Friday, October 21, 2022

Majlis "Gema Maulidur Rasul" Peringkat Ibu Pejabat KKM 1444H/2022M


 MAJLIS "GEMA MAULIDUR RASUL" PERINGKAT IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1444H/2022M

Kelab Kebajikan dan Sukan Ibu Pejabat (KESKIP) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ingin menjemput warga IPKKM ke program berikut pada:


Tarikh    : 25 Oktober 2022 (Selasa)

Masa      : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat  : Dewan Serbaguna IPKKM, Aras 8, Blok E7


Atur Cara :

1.    Majlis dimulakan oleh alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan KKM oleh Dr. Muhammad Hazim bin Sharum, Pegawai Perubatan di Jabatan Oftalmologi, Hospital Selayang.  

(Doktor Qari ni, hebat..Suaranya merdu tawwww. Bacaannya menusuk qalbu)


2.    Kemunculan khassss Dr. Mohd Azmi bin Yaacob, Pegawai Perubatan Pakar Anaesthesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Kuala Krai. Menyampaikan Ceramah "Sihat Cara Rasulullah SAW"..

Beliau adalah Doktor Ustaz taww.. 

(Penyampaiannya amatlah mendalam, dikaitkan sains perubatan dengan agama. Hebatt)


3.    Jeng.. jeng.. jenggg...      

Sesi yang ketiga ini amatlah terpesona. Kita akan selawat beramai-ramai bersama penampilan istimewa Nazrey Johani (bekas vokalis Kumpulan Raihan) dan pelbagai persembahan menarik daripada beliau. 


Macammana, menarik kan....

Jom, hadir beramai-ramai ke Majlis "Gema Maulidur Rasul" ini.

Kita kasi bergema Dewan kita ini.

Meraikan hari kelahiran Rasulullah SAW yang tercinta. 


Sekian, terima kasih. 



6 comments:

  1. Program yang menarik. Semoga bermanfaat kepada semua warga KKM dan hadirin lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kata kawan sebab dapat dengar live ex raihan nyanyi . Akak nak pi sekali tenguk kita cuti huhuhu je lah

      Delete
  2. Alhamdulillahprogram menarik salam maulidurrasul

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Nampak aktif warga KKM ikut pelbagai aktiviti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang ibu pejabat kadang macam-macam hari. Hari tu puspanita buat solat tasbih, zumba pun ada. Larat dengan tak larat je nak join. Tapi mana yang baik dan bermanfaat kita orang pergi lah.

      Delete