Saturday, August 5, 2023

Majlis Perpisahan buat diri ku


 

Assalamualaikum,

Hari Isnin yang lalu opis aku buat majlis meraikan aku dan juga perpisahan buat diri ku. huhuhu. sambil tu sambut birthday Bulan Julai dimana ada seramai 9 orang tapi ada yang tidak ada. Malahan ada yang date  sederet   iaitu dari 15hb sehingga 18hb. Hari-hari wish member birthday.

Masa ni air mata rasa mudah je mengalir. Bila depa usik-usik lagi lah rasa laju je. Aduhaiiiii yelah bayangkan bertahun aku dok kat IPPKM ni. Dari mula berpindah ke putrajaya tahun 2004 sampai sekarang. Minta tukar masa naik pangkat dulu pun dapat tempat sendiri sebab mengantikan tempat kawn yang bertukar. Tapi kali ni aku rasa baiklah aku berhijrah. Walaupun sedih meninggalkan geng belakang yang ohsem mungkin ini adalah sebaik-baik perancangan Allah buat diri ku. 

Masa kena berucap aduhai menahan hati daripada rasa sayu dan sedih. Bercakap pun cepat-cepat sebab aku takut nanti banjir oooo bilik mesyuarat kami. 


Hadiah dari Kelab Kebajikan merangkap pejabat

                                                    
 Hadiah daripada opis aku. Dapat 2. Yang ni Dr Hammad sebagai ketua Kelab Kebajikan. Sebelum tu Dr Noriza yang mewakili Timbalan Pengarah kami Dr Nuraidah yang ada meeting pada masa ni. 



Ni daripada kawan Rekod Perubatan di wakili oleh Encik Azman. Terima kasih kawan-kawan semua.  Cayang uolss


Ni daripada geng Belakang. Aduhai part ni aku paling sedih sebab geng belakang paling ohsem bagi diri ku. Paling havoc, paling gegak gempita, selalu tolong menolong dan yang paling best bila gelak ramai-ramai disebabkan kata-kata lucu diantara kami. Ada je usik mengusik antara kami. Hish nanti aku akan rindu depa semua. 


  Acara potong pulut kuning. Semuga semuanya sentiasa dalam redho Allah. Bersyukur aku di kelilingi kawan-kawan, pegawai-pegawai dan Doktor-doktor yang sama-sama berkerjasama dalam apa juga kerja yang kami hadapi dan terima.  


Potong kek bulan Julai. Dr Shahi, Puan suzani dan azmaliza tidak ada bersama sebab cuti. 

Selesai majlis ada makan tengahari. Tapi aku lupa nak ambil gambar sebab sedih bila kawan-kawan buat majlis farewell buat aku. Huhuhu 


Unboxing hadiah. Depa le tak sabar nak tenguk aku dapat apa. Jadi sayang adik-adik semua layankan je lah. Dapat mesin urut kaki.


Yang ni daripada geng belakang. Dia orang suruh pakai bila aku kali pertama bertugas di Hospital Putrajaya nanti. 



Macam-macam ragam adik-adik aku ni. 




Dapat berpelukan dengan Big Boss aku Dr Nuraida.


Bersama geng Belakang......Uolss memang ohsem. 

Terima kasih semua. Kenangan bersama kalian akan tetap dalam ingatan ku. Kenangan itu kan tetap bersemadi dalam ingatan dan kasih sayang kalian kan ku kenang sepanjang hayat. Ingatan yang tulus ikhlas demi ukhwah yang terjalin.
 

10 comments:

  1. Tahniah
    Teruskan usaha bakti di tempat baharu

    ReplyDelete
  2. Moga memori baik akan sentiasa terpahat di hati.
    Selamat bekerja kak di tempat baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu apa lagi ianya menceriakan kehidupan kita. Terima kasih cuya

      Delete
  3. Selamat bertugas di Hospital Putrajaya Dr.

    ReplyDelete
  4. Bertemu dan berpisah memang adat manusia biasa. Tapi yang tak ternilai sudah tentunya kenangan sewaktu bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya amie kena hadapi juga. Kenangan bersama tu yang akan terpahat di ingatan serta memori terindah yang akan di kenang selalu.

      Delete
  5. Selamat bertugas di tempat baru..kenangan bersama teman-teman lama x dapat dilupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas. Tu lah yang sedih nak tinggalkan

      Delete