Tuesday, December 6, 2022

Makan tempe goreng cecah sambal Kicap

 


Pembuatan tempe secara tradisional

Assalamualaikum,

Sapa suka makan tempe goreng....hah angkat tangan. Lepas tu sapa suka makan tempe goreng cecah dengan sambal kicap hah angkat tangan juga. Wah takde orang suka ke. hish hish makanan yang tersedap seantero dunia ye. hehehehe rugi kalau tak suka. Tempe ni orang jawa je yang suka tapi sekarang semua orang pun suka. kan kan kan. Makanan tradisional orang jawa gitu.

Aku teringat kata bekas MB Selangor kalau makan tempe awet muda.... hahahaha yolah tu. Padahal kita orang makan tempe goreng tu dari kecik sampai dah tua bangka. Tua juga.

Tapi style orang johor mesti kena cecah dengan sambal kicap. Kalau tak cecah hah bukan orang Johor le namanya. Tak umph kalau tak cecah dengan sambal kicap. Dia punya sedap tu perghhhh terangkat dunia....hahahaha ober no aku.


KATA ORANG, "TAK JOHOR KALAU TAK MAKAN TEMPE GORENG DENGAN SAMBAL KICAP"

Sepertimana sedia maklum, tempe adalah merupakan antara makanan terkenal bagi masyarakat Jawa di negeri Johor.
Antara cara pembuatan tempe termasuklah kacang soya perlu dimasak terlebih dahulu dan disejukkan sebelum dicampur dengan ragi. Yang paling penting dalam penghasilan tempe ini adalah faktor kebersihan dan dilakukan dengan sangat teliti.
Ada sesetengah orang, mereka makan tempe mentah kerana inginkan rasa kacang soya. Tapi lagi best makan tempe yang digoreng dan kemudian dicicah dengan sambal kicap. Lagi-lagi yang baru di angkat dari gorengan dalam kuali sambil minum teh 'o' panas🥰. Ada yang tak makan tempe? Memang rugi🤭.
📌 Homestay Kampung Parit Bugis
Muar, Johor
Kredit : Tourism Johor



Proses kacang soya yang telah di ragi untuk di bungkus dengan daun pisang.



Tempe dia nampak nipis dan rangup. Kalau kena dengan tepung salutan yang cruncy perghhh memang enak lorrrr cecah dengan sambal kicap. Tabik spring-spring gitu. hehehe



Hah tenguk gorengan tempe yang nampak sedap kan. hish tak boleh jadi ni....kena carik tempe kena carik tempe...

Sambal kicap ni senang je buatnya. Cili api dua tiga butir. Tumbuk dengan seulas bawang putih. Kalau banyak cili lebihkan bawang putih tu. Tumbuk halus lepas tu campur gula, hancurkan dan akhirnya campur dengan kicap. Gaul rata. Kalau pedas tambah gula. Kasi hancur semuanya. Tada.....kalau nak pedas lebihkan cili api lah.

Tapi aku ada belajar buat sambal kicap yang pada aku sedap le. Bawang merah dan bawang putih di hiris dan di goreng macam bawang goreng gitu. Lepas tu bawang goreng keduanya di tumbuk dengan cili api. Campur gula dan kicap. Gaul rata.....hah cuba lah. Mana best antara yang di atas dengah dibawah. Sonang jo tu bueknyo. Jom kita carik tempe goreng.


14 comments:

  1. sebagai anak separa jawa...ammi mmg suka tempe. letaklah kat mana sekali pun..goreng garing, dalam masak lodeh, dalam sambal semua kita bedal...
    tapi tulah...takde pulak jadi putih mulus bagai bekas menteri besar itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bila baca paper....hah bior betik. Kita yang dah bertahun makan tempe takde le putih melepak gitu. hehehe

      Delete
  2. sukaaa...tapi x suka tempe garing, suka yang lembut, bila gigit, terasa kacangnya...tq for resipi sambal kicap, boleh try nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada banyak jenis juga tempe ni. Ikut suka masing-masing lah. Cuba jangan tak cuba sonang jo tu bueknyo

      Delete
  3. Saya suka giler tempe goreng. Takde sambal kicap pun takpe. Tapi kalau ada, lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cruncy sedap makan gitu je. Tapi lagi syiok cecah sambal kicap.

      Delete
  4. kat indon dipanggil mendoan - tempe basah yg digoreng., sedap jugakk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dengar pun wak mendoan. Macam mendoakan je bunyinya

      Delete
    2. google je cikkak., Mendoan maksudnya 'setengah masak' jadi tepung salutan tidak terlampau garing, tapi masih rangup. Biasanya tempe mendoan digoreng dalam saiz yang lebar dan tipis.

      Delete
    3. Wah bagus wak. Saya ni tak fren sangat dengan encik google. Bukan apa kadang lupa mau guna encik google.

      Delete
  5. Dulu Cuya tak suka tempe, bila dah besar ni makan jugak la... tapi tak pernah pulak makan dgn kicap.. Selalunya pisang goreng yg Cuya makan dgn kicap... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah sedappppp kalau pedas sikit lagi mantapppp hehehehe

      Delete