan tak pun.

      Delete
  6. dah macam Padaiyappa dah tengok si KJ ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam hero citer tamil kan ammi...sivaji ke rajinikhant...femes tu

      Delete