Tuesday, January 9, 2024

Derma darah secara berkumpulan


 Assalamualaikum,

Walaupun aku dah tidak jaga lagi program Bloodbank tapi bila tenguk iklan ni rasa macam nak war-warkan lah kepada semua supaya sudi mendermakan darah mereka untuk yang memerlukan daripada derma kat nyamuk aedes. hehehe

Selain daripada PDN terdapat juga 4 lagi tempat untuk menderma darah. Kalau ada sesiapa atau NGO nak buat kempen secara berkumpulan boleh lah contact no di bawah ni. Kut ada aktiviti bersama contohnya Taman perumahan ke apa ke boleh lah selitkan acara menderma darah. Sekurang-kurangnya boleh menambahkan stok darah di PDN tu. 



Berminat untuk menderma darah secara berkumpulan?

Anda boleh bawa ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga atau rakan sekerja anda ke Pusat Pendermaan Darah Statik PDN untuk menderma darah secara berkumpulan. Anda boleh memilih untuk menderma darah di :
1) Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
2) PDN Donation Suite Mid Valley Megamall
3) Suite Derma Darah Puspanita, Putrajaya
4) Suite Derma Darah SJAM, One Utama Shopping Centre
5) Suite Derma Darah SJAM, IOI City Mall Putrajaya

Sila hubungi hotline PDN di talian 03-26132780 atau emelkan ke pro_pdn@moh.gov.my untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.

8 comments:

  1. alhamdulillah nampak ramai yg update medsos dah menderma darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pulisiti banyak-banyak sis semuga tergerak hati orang nak menderma darah

      Delete
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. KKM memang memerlukan penderma darah yang banyak untuk pesakit yang memerlukan.

      Delete