Tuesday, August 29, 2023

Aktiviti Hari Kemerdekaan di KKM


Assalamualaikum,

Menjelang akhir-akhir aku berkhidmat di Perancangan eh banyak pulak aktiviti menyambut bulan Kemerdekaan di buat di Ibu Pejabat. Macam-macam pertandingan dibuat.

Telah diadakan pertandingan keceriaan Ruang Pejabat . Pa Hanim sampai buat ot dengan bahagian admin nak buat deko-deko hari kemerdekaan tu. Akhirnya tada.....dapat tempat ke 3. Tak rugi Pa Hanim buat ot. hehehe




Semasa juri datang membuat penjurian


                                        Deko-deko yang dibuat di ruangan Eksa di pejabat Admin



Ada yang guna bahan terbuang



Yang ini dibuat dari bekas telur. Cantik kan. Kalau ada kawasan yang besar. Ini cuma ruang jalan ke admin jadi jalan dia sempit.



Selain daripada ruang kecerian pejabat ada juga pertandingan barangan terpakai. Perancangan dapat tempat ke 5. Tapi aku tak nampak mana satu yang di pertandingankan. 



MAsa aku dah memulakan tugas kat Hospital Putrajaya eh ada pulak pertandingan kereta berhias. Laaaa awat le dolu-dolu takde buat sambutan kemerdekaan begini meriah seperti tahun ini.

Macam biasa Bahagian perancangan amsuk juga. Dapat tempat top 10. Ok lah kan. Semua masuk semua menang.   

                                                             Cantik pulak kereta jabatan



Perarakan dibuat di depan cafe antara terdapat bulatan parking di situ. Antara e6 dan e7 serta e10 dan e 11. Tempat tu aku selalu park sebab dekat dengan pejabat. Tapi nak dapat tempat tu kena awal lah. Tau je lah masalah parking kat Parcel E kan meruncing. 

Bersemangat bila tenguk sambutan yang begitu meriah.

Yeh Merdeka Merdeka Merdeka


2 comments:

  1. Tahniah dapat ketiga... Mesti rasa lega dgn hasil usaha penat lelah semua team..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat gotong royong semua. Tumpang hepey sebagai ex Perancangan

      Delete