Wednesday, December 7, 2022

Warung Ketupat Air Tangan Ibu di Muar


Assalamualaikum,

 Warung Ketupat Air Tangan Ibu, Muar
===========================
Korang kalau mengidam nak makan ketupat dan lauk2 raya, boleh datang sini. Macam2 jenis lauk raya ada.
Antara menu yg ada kat sini ialah :
🔸Ketupat
🔸Lepat Pulut
🔸Lodeh
🔸Sambal Kacang
🔸Serunding
🔸Daging - Rendang/Kari/Masak Lemak 🔸Ayam - Rendang/Kari/Merah/Kicap
🔸Ayam Kampung - Kari
🔸Sambal - Sotong/Udang/Kerang/Kupang/Telur
🔸Tahu/Tempe Sambal
🔸Perut Goreng Santan
🔸Kulit Goreng Santan
🔸Kupang Goreng Santan
🔸Asam Pedas
🔸Sayur Kampung
🔸Nasi Ambeng
🔸Nasi Lemak
🔸Ubi Rebus
Waktu Operasi :
☎️ Bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Rabu Cuti)

Lokasi :
📍 MRPJ G44 Parit Pinang Seribu, Jalan Abdul Rahman, 84150 Muar, Johor


Tenguk menu ni dah teringat hari raya kan. Sekarang tak payah tunggu raya,  hari-hari boleh berhariraya kecuali hari Rabu sebab tutup. hehehehe

Aku dah rasa dia punya masakan tapi belum sampai lagi warungnya. Masa tu aku syorkan pada Kak Jal dan Julie semasa mereka nak balik Bakri. Tapi oleh kerana dah tengahari dan kalau tak silap hari minggu jadi masakannya tinggal sedikit. Tapi dapat le rasa sikit lauk pauk yang tinggal yang Kak Jal belikan. Lepat pulut tak dapat rasa sebab dah habis. 

Lain kali kena terjah lah tapi kena cari hari bekerja mungkin dapat rasa semua. Jadi sapa-sapa orang Muo kalau balik kampung hah pergi lah kat Parit Pinang 1000. Boleh terjah warung ni. Dia masak ketupat dan lepat pulut hari-hari kecuali hari tutup kedai, agaknya lah.


Hah tenguk le ni berderet ketupat dan lepat pulut. Lepat pulut ni lepat style orang jawa. Ianya macam ketupat palas sebab guna beras pulut. Seakan dengan ketupat palas cuma beras pulut tu campur dengan kelapa parut bukannya santan. Direbus macam rebus ketupat dia punya lamanya. Jenuh juga nak balut macam tu. Aku belajar dengan aruah mak aku.

Bila tenguk lepat pulut ni terimbau kenangan menolong aruah mak aku semasa nak raya samada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Aidil Fitri. Selalunya aruah mak yang membuat kelongsongnya, sebelum di letak pulut dan ditutupnya pulut tu dengan daun kelapa dan di ikat dengan lidi kelapa yang di belah dua supaya tak terburai lepatnya. Ni di ikat pakai tali rapia. Aku tak pandai sebab rasa macam lepat pulut tu tak cukup ketat. Lepas tu aku tukang habiskan ikat sebelah lagi. Ada 2 bahagian. Satu biasa je dan satu lagi campur dengan kacang ketolo. Hah ni adik beradik aku suka. Kacang ketolo tu di sangai garing hingga masak jangan sampai gerseng eh hitam. 

Mula-mula buat versi biasa tanpa campur apa-apa. Dah dapat separuh, baru campur kacang ketolo tu. Nak kenal pasti perbezaannya tenguk pada ikatannya. Yang biasa di ikat 2 lilitan je manakala yang ada kacang ketolo di ikat  3 lilitan. Makan dengan rendang atau serunding perghhh sedapnya. Makan gitu pun sodap. Sebab pulut dengan campuran kelapa parut tu di beri garam supaya rasa lemak masin. 



Ni macam lauk babat je atau perut lembu. Sambal kacang dia tu nampak mengiurkan je.



Campuran makanan yang wow macam dah raya je eh belum puasa ler...tambah dengan lodeh emmm yummy. hish ngences aku tenguk ni. 



Tu dia ko....punya banyak ketupat dia buat. Kalau buat hari-hari mana le dapat daun kelapa muda dan sapale yang dok ngayam ketupat. Budak sekarang dah ramai tak reti ngayam daun ketupat ni. Semua pakai ketupat segera. Tak best. Kalau dapat ketupat asli macam ni lepas tu nasi ketupat dia lembek sikit....emm sodap.  


Macam lepat pulut layan dengan kuah lodeh je sebab aku nampak kacang dalam lepat dia.


Macam kulit lembu je. Layan dengan serunding

                                                 
                                             Sedap sedap sedap. hehehehehe


Lodeh, sambal kacang dengan rendang daging.



Ada juga nasi ambeng. wah syioknya rindu nasi ambeng asli dari johor. Kat KL ni nasi ambeng dia kadang tak sedap. Apa yang kureng aku pun tak dapat agak apa dia.  



8 comments:

  1. wow sedap sangat tu terliur mandang..tiba2 teringin nk gi muo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenguk pun dah ngences sis apa lagi dapat makan.

      Delete
  2. Nak try lah ni. Lepat pulut tu tak reti buat, tapi anyam ketupat sate lepas lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terer sal anyam ketupat sate. Lepat pulut ni bukan senang nak jumpa orang jual. Kalau ketupat palas ada orang jual frozen

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha belum lagi makan kalau dapat memang terus kenyang.

      Delete
  4. wahh masakan air tangan ibu gak yg sedapp.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ibu lagi wak. Kita dah anak yatim pi ngendeng air tangan ibu lain ler...huhuhu

      Delete